Monday 31 December 2012

Be wise or bullied?

Sabtu yang lepas pulang ke kampung halaman sebagai mencukupkan syarat. Orang kata lebih baik buat walau ada sedikit janggal dari tak buat langsung, ye idok? Melihatkan rak buku aku masih di kedudukan yang sama, tak berusik malah agak berhabuk. Senyum walau kurang puas. Belek-belek buku yang lama-lama. Capai satu. Majalah kanak-kanak, KAWAN. Majalah kecik yang macam ni pun aku tak bagi dibuang. Sebab sayang, beli guna duit sendiri. Baca-baca setiap isi kandungan. Masih berguna setiap satu darinya. Walaupun hanya buku kanak-kanak, tapi pengajarannya berguna sepanjang zaman. Jumpa satu cerita sang Kancil;

Sang Kancil berjalan-jalan di suatu petang untuk mencari makan. Langsung tiada pucuk-pucuk muda atau buah-buahan yang ditemui. Perut semakin merungut-rungut kelaparan. Tiba di satu padang yang luas yang hanya ditumbuhi dengan cendawan-cendawan besar dan kecil berwarna merah. Dan kelihatan dari jauh, seekor musang sedang memerhati akan gelagat sang Kancil. Walau dalam kelaparan sang Kancil masih sentiasa awas akan keadaan sekeliling dan mengetahui akan ada mata-mata yang sedang memerhatikannya. Dalam keadaan berpura-pura sang Kancil memakan cendawan yang tumbuh meliar di situ. Dan dalam waktu yang sama si  musang berlari ingin menerkam ke arah sang Kancil. Sang Kancil rebah sambil berguling-guling memegang perutnya sambil menjerit meminta pertolongan dari si musang mengatakan betapa panas dan pedih perutnya setelah termakan 'cendawan beracun'. Si musang yang melihatkan keadaan itu berasa cuak untuk menyentuh sang Kancil apatah lagi ingin memakannya. Lantaran takut jika dimakan daging sang Kancil, racun cendawan itu pasti akan membunuhnya juga. Lalu berlalulah si musang meninggalkan sang Kancil. Bila menyedari si musang sudah jauh meninggalkannya, sang Kancil lantas bangun dan lari meninggalkan tempat tersebut.

Bila seseorang itu pandai kita sering kaitkan bijak seperti kancil. Sebenarnya bijak seperti kancil itu lebih tepat untuk ditujukan kepada mereka-mereka yang bijak mengatasi setiap masalah walau dalam apa jua keadaan dan walau dengan apa cara sekalipun. Maksud apa cara sekalipun, tak kisah-lah samada cara baik atau sebaliknya. Pokok pangkalnya, masalah itu dapat diatasi. Asalkan diri tidak tersepit malah apa yang diigini dapat diperoleh. Seringkas itu sahaja bijak seperti kancil. Balasannya belakang cerita.

Dan rasanya ramai yang dah menjadi bijak seperti kancil ni. Dalam diam tak diam masing-masing tak sedar yang dia bijak seperti kancil. Tak kisah-lah di mana pun keadaannya. Samada kau bersekolah, belajar di universiti, bekerja dan menganggur pun iya juga. Bijak seperti kancil adalah suatu fenomena melepaskan diri dari masalah menggunakan props di sekeliling. Lantak pi-lah nak kata props tu samada barang-barang sekeliling atau senang cakap orang-orang disekeliling.  Yup, mempergunakan orang. Itu sebenarnya yang nak dicakap, payah sungguh nak beritahu. Orang cakap bertapis tu kan menjamin dari berteraburnya gigi berlapis. ^..^

Mempergunakan orang. Samada pasangan sendiri, kawan-kawan, adik-beradik dan lagi kurang ajar mungkin ibubapa.  Mungkin ada ketikanya berlaku di luar kesedaran yang diri sedang mempergunakan orang untuk mendapatkan sesuatu. Namun akan akan tersedar bila perkara diingini diperoleh dan orang-orang yang menolong itu kita lupakan sikit demi sedikit. Tapi tersedar pun tak guna. Diri sedang berseronok dengan apa yang baru dimiliki.  Pening nak huraikan. Lebih kurang kau bermulut manis 'tuk dapatkan sesuatu dan bila dah dapat kau buang atau buat endah tak endah dengan yang menolong kau itu.

Kau seronok mempergunakan orang? Seronok bila pangkat kau dinaikkan padahal staff bawahan kau yang macam nak mati bertungkus-lumus sediakan segala report. Seronok bila mak ayah kau sentiasa memuji kau padahal adik beradik kau yang lain bagai cacing kepanasan dok sorok segala kegiatan haram kau. Kau seronok kawan-kawan banyak sayangkan kau, padahal dalam diam kau jaja sana sini cerita kawan-kawan yang lain, cerita pasal keburukan. Seronok buli partner kau? Okey, yang ini taknak komen. Hahahaha.

Tak cakap salah pun menjadi bijak seperti kancil. Bijak kan bagus. Tak-lah dipijak-pijak kepala tu. Dan nak kata bijak seperti kancil itu sifat yang buruk pun, tidak juga. Terpulang pada situasi. Terpulang pada siapa yang kau bodohkan pula.

SD : kancil ni banyak sifat membuli rasanya. awak, sila terasa. hahahahahahaha




No comments: