Thursday 20 December 2012

The True Colors

"Some people date each other for years. Some don't even know each other. But somehow after the vow that's when the true colours show." @twt_malaysia


Kenapa boleh timbul 'the true colors' selepas masing-masing berjaya dan berjanji untuk bersatu hati? Di awal perkenalan, saat di mana masing-masing sedang ralit mencuba untuk menyatu hati, apa warna sebenar yang ditunjukkan? Warna yang penuh kepalsuan? Kenapa? Biarkan soalan itu tergantung di situ. Tidak perlu dihuraikan. Masing-masing punya alasan yang munasabah.

Perkara paling tragik yang perlu dihadap selepas menyatu hati ini mestilah 'the true colors'. Watak sebenar yang akhirnya muncul setelah berjaya bersatu. Pelbagai bau busuk, masam semua keluar-lah. Dan di situ kita akan diuji. Sekuat mana kita bertahan? Setabah mana kita melayan? Tepuk dada, tanya hati, mana sayang? 

Satu perkara yang perlu ditanam dalam kotak fikiran di ketika masih waras; manusia itu tidak sempurna. Ada manusia yang tersangat-lah sulit akan peribadinya. Hingga terlalu sukar untuk ditafsir setiap perkataan dan perbuatannya. Ada manusia yang sangat mudah diselami, namun jangan dipandang enteng akan hatinya. Sesuatu perkara yang sukar ditafsirkan jangan dianggap renyah dalam perhubungan. Bersabar, bertenang sebelum apa-apa keputusan diputuskan. 

Perwatakan sebenar itu adalah dirinya, kenapa perlu diubah untuk menjadi insan yang lain. Biarkan dan kawal. Itu yang penting. Atas usaha kamu sendiri yang perlu mengawal akan perwatakan itu.  Itu keunikan dirinya yang kamu tafsirkan setelah mengenali dirinya dengan lebih dekat. Perwatakan sebenar tidak akan memudaratkan selagi kamu dapat mengawal setiap satu darinya.

SD : peribadi yang tersangat sulit.

No comments: