Sunday 2 December 2012

Play Safe

Duduk dalam satu hubungan yang bukan-lah membahagiakan sangat tapi atas dasar diikat atau terikat. Hati masih kuat tapi kadang timbul meluat. Bilamana kaki dah melangkah setapak tapi sedang diri tak punya kepak. Nak pergi jauh, tak mahu itu namun masih juga tak punya kuasa sebesar mana mahu dilaku. Ini-lah yang boleh dikatakan play safe. Yang ditangan jangan lupa kunci, yang dikejar teruskan jangan berhenti. Sifat mereka yang tamak.

Kau kunci yang itu. Yang dahagakan sayang yang pernah kau jual satu ketika dahulu. Kau tundukkan yang itu hingga langsung mulut terkunci tiada bunyi. Kau laksana si kuku besi; arahan kau perlu diikuti, larangan kau perlu ditakuti. Mudah sungguh kau menyaingi diri umpama tuhan, menjadikan hak mutlak yang bukan hak engkau yang sepenuhnya.

Apa hal pula dengan yang itu? Diam menunduk kerana apa? Mahu play safe juga? Owh, masih sayang. Sayang sebab terbiasa, bukan. Teruskan. Hidup mungkin mencabar bila hidup dalam mendatar. Teruskan.

SD : mana rindu seribu tahun?

No comments: