Friday 31 May 2013

The Truth


Sayang memang sayang.  Rindu bagai nak gila. Kadang benci pun sibuk menyinggah. Cuma satu saja pesanan dan peringatan dalam hati. Yang tinggal hanya kenangan, tiada dalam ingatan pun tak mengapa. Yang mendatang corak bersama, tidak dapat bersama pun tak mengapa. Bila benci simpan tepi, jangan dibuang mungkin nanti berguna. Umur makin meningkat, jangan disamakan dengan kematangan. Lebihkan bijak dari dipijak. Lebihkan pandai dari memandai.

SD : Berapa yek umur awak sekarang? Dah berusia tapi nampak macam tak cukup akal jek.

Tuesday 21 May 2013

Un-Named

"Seronok ke main hilang-hilang macam ni?"

*diam*

"Lain kali, kalau dah tak suka. Beritahu jek. Tak payah nak menyusahkan orang mesej, call bagai."

"You tengah marah I ke skang ni?" Mungkin aku terkeluarkan satu soalan bodoh tapi mungkin yang sebenarnya soalan bodoh yang memang sengaja diutarakan.

"You ingat I buat ape sekarang ni?! Kunyah batang jagung??"

Aku hanya senyum. Comelnya dia marah aku mcam ni. Ya, aku tahu dia serius marah aku tapi entah kenapa aku rasa dirahmati. Atau kejap lagi aku mati. Kakakaka. Entahlah. Samada dia memang betul-betul tengah marahkan aku sebab hilang langsung tanpa khabar atau ada sesuatu benda lain yang membangkitkan kemarahan dia. Aku dah biasa dengan keadaan macam tu. Dah lali orang kata, sampai dah takde rasa bila dimarah. Samada aku yang silap atau orang lain yang buat salah, tetap aku juga yang jadi batang pisangnya. Yang aku mampu buat, tadah jeklah telinga tu. Dengarlah berapa jam pun dia nak membebel. 

"I cakap dengan you ni, dengar tak? Jangan biar I bercakap sorang pulak."

"Kan I tengah dengar ni. Siap bagi full attention. Cuma lagi makin banyak you membebel, makin comel I nampak. You membebel sebab you sayangkan I kan?"

"Jangan nak tukar topik. I tanya you banyak kali. Mana you pergi? Dah balik tak reti nak inform I ke? Sekarang ni dah pandai berjalan sana sini taknak beritahu I langsung. Janji-janji you haritu, semua tu. Nak buat ape? Simpan dalam kotak, jadik pekasam? Sekarang dah ada kawan lain , you nak sesuka hati campak I lah yerk?"

Hurmm, rasa bersalah pulak aku rasa sekarang ni. Bukannya aku sengaja melarikan diri. Cuma lagi aku perlukan ruang untuk diri aku sendiri. Dan ruang itu hanya akan sempurna di dalam pengetahuan aku seorang saja. Dan aku rasa sebarang penjelasan pada waktu ini samalah seperti aku membiarkan diri menjalani hukuman untuk direjam batu oleh sebatalion tentera. Jadinya berdiam diri dan tunjukkan muka kau yang fokus 200% pada apa yang dibebelkan. Dan bila aku kata fokus, maknanya kena fully focus. Jangan sampai dia tanya semula apa yang dia cakap. Kalau kau gagal untuk jawab, memang dah disarankan untuk kau bunuh diri dengan terjun shopping mall pilihan. Trend bebudak sekarang kan. Asal nak bunuh diri, kena cari shopping mall. Baru ada class. Herk.

"Sorrylah sayang. I busy sangat. Urgent matter and at the same time I lupa nak update semua benda. Charger phone entah ke mana, barang I pun tak berkemas. Phone battery flat then I ingat you tak cari I langsung."

"Tak cari you? Ape sebab you kata I tak cari you langsung?? I mesej puluh kali, langsung tak ber reply. I call. Lagilah haram masuk voice mesej semedang. You nak berambus, you cakap jeklah. You ingat hebat sangat buat I macam ni?"

Bila sampai tahap ni, sepatutnya aku dah boleh mula meradang. Tapi aku cuba kawal keadaan. Aku cuba kawal rasa marah. Aku tarik nafas panjang-panjang. Hembus semula dengan kadar yang perlahan. Aku tenangkan fikiran. Sekali sekala aku larikan fikiran ke sebuah padang yang luas, untuk menenangkan keadaan aku sendiri. Tiada guna untuk aku juga naik baran, tiada keuntungan untuk kedua kami. Biarlah dia reda dulu. Samada salah aku atau salah dia, aku malas nak fikir. Benda tetap akan jadi sama. Aku tetap aku yang begini, duduk dalam satu situasi yang tak bernama. Apa yang aku hendak menangkan? Walau aku menang kali ini sekalipun, tetap aku yang kalah. Sebab bukan aku yang teratas padanya. Seribu tahun lagi pun, tetap bukan aku. 

Hari ini aku lagi gemar untuk berdiam. Mungkin beberapa hari 'kehilangan'ku banyak yang dah berubah. Tapi aku tahu perubahan itu hanya sementara. Keadaan akan menjadi normal seperti sedia kala. Aku tetap akan menjadi aku yang sentiasa mengalah dalam keras. Dia akan tetap menjadi dia yang merengek untuk dimanja. Dan mereka tetap akan menjadi mereka yang  akan sentiasa menghukum tanpa sempat untuk diberi hujahan pembelaan diri. Dan begitulah Bumi berputar seperti selalunya. 

Aku merenung setiap butir bicara yang dibebelkan. Aku nampak satu benda. Ya, ada sayang di situ.


"Selepas sayang itu diletak, kau ingat senang untuk ditarik semula? Kau ingat sayang itu benda yang boleh diletak dan diambil semula?" -SD-