Wednesday 27 March 2013

Our Story


Awak
Buku itu habis sudah dibaca
Dari kulit depan ke kulit belakang
Setiap kata setiap ayat sudah dihadam
Malah lebih mengerti dari hati si penulis
Tiap aksara tiap mukasurat sudah dibilang
Lalu mahu apa lagi?
Mahu diulang baca lagi?
Mahu diconteng lagi di setiap helaian?
Atau mahu saja disimpan di atas rak?
Dibiar berhabuk, dimamah dek anai anai.

Saya
Telah sudah habis ditelaah
Segala baik dan buruk habis diteroka
Di mana setiap sudut telah dikaji
Datang marah, sudah direda
Datang rajuk, sudah dipujuk
Datang sepi, lari mendiamkan diri
Semua sudah dilalui
Lalu mahu apa lagi?
Mengulang membelek setiap yang telah diteroka?
Menconteng kata marah, rajuk dan sepi?
Atau mahu dibiar begitu sekali lagi?

Kita
Lahir sebagai anak-anak muda
Membesar membawa pujanga cinta
Tanpa sedar salah satu dari kita
Membawa watak penyala petaka
Mungkin sudah tertulis di atas sana
Aku pencinta dan engkau penderita
Aku bercinta sepanjang hayat
Dan
Engkau menderita seumur hayat.

SD : saya dan awak. aku dan engkau. i and u. tetapi masih ada dia.



Monday 18 March 2013

My Dream

Ada bezakah aku yang kini dan aku yang dulu? Ada bezakah engkau yang kini dan engkau yang dulu? Jika diberi pilihan, aku mahu aku yang kini dan engkau yang kini. Letak ke tepi pada kita yang dulu. Letak ke tepi pada apa yang telah terjadi pada kita yang dulu. Aku mahu kita yang kini ditemukan di sebuah padang yang luas. Hanya ada kau, aku, padang berumput, langit yang terbentang dihiasi bebintang yang bersinar. Sebuah buku. Rentangan kain di tengah padang untuk kita menyinggah. Kau berbaring di ribaku. Sambil merenung bintang di langit. Dan aku akan membacakan buku untukmu. Hanya itu sahaja impianku. Tanpa kita tidak membicarakan langsung soal hati. Hanya kau, aku, padang itu dan langit itu. Dan bakal memori itu. Tidak kurang dan tidak lebih dari itu. Full stop.

SD : kita hanya mampu merancang pada sesuatu yang kita tahu tidak boleh digapai. dan itu adalah angan-angan.

Friday 15 March 2013

The Power of Choice

Kita ada banyak pilihan dalam hidup. Tapi tak semua pilihan itu mampu kita milik. Jika kita disediakan dengan pilihan A dan B, belum tentu kita dapat kaut semuanya. Rakus dan tamak macam mana pun, akhirnya pasti hanya akan ada satu pilihan.  Jika kita bersungguh-sungguh juga untuk memilik keduanya A dan B, pasti akan ada cacat celanya. Makanya terpulang. Adakah kita mahu keduanya dalam keadaan ada yang tercela atau kita hanya memilih satu yang mana itu terbaik untuk diri. Jika bukan yang terbaik sekalipun, jadikanlah pilihan itu yang terbaik dalam hidup.

Kita sentiasa mempunyai kuasa untuk memilih. Kuasa memilih terletak pada diri sendiri. Tidak perlu didorong dengan kata-kata yang lain. Kecuali jika kita meletakkan kuasa terdesak di atas kuasa memilih. Atau mungkin kita meletakkan upaya kita itu di bawah tapak kaki. Dan bila kuasa memilih itu sudah jatuh ke tangga yang terbawah dibandingkan dengan kuasa terdesak dan hilang upaya, segala rintangan yang seterusnya adalah tanggungjawab dan bebanan yang perlu dipikul tanpa perlu banyak bicara. Boleh dibicarakan, tetapi akhir kata nanti pasti ia akan berbalik pada kita semula.

Kekuatan diri banyak terletak pada ego. Banyak sudah diperhati, ego sentiasa menyelamatkan diri dari jatuh tersembam untuk yang entah ke berapa kalinya. Tapi kadang terlintas, di manakah letaknya ego. Di atas kepala kah (akal fikiran) atau di hati kah? Kedudukan ego itu penting juga kiranya. Jika ego diletakkan di akal fikiran, kebarangkalian untuk terus hidup aman sentiasa ada. Tapi jika ego ditanam di dalam hati, hurmmm. Mungkin esok lusa ia pasti akan bertukar corak kembali. 

SD : I love you without knowing how, or when, or from where. I love you straightforwardly, without complexities or pride; so I love you because I know no other way.

Wednesday 13 March 2013

Repeat. Again & Again.

Kau
Betul bikin aku rasa berang
Buat hati ini kuat tuk berperang
Kian kelam segala hati yang terang
Hanya kerana satu perkataan; curang.

Kau
Bodoh dalam pemikiran
Bangang dalam perlakuan
Lemah dalam pengakuan
Takut dalam pengunduran

Aku
Terpalit kecewa lebih pada kesal
Tak semudah dikata pada yang bebal
Bukan mengisytihar diri terlalu kebal
Tapi lumrah hati dah semakin sebal

Aku
Mahu diam lihat pada seterusnya
Jika masih diulang terserah padanya
Bahu ini masih kuat menerima segalanya
Tersakitnya aku hanya aku yang punya
Masih lumrah seperti selalunya.

SD : tangisan tak berair mata.