Sunday 23 June 2013

Hurt

Sampai satu masa, kesakitan itu hadiah yang mampu diberi. 
Sampai satu ketika, penipuan yang terpaksa dihadap.
Sampai satu saat, hati terdetik untuk berkata cukuplah.

Cukup cukuplah bermain sayang
Cukup cukuplah menabur manis
Cukup cukuplah bergurau manja

Marah untuk kamu
Pedih untuk aku

Biar semua rasa mati dalam jerebu yang mendatang
Aku...
Dah lama mati dalam kamu.

SD : tenang tak mungkin hadir, memang tak mungkin akan hadir. 

Friday 21 June 2013

Something Special

Apa Akhir Rindu Pungguk..

Hati jiwa ini andai kau tahu..
Menangis merindu
Merintih merindu
..tersangat... rindu

Kata yang satu menyepi
Kalam yang satu menyendiri
menyapa hati
kalbu yang dini

kamu... sampai bila lagi..
kamu... sampai ajalku mati?

Sesungguhnya.. hati jiwa ini andai kau tahu..

Ingin menyapa kamu
Tak sanggup lagi sendu
... sungguh.. aku rindu.

Merindu yang tak sudah
Merindu sungguh nan gundah

Alpaan tangis ini menggapai semangat
pada alam yang satu
pada dingin yang kalbu

Kini.. aku faham hati jiwa mu Pungguk
faham akan jiwamu yang tak habis rindukan bulan
biar bulan kejam, engkau tetap di situ
menanti merindu.. meniti merindu..

Apa akhir rindu kita Pungguk?

SD : Setiap yang single itu jangan dipandang tidak berpunya. Dia kepunyaan seluruh dunia.

Thursday 20 June 2013

Excuse...Excuse...Excuse...

Manusia ni terlalu banyak sangat jenisnya. Banyak sangat sampai nak termuntah untuk dibilang setiap satunya. Dalam banyak-banyak pesen manusia tu, yang paling menjengkelkan sekali adalah pesen manusia yang penuh dengan alasan tapi dia tak perasan setiap butir bicara yang keluar itu adalah sebuah alasan. Huhh, penat nak explain benda gini. Alasan, alasan, alasan. Nak jemu jelak dah.

Kita ada kawan yang suka datang dan menceritakan segala mak nenek punya masalahnya. Tapi yang masalahnya, mak nenek dia punya masalah tu perkara-perkara berulang yang dah dekat sejuta kali rasanya. Sabar jeklah kita ni menadah telinga. Kadang-kadang datang jugak gian nak bagi nasihat. Bergedung-gedunglah air liur kita ni nak bagi nasihat bagai. Nak bagi idea sikit macam mana nak bagi lerai segala kekusutan. Moga-moga terbukaklah akal dan minda si dia tu untuk cuba ambil nasihat kita ni sebagai panduan. Rupa-rupanya memang setakat moga-moga jerklah. Dengar kat situ, habis kat situ jugak. Bangang!

Lepas tu bila datang lagi masalah mak nenek yang lebih kurang sama, sekali lagi dia datang  ke kita. Cerita lagi. Jalan cerita yang lebih kurang sama. Apa kita ni dah macam tengok channel ulangan kat Astro pulak kan. Dah kalini, kita nak buat apa pulak? Rasa menyesal sebab tak rekod jek nasihat kita yang dulu tu. Kalau tak, sekarang dah boleh jek on rekod, then soh dia dengar gitu-gitu jek. Okay, kalau datang sekadar nak luah perasan, marahkan kita sebab tak suruh bagi nasihat pun. Habis tu telinga kita ni tak sakit pulak kan. Mementang benda free, sesuka nak datang cerita masalah yang berjuta kali ulang tayang tu. Kalau khidmat mendengar ni dah dikenakan caj, mau ribu riban gak kita dapat bayaran kan. Huhhh. Nasiblah kita ni ikhlas nak mendengar, tapi ikhlas pun ada batas gak bro.


Bila nak jadi bebal, jadilah bebal sorang-sorang. Jangan dibebalkan orang lain pulak. Kalau ada orang lain ajak untuk jadi bebal, pilihlah untuk taknak ikut sama jadi bebal. Jangan bebal untuk ikut orang untuk jadi bebal. Rumit kan. Fikirkanlah.

SD : Kawan gunanya untuk menghibur di kala suka dan duka. Sahabat gunanya untuk sentiasa ada di kala suka dan duka. 'DIA' gunanya untuk sentiasa menjadi kejam dalam membuka mata, hanya semata untuk kebaikan.

Tuesday 11 June 2013

A Big Liar

Orang selalu pertikaikan, kenapa emosi seorang perempuan selalu bertukar-tukar. Mereka selalu kecohkan pada seorang perempuan yang punya sindrom diam tanpa sebab, merajuk tanpa ada salah yang dilaku, hilang dalam keadaan yang sunyi. Acapkali pernah diulang, perempuan yang diam secara mendadak kerana dia dah tahu segala kebenaran. Dan untuk kenapa pula perlu mereka berdiam sahaja? Kenapa tidak dihamburkan segala kata nista. Kenapa tidak dibongkar sahaja segala kebenaran? Kenapa perlu diam pada setiap tipu daya? 

Aku hanya mahu tahu satu. Setelah kebenaran itu diselongkar, setelah segala tipu daya telah dihidu, apakah perlu si perempuan itu tampil untuk memberitahu segala? Untuk apa? Apakah perempuan itu yang perlu untuk bersuara? Untuk apa? Apakah perlu perempuan itu yang menghadap segala tipu daya itu? UNTUK APA??

Cukuplah dia menjadi naif untuk kamu. Kenapa perlu didera dengan penipuan yang tak perlu? Cukuplah dia bodoh untuk kamu. Kenapa perlu disogok dengan segala cerita karut-marut? Cukuplah dia setia di situ, janganlah ditabur dengan kata-kata yang rupanya kosong, hanya peuh dengan drama palsu. Jangan ditipu perempuan itu. Janganlah diperdaya perempuan itu. Tak cukup lagikahapa yang telah dilaku? Kurang lagikah  apa yang telah diberi? Masih banyak lagikah telinga yang harus dihulur untuk mendengar setiap keluhan?

Sekarang kau mahu apa? Dia untuk mendengar setiap keluhan atau dia untuk kau melepaskan setiap apa yang kau tak puas? Tahniah sebab kau telah berjaya mewujudkan satu lagi patung bernyawa yang tak punya hati.


SD : Pergilah sebelum dibenci.

Friday 7 June 2013

Change

Aku selalu dengar orang cakap, 'Sedangkan pasir pantai pun berubah apatah lagi seorang manusia yang punya hati.' Hurmmmm.

Adakah manusia berubah atau kau yang tak cukup kenal manusia itu? 

SD : Setiap orang sama. Lahir dengan hati yang sama. Tak mungkin setiap tahun dia bertukar hati? 

Tuesday 4 June 2013

On My Shoulder


Berat mana penderitaan itu
Aku sedia membantu
Besar mana kesengsaraan ditanggung
Aku sedia untuk menampung
Bencana mana yang tak mampu dilalu
Aku sedia membuka laluan walau teruk dipalu,

Asal sahaja engkau kembali tersenyum
Asal sahaja engkau kembali menganyam
Kisah cinta yang sering diangan
Semoga suatu hari menjadi kenyataan.


Untuk sekian kalinya dia tiba lewat malam, untuk mengadu perihal nasib malang yang sering menimpa. Dan masih dengan kebiasaan, telinga ini sedia mendengar tanpa mulut tidak banyak bicara. Hanya mendengar. Sesekali senyuman diukir kerana sudah tahu masih lagi nasihat yang sama yang akan diutarakan sebentar lagi. Tiada masalah baru yang dibentangkan. Tidak perlu berusaha untuk memikirkan jalan penyelesaiannya. Dan harapan semoga dia tidak jemu dengan bebelan sebentar lagi kerana aku juga tidak pernah jemu untuk mendengar setiap keluhan yang dihampar.

Erti jemu jelak tak wujud kerana aku hanya mendengar. Bukan aku yang menanggung erti derita itu. Sekadar mendengar, sekadar menonton. Apakah itu sudah cukup untuk aku merasa? Bukan aku yang patut meletakkan hukum bagi setiap kesalahan. Bukan aku yang patut menilai pada perbuatan. Setiap yang berlaku ada sebabnya. Samada kebodohan diri atau kebutaan mata. Atau mungkin kerana erti sejati.

Malam makin larut. Derai ketawa telah berjaya dilontar. Keceriaan itu kembali semula. Mungkin beban telah dialih sementara. Mungkin apa yang aku lakukan tidak sehebat mana. Tapi cukup sekadar menjadi pendengar untuk kau meluah segala keluh kesah. Bagi mengurangkan beban di bahu.

SD : Aku hanya punya telinga untuk kau perdengarkan masalah. Aku tidak akan bersuara malah mungkin mengabaikan masalah itu setelah puas kau menghamburnya kepadaku. Cukuplah kau bertenang setelah masalah itu diperdengarkan.

Monday 3 June 2013

Accidently Fake


Kadang kita tak sedar apa yang kita buat. Ada masa kita tak sedar apa yang kita cakap. Kita dah sehabis daya sekat apa yang patut dan apa yang tak patut diluah. Namun kita lupa, kita hanya manusia biasa. Yang punya hati walau sedikit sebanyak ada bau busuk. Kau fikir kau dah cukup baik?