Monday 31 December 2012

Be wise or bullied?

Sabtu yang lepas pulang ke kampung halaman sebagai mencukupkan syarat. Orang kata lebih baik buat walau ada sedikit janggal dari tak buat langsung, ye idok? Melihatkan rak buku aku masih di kedudukan yang sama, tak berusik malah agak berhabuk. Senyum walau kurang puas. Belek-belek buku yang lama-lama. Capai satu. Majalah kanak-kanak, KAWAN. Majalah kecik yang macam ni pun aku tak bagi dibuang. Sebab sayang, beli guna duit sendiri. Baca-baca setiap isi kandungan. Masih berguna setiap satu darinya. Walaupun hanya buku kanak-kanak, tapi pengajarannya berguna sepanjang zaman. Jumpa satu cerita sang Kancil;

Sang Kancil berjalan-jalan di suatu petang untuk mencari makan. Langsung tiada pucuk-pucuk muda atau buah-buahan yang ditemui. Perut semakin merungut-rungut kelaparan. Tiba di satu padang yang luas yang hanya ditumbuhi dengan cendawan-cendawan besar dan kecil berwarna merah. Dan kelihatan dari jauh, seekor musang sedang memerhati akan gelagat sang Kancil. Walau dalam kelaparan sang Kancil masih sentiasa awas akan keadaan sekeliling dan mengetahui akan ada mata-mata yang sedang memerhatikannya. Dalam keadaan berpura-pura sang Kancil memakan cendawan yang tumbuh meliar di situ. Dan dalam waktu yang sama si  musang berlari ingin menerkam ke arah sang Kancil. Sang Kancil rebah sambil berguling-guling memegang perutnya sambil menjerit meminta pertolongan dari si musang mengatakan betapa panas dan pedih perutnya setelah termakan 'cendawan beracun'. Si musang yang melihatkan keadaan itu berasa cuak untuk menyentuh sang Kancil apatah lagi ingin memakannya. Lantaran takut jika dimakan daging sang Kancil, racun cendawan itu pasti akan membunuhnya juga. Lalu berlalulah si musang meninggalkan sang Kancil. Bila menyedari si musang sudah jauh meninggalkannya, sang Kancil lantas bangun dan lari meninggalkan tempat tersebut.

Bila seseorang itu pandai kita sering kaitkan bijak seperti kancil. Sebenarnya bijak seperti kancil itu lebih tepat untuk ditujukan kepada mereka-mereka yang bijak mengatasi setiap masalah walau dalam apa jua keadaan dan walau dengan apa cara sekalipun. Maksud apa cara sekalipun, tak kisah-lah samada cara baik atau sebaliknya. Pokok pangkalnya, masalah itu dapat diatasi. Asalkan diri tidak tersepit malah apa yang diigini dapat diperoleh. Seringkas itu sahaja bijak seperti kancil. Balasannya belakang cerita.

Dan rasanya ramai yang dah menjadi bijak seperti kancil ni. Dalam diam tak diam masing-masing tak sedar yang dia bijak seperti kancil. Tak kisah-lah di mana pun keadaannya. Samada kau bersekolah, belajar di universiti, bekerja dan menganggur pun iya juga. Bijak seperti kancil adalah suatu fenomena melepaskan diri dari masalah menggunakan props di sekeliling. Lantak pi-lah nak kata props tu samada barang-barang sekeliling atau senang cakap orang-orang disekeliling.  Yup, mempergunakan orang. Itu sebenarnya yang nak dicakap, payah sungguh nak beritahu. Orang cakap bertapis tu kan menjamin dari berteraburnya gigi berlapis. ^..^

Mempergunakan orang. Samada pasangan sendiri, kawan-kawan, adik-beradik dan lagi kurang ajar mungkin ibubapa.  Mungkin ada ketikanya berlaku di luar kesedaran yang diri sedang mempergunakan orang untuk mendapatkan sesuatu. Namun akan akan tersedar bila perkara diingini diperoleh dan orang-orang yang menolong itu kita lupakan sikit demi sedikit. Tapi tersedar pun tak guna. Diri sedang berseronok dengan apa yang baru dimiliki.  Pening nak huraikan. Lebih kurang kau bermulut manis 'tuk dapatkan sesuatu dan bila dah dapat kau buang atau buat endah tak endah dengan yang menolong kau itu.

Kau seronok mempergunakan orang? Seronok bila pangkat kau dinaikkan padahal staff bawahan kau yang macam nak mati bertungkus-lumus sediakan segala report. Seronok bila mak ayah kau sentiasa memuji kau padahal adik beradik kau yang lain bagai cacing kepanasan dok sorok segala kegiatan haram kau. Kau seronok kawan-kawan banyak sayangkan kau, padahal dalam diam kau jaja sana sini cerita kawan-kawan yang lain, cerita pasal keburukan. Seronok buli partner kau? Okey, yang ini taknak komen. Hahahaha.

Tak cakap salah pun menjadi bijak seperti kancil. Bijak kan bagus. Tak-lah dipijak-pijak kepala tu. Dan nak kata bijak seperti kancil itu sifat yang buruk pun, tidak juga. Terpulang pada situasi. Terpulang pada siapa yang kau bodohkan pula.

SD : kancil ni banyak sifat membuli rasanya. awak, sila terasa. hahahahahahaha




Thursday 27 December 2012

Endless

(listening to Tengku Adil - Babak Cinta)

"Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
 Terkunci kerna slalu terluka
 Ku ingin menjadi penutupnya."

Hati itu senantiasa dikhianati cinta. Sering dan banyak kali. Sehingga hati itu sudah menjadi suatu objek yang tak membawa apa-apa nilai lagi. Ditikam acapkali. Dirodok sepanjang waktu. Dan hati itu menjadi batu. Keras, kaku, tak punyai perasaan dan membeku. Ia menjadi hanya seketul daging bewarna merah dan tidak lebih dari itu. Kekal ia di situ tanpa dipeduli apa kisahnya. Berhabuk. Kering kecut.

Tiba suatu masa, yang mana bila tiba-tiba ada hati yang bersinar dari jauh. Hati yang terang benderang datang secara perlahan. Mengelilingi si hati kering itu. Entah mengapa hati yang bersinar itu agak hairan akan hati yang kering. Walau hanya mengelilingi tetapi semacam ada suatu kuasa magnet yang membisikkan kepadanya untuk mendekati si hati kering itu. Dicuba untuk mengetuk walau ada gerun. Namun dalam gerun si hati yang bersinar masih ingin mencuba. Ada sesuatu yang istimewa di hati kering itu.

Si hati kering sedar akan kehadiran cahaya yang terang benderang mengelilinginya. Agak menyilaukan mata sehingga tidak terlihat apakah itu. Agak mencuri perhatian sehingga terdetik mahu tahu apa di sebalik itu. Namun hati kering sudah tidak punya perasaan. Perasaan untuk ambil tahu akan hal sekitaran. Mungkin fobia masih menyelubungi atau hidup hanya diatur mendatar sehingga ajal menjemput.

*tuk tuk* pintu itu diketuk.

Hati Bersinar  : Hi, maaf jika mengganggu. Tapi maaf juga kerana saya ikhlas terpaksa mengganggu. Boleh saya dekati awak?

Hati Kering    : *diam*

Hati Bersinar  : Jujurnya saya pun tak tahu apa magisnya yang sedang berlaku sehingga saya berkeinginan sangat untuk mendekati awak. Tapi saya tahu, hati saya sentiasa benar dalam perlakuan. Saya yakin akan hati saya.

Hati Kering    : *diam sambil merenung si Hati Bersinar*

Hati Bersinar  : Di sebalik renungan mata itu, saya tahu awak banyak terluka. Banyak sungguh penderitaan yang awak tempuhi. Mungkin terlalu kejam sehingga membuat awak diam seribu bahasa. Ada satu pertanyaan untuk awak. Jika manusia itu diutus dengan sikap mudah mengalah, awak fikir dunia ini akan mendiamkan diri untuk awak? Awak fikir dunia akan berpaling untuk tidak terus berlaku kejam terhadap  awak?

Hati Kering   : *berdehem* Jika dunia berlaku kejam sekalipun, mungkin itu sudah tersurat jalannya untuk saya. Sekuat mana pun saya cuba mengubahnya, tiada beza. Perlukah saya melawan pada benda yang sudah tersurat. Mahu apa? Semakin sakit dan pedih. Atau perlu dibiar sahaja, walau sakit namun itu adalah yang tersurat. 

Hati Bersinar  : Getaran suara itu benar-benar menggetarkan jiwa. Sumpah saya tidak berbohong. Adakah dengan itu awak disumpah untuk senantiasa disakiti. Maaf, saya mungkin agak keterlanjuran. Jika awak fikir itu semua adalah suratan, pernah tak awak terfikir suatu masa nanti akan hadir sekeping hati yang dapat  menggapai awak untuk lari jauh dari suratan takdir awak itu? Yang mana sekeping hati itu akan berusaha sedaya upaya untuk membawa awak lari dari takdir yang telah ditentukan Tuhan? Beranikah awak untuk melawan takdir awak sendiri?

Hati Kering    : *merenung* Perlu apa itu semua? Berani itu sudah lama saya kuburkan bersama pengkhianat-pengkhianat cinta. Kalau mahu diukurkan keberanian itu, mungkin tak setanding dengan cahaya yang awak rembeskan di ketika ini. Mungkin awak boleh berlalu sekarang. Saya perlu tenang di sini.

Hati Bersinar   : Melihatkan awak, saya sanggup menjadi pencuri. Dan ingin saya tegaskan di sini, saya adalah mungkin pencuri namun bukan pengkhianat. Tapi buat masa ini, saya tak mahu mencuri ketenangan itu dari awak kerana apa yang paling ingin dicuri saat ini adalah hati yang kering itu. Saya pergi dulu. Tapi saya pasti akan tinggalkan satu lubang lagi di hati itu. Yang mana  lubang itu hanya boleh diisi oleh saya. Selamat tinggal.

Hati Kering   : *terkebil-kebil*

Satu hari. Dua hari. Seminggu. Sebulan. Setengah tahun kemudian. Hati kering itu sentiasa tercari-cari akan cahaya yang terang benderang itu. Tetapi yang ada hanyalah kegelapan yang sentiasa menyelubungi. Entah mengapa, walau seringkali dia menidakkan akan kata hati yang berhabuk itu namun setiap kali itu ia disokong oleh akal. Apakah dia terlalu kejam akan dirinya? Betulkah apa yang telah dia lakukan selama ini? Perlukah dia membuka semula pintu hati yang kian reput itu? Masihkah fobia itu beraja?  Akhirnya, si hati kering itu bergerak setapak ke hadapan, cuba melangkah dengan berhati-hati setelah sekian lama keras kaku di situ. Dan kelihatan sekelilingnya yang penuh dengan warna warni, hanya dirinya yang berkelabu di situ. Cuba dicari cahaya yang terang itu namun tiada. Dihayun langkahnya semakin menjauh. Sambil mata memerhati setiap keindahan di sekeliling. Yang mana keindahan itu berjaya mengukir senyuman dihujung bibirnya. Dia berjalan tanpa henti. Menikmati setiap bentuk yang terhidang di depan mata. Menerobos setiap ceruk yang unik baginya. Langkahannya semakin jauh. Menguntum senyuman dibibirnya tanpa henti.

Dan tiba-tiba, kedua bahunya disentuh dengan perlahan dari belakang. Agak terkejut, namun dibiarkan. Cahaya itu.

Hati Bersinar  : Saya yakin, suatu hari nanti awak akan berjaya membunuh rasa fobia itu. Dan saya gembira untuk diri awak. Manusia adakalanya tidak perlukan tangan yang lain untuk terus mara ke hadapan. Hanya keyakinan dalam diri itu yang penting. Dan saya tak mahu ada insan seperti awak yang mensia-siakan setiap kejadian di dunia ini. 

Hati Kering   : *berpaling* Terima kasih atas ketukan itu. Mungkin saya tidak dimatikan lagi kerana banyak lagi ranjau yang masih menanti. Saya dilahirkan dengan penuh keberanian. Kehilangan saya menambah resah pada ranjau untuk beraksi. Terima kasih awak kerana berjaya mencuri fobia saya itu.

Hati Bersinar  : Dan saya mohon untuk mencuri hati awak pula. Sudikah awak menjadi teman saya? Sehidup dan semati.

Maka bermulalah ranjau baru dalam kehidupan si hati kering. Yang mana setiap ranjau itu ditempuh sekali lagi dengan hati yang berani. Namun kali ini dia ditemani dengan cahaya yang terang benderang itu. Menghapus setiap liku-liku kejam.  Merejam setiap duri yang meliar. Namun akhirnya mereka terpaksa akur dengan setiap ketentuan. Yang mana akhirnya ketentuan Tuhan itu penghujung cerita mereka. 

SD : tiada penghujungnya kisah itu. jika adapun, hanya kerana pasrah dan akur.

Wednesday 26 December 2012

Kryptonite

Kryptonite - Batu hijau yang jatuh dari langit ( katanya dari planet Kripton ), menjadi satu kuasa besar yang melemahkan 100% Superman. Ia adalah satu mitos. Eh, salah. Ia adalah satu karutan cerita superhero Superman yang tak lapuk dek zaman. Siapa yang percaya batu hijua itu wujud dan gilakah ada orang terbang? Superhero yang memakai baju ketat, bersama selendang terbang diikat dileher dan berseluar dalam yang sepatutnya di dalam tapi dipakai di luar? Owh, God.

Lupakan Superman yang berseluar dalam diluar tapi aku ambil kelogikan batu hijau. Batu kriptonit. Bercahaya dan bewarna hijau. Tidak membahayakan kepada manusia Bumi. Tiada membawa kesan. Hanya sekadar batu.

Dan aku, menghadapi sindrom kryptonite. Lemah selemah lemahnya bila berdepan dengan batu hijau itu. Adakah aku bukan makhluk Bumi? Makhluk asingkah aku ini? Superhero kah aku ini? Tidak sama sekali. Aku adalah cermin kepada superhero. Aku menjadi yang sebaliknya kepada superhero itu ( namun tidak aku memakai seluar dalam di luar ). Kelemahan  aku adalah si batu hijau itu. Dan apakah batu hijau itu kepada aku? Itu adalah dia.

Hey si batu hijau. Sepatutnya aku lemah bila kau berada dekat. Tapi kenapa fikiran aku sentiasa lemah bila terlintas sedikit bayangan kau dalam akal fikiran. Adakah kau juga si Dark Lord Voldemort. Ahli sihir jahat yang akan muncul apabila namanya disebut? Owh, mungkin kau adalah gabungan mereka. Si Kryptonite dan Dark Lord Voldermort. Melemahkan aku walau dalam jauh mahupun dekat.

SD : aku pening mahu cerita yang mana. Superman atau Dark Lord Voldermort?

Always

Dia sentiasa ada. Walau bagaimana aku cuba menjauh, dia sentiasa wujud. Tenang kehadirannya, setenang air yang mengalir. Puas aku cuba berlari, membawa jauh rindu seribu tahun itu. Masih juga aku kalah. Masih juga aku tiada terdaya. Ke hujung dunia sekalipun aku cuba menyembunyikan diri ini, pasti akan dikesan. Kerana aku membawa rindu itu bersama. Rindu milik kau dan aku. Dan mana mungkin aku bisa meninggalkan rindu itu. Ia sudah menjadi hampir keseluruhan nyawaku. Sungguh, tak sangka ini yang bakal kutempuh.

Dia sentiasa ada. Masih begitu, tidak berubah walau seinci pun. Masih hadir dengan senyuman yang sering kudamba. Dan mata bulat yang sentiasa dalam gambaranku. Lancar pertemuan itu diselang-seli dengan pelbagai khabar setelah sekian lama tidak ketemu. Dalam hatiku, betapa kejamnya aku cuba melarikan diri dalam diam. Walhal langsung tidak dia patut diperlaku begitu. Dia ada jahat dalam baiknya. Tapi lagi banyak baik dalam jahatnya. Maaf, ada masanya rindu seribu tahun itu hampir membunuhku sehingga aku sanggup lari bersama ego. Sunguh, tak sangka ini yang bakal kutempuh.

Dia sentiasa ada. Dalam tidurku. Dalam jagaku. Dalam setiap perlakuanku. Dalam setiap pergaulanku. Dalam setiap detik masaku. Walau sebesar mana pun pembohongan yang cuba aku lakukan, masih gagal untuk menutup setiap kewujudan diri itu. Dia menjadi bayang-bayang dalam hidupku. Yang sentiasa akan kelihatan bila siang disimbah mentari dan malam diteman rembulan. Sungguh kuat penangan rindu itu, membuat aku berdiri teguh hanya sebagai diri aku sahaja. Aku dan rindu itu. Sungguh, tak sangka ini yang bakal kutempuh.

Dia sentiasa ada. Membuka mata dan minda setiap kali aku hampir ke lembah penghinaan semula. Walau lembah itu tempat untuk aku membunuh diri, masih lagi kehadirannya tepat pada masa dan menggapai tanganku semula. Sepanjang hidupku, dialah satu-satunya insan yang aku kagumi. Kalau superhero itu hanya khayalan semata, bagiku superhero itu wujud. Wujud kerana ada insan seperti dia. Dia menjadi watak sebagai kawan, sahabat, kakak, abang, ibu, ayah, adik, nenek dan teman dalam hidupku. Dan watak yang pelbagai itu membuktikan dia adalah superhero ku. Tidak dianggap sebagai kekasih hati kerana dia tidak layak sebagai kekasih. Dia adalah lebih dari itu. Pemegang rindu seribu tahun. Dan aku mohon semoga kekal rindu itu dalam ingatan. 

SD : di dalam hati ini bukan ego. hanya ruangan kosong, sekosong-kosongnya. namun tiada dasar untuk dipijak. ia hanya kosong.

Sunday 23 December 2012

Silence

Bila suatu hari timbulnya diam. Diam yang lama. Yang mungkin tiada dikesan. Biarkan. Sebab masanya mungkin hampir tiba. Untuk pergi. Dan ucapan selamat tinggal tidak akan pernah terluahkan. Sebab itu bukan dirinya.

Bila masa dah tiba, hanya langkahan perlahan itu yang boleh diatur. Bukan pinta untuk dikejar. Tetapi dipanggil dalam keterpaksaan dan ketidakrelaan hati. Langkah itu wajib diatur. Perlahan dan longlai. Masanya hampir tiba.

Maaf sebab tak mampu untuk berpaling meninggalkan ucapan selamat tinggal. Tiada siapa antara kita yang mampu untuk ucapkan selamat tinggal itu. Benar, tiada siapa mampu. Percaya-lah.

SD : semoga bertemu lagi.

Friday 21 December 2012

Final Decision

Pernah rasa macam babi tak bila kau dah sebulat hati dan setekad suara dengan keputusan yang nak diambil, tapi tiba-tiba jek bila akal kau masuk campur, semua keputusan tu jadi tunggang langgang semula? Dah berhari-hari kau amik masa fikir sedalam-dalamnya. Fikirkan setiap kemungkinan yang akan berlaku. Dah siap siaga dengan segala macam hujah dan idea-idea yang bernas. Tapi bila sampai waktu untuk berbahas, akal yang waras suruh tarik diri. Itu cilake, okay!

Akal yang waras, sila menjauh sekarang, boleh? Jangan masuk campur. Ini hal antara hati ke hati. Dah banyak sangat kau jadi juri, sila bagi ruang pada hati untuk bukak mulut. Hati juga punya hak untuk bersuara. Bagi peluang pada hati untuk tunjuk apa yang dia ada. Kita tengok pula macam mana hati uruskan setiap permasalahan. Setiap satu punya peluang, k. So, just sit back and watch.

SD : kucar kacir semula.

Thursday 20 December 2012

The True Colors

"Some people date each other for years. Some don't even know each other. But somehow after the vow that's when the true colours show." @twt_malaysia


Kenapa boleh timbul 'the true colors' selepas masing-masing berjaya dan berjanji untuk bersatu hati? Di awal perkenalan, saat di mana masing-masing sedang ralit mencuba untuk menyatu hati, apa warna sebenar yang ditunjukkan? Warna yang penuh kepalsuan? Kenapa? Biarkan soalan itu tergantung di situ. Tidak perlu dihuraikan. Masing-masing punya alasan yang munasabah.

Perkara paling tragik yang perlu dihadap selepas menyatu hati ini mestilah 'the true colors'. Watak sebenar yang akhirnya muncul setelah berjaya bersatu. Pelbagai bau busuk, masam semua keluar-lah. Dan di situ kita akan diuji. Sekuat mana kita bertahan? Setabah mana kita melayan? Tepuk dada, tanya hati, mana sayang? 

Satu perkara yang perlu ditanam dalam kotak fikiran di ketika masih waras; manusia itu tidak sempurna. Ada manusia yang tersangat-lah sulit akan peribadinya. Hingga terlalu sukar untuk ditafsir setiap perkataan dan perbuatannya. Ada manusia yang sangat mudah diselami, namun jangan dipandang enteng akan hatinya. Sesuatu perkara yang sukar ditafsirkan jangan dianggap renyah dalam perhubungan. Bersabar, bertenang sebelum apa-apa keputusan diputuskan. 

Perwatakan sebenar itu adalah dirinya, kenapa perlu diubah untuk menjadi insan yang lain. Biarkan dan kawal. Itu yang penting. Atas usaha kamu sendiri yang perlu mengawal akan perwatakan itu.  Itu keunikan dirinya yang kamu tafsirkan setelah mengenali dirinya dengan lebih dekat. Perwatakan sebenar tidak akan memudaratkan selagi kamu dapat mengawal setiap satu darinya.

SD : peribadi yang tersangat sulit.

Green Light.

Pheww.. Usul itu sudah lama diluluskan. Tinggal lagi untuk dibuka mulut pada yang berkenaan. Semalam hampir berjaya, tapi apakan daya. Keadaan kesihatan yang sangat tidak memuaskan. Gila apa nak proceed dalam keadaan kau dah hampir seminggu tidur-tidur ayam. Kena get back for further checkup. Rasanya macam dah tersalah ubat. 

Sila tunggu. Saya akan bertindak juga. Tapi biar-lah dalam keadaan spontan. Benda yang dirancang ni, buat tambah sakit jerk. Dan tiada banyak yang saya minta kecuali adil. Itu sahaja. Tak perlu benda-benda yang lain. Cuma perlu awak.

Ada sedikit gerun, tapi cuba dikawal. Biar benda ini selesai, baru boleh menutup mata dengan tenang. Acapkali sudah dipesan, jangan pergi dulu sebelum saya. Biar saya datang sebentar. Jika sebentar itu dapat menenangkan saya untuk menutup mata.  Itu sudah cukup nikmat.

SD : dibawah pengaruh dadah yang terkawal.

Wednesday 19 December 2012

Why bother?

Mulakan dengan senyuman lebar hingga ke telinga yang dipinjam dari en.Joker. Nak komplen sikit, atau komen sikit, atau kepoh banyak sikit atau yang sewaktu dengannya-lah. Pening~~

Kali ni tak mahu cerita panjang. Ringkas sehabis-habis ringkas. Memang nak bagi terasa pun. Kalau nak membabikan aku, itu kau punya pasal. Tak bertukar jadi babi pon kalau disebut berjuta kali. 

SENTAP. Pernah rasa kan. Selalu rasa tak? Sedap? Macam sakit-sakit sedap rasanya. Ada rasa macam nak tumbuk muka orang tak? Best kan.

Sentap dengan statement. Bila satu tweet yang normal, dan tiba2 dapat dihidu ada unmensi yang berkaitan. Dalam nada yang agak kasar. Bukan kasar, menghina agaknya. Situasi macam orang kentut pelan-pelan dalam situasi diam dan senyap, tiada bunyi tapi baunya....nauzubillah. Cilake punya bau!

Dan nanti bermula-lah drama,

"Perasan. Bila masa aku tuit ke dia. Ingat kawan aku dia sorang jer ke?"
"Tetiba nak sentap. Gila betul. Takde keje aku nak tuit pasal ke dia."
"Aku tuit saje-saje jerk. Tak sangka pulak dia nak sentap."
"Sedihnya. Langsung tak berniat. Aku ni naif."

Dasar ayat kopipes. Muka tak payah nak innesen sangat. Fakyu.

SD : ada button MUTE dan UNFOLLOW. nak lagi bagus BLOCK. pilih jek yang mana. hidup bukan 'tuk puaskan hati semua orang.

Monday 17 December 2012

Sometimes

Kadang kita pernah rasa keliru, bila tiba-tiba rasa rindu itu muncul. Kadang ia datang macam melulu. Tanpa dapat ditafsir dengan waras, benarkah ini rindu? Dan jika benar, benarkah dia yang kita rindu? Rasa hati kadang-kadang agak kejam. Agak kurang ada sifat perikemanusiaan. Sesuka hati menerbitkan rasa rindu yang kadang-kadang itu. Yang kadang-kadang buat kita termenung secara tiba-tiba. Yang kadang-kadang buat kita tersenyum sensorang macam orang gila. Yang kadang-kadang buat air mata itu mengalir lagi tanpa kerelaan diri sendiri. 

Rindu yang kadang-kadang itu, biar-lah ia datang. Sekurang-kurangnya menunjukkan yang kita masih punya hati. Yang sekurang-kurangnya, kita masih punya lagi perasaan. Yang membuktikan kita adalah manusia dan bukan cyborg. Indah bukan rasa rindu itu. Lagi indah dari rasa cinta. Rasa rindu itu sakit, tapi sakit yang menenangkan. Kadang-kadang terbuai dengan rasa rindu membawa kita jauh ke alam khayalan. Lupa sebentar akan dunia realiti. Biar-lah. Sebab ia hanya bersifat kadang-kadang.

Rindu pada kata-kata. Rindu pada marah dan merajuk. Rindu pada belaian. Rindu pada gelak tawa. Rindu pada perlakuan bodoh yang sering dilaku bersama. Rindu pada si dia.

Kadang-kadang itu bukan selalu. Kadang-kadang itu hanya sementara waktu. Yang terhadir tanpa dipinta. Yang terlintas tanpa dicipta. Rindu yang kadang-kadang.

SD : rindu ini hanya kau yang tahu.

Sunday 16 December 2012

Haunt Forever

I am able to breathe under the same sky as you
So there's nothing more I could want
I don't know anything so this growing love
Only brings me pain
If I die from the pain
I'll still linger here
I'll just smile by your side.

SD : sanggup ke menjadi 'hantu' dalam seumur hidup dan seumur mati?

Scene of Love

Why did you appear in front of my eyes?
Why do you keep appearing?
When I close my eyes and lay back
Why do I think of your face?
It seems like not a big deal
My heart drops
I must be positive
That this is not a fleeting thing
This must be love.

I've never felt that I was lacking
And I've never had regrets at the end of the day
But the thing is, something's strange
There must be a hole in me now
It's strange how only you fill this hole
You know life only after you live it all
I didn't know I had these feeling left
I thought love was the easiest thing in the world and it's making me dizzy again!

SD : terbayang-bayang akan bayang

Secret Love

One woman loves you
That woman loves you a lot
Everyday like a shadow
She follows you around
She yells in her heart

"How much more
Must I gaze at you alone like this
Must I continue this useless love
This useless love
For you to love me
How much
Must I just gaze at you alone like this
Must I continue this wind-like love
This useless love
For you to love me"

So that woman
Loved you because you were liked
Another fool
While she yells it every day only in her heart
That woman is by your side today too
Do you know that woman is me?
You're not doing this while you know, rite?

"How much
Must I just gaze at you alone like this
I, who loves you
Am still by your side"

That woman cries...

SD : glow in the dark.

Saturday 15 December 2012

Differences.

Saya pensel HB kaler merah. Awak pensel 2B Stabilo. Mane layak saya masuk dewan peperiksaan.

Saya pensel kaler jenama Panda. Awak pensel kaler Buncho yang berwarna- warni. Sah-sah saya kalah dalam pertandingan mewarna.

Saya pemadam doposen yang menang masa main tikam-tikam. Awak pemadam berjenama yang keluar bila digoncang dan tak hasilkan sampah masa dipadam. Pasti kertas saya buruk dan koyak hasil nak padam dengan tekanan yang kuat.

Saya cuma buku nota 555 yang dapat pun sebab ayah bagi untuk conteng-conteng. Awak pula diari yang cantik berhias, siap ada gambar kecik-kecik yang comel-comel. Mesti-lah buku awak lagi penuh dengan biodata kawan-kawan.

Saya getah gelang hasil dari pengikat tempe yang mak suka beli kat pasar. Awak pula getah bereben yang ada bunga-bunga kecik. Kadang-kadang ada bunga besar jugak. Mestilah rambut awak lagi terikat kemas dan comel.

Saya cuma punya kasut kaler hitam yang dapat pun sebab jadi pengawas di sekolah. Awak pula punya pelbagai sneakers berjenama berwarna meriah. Dan banyak pulak tu. Tak mungkin saya keluar berkasut dengan awak.

Saya dapat buku cerita hikayat setiap tahun dari emak masa hari jadi. Awak pula dapat pelbagai buku cerita dari obersea, campur dengan mainan ToysRus. Tak masuk lagi dengan hadiah dari sedara mare dan kawan-kawan. Apa-lah yang boleh saya kongsi dengan awak.

Saya bercuti di kampung dengan nenek bila masuk cuti sekolah. Awak bercuti di dalam dan luar negara bersama famili. Takde pengalaman menarik yang boleh saya cerita pada awak.

Awak, kita jauh berbeza kan. Saya cuma si semut hitam. Awak pulak si enggang yang cantik beterbangan. Saya cuma mampu lihat dari jauh. Tapi awak perlu tahu, saya ada sebuah hati. Hati yang jujur dan ikhlas. Dan hati saya ini akan saya simpan hanya untuk awak sorang. Itu janji saya.

SD : hampir menangis nak karang. tapi tak mustahil perkara macam ni berlaku dalam dunia.

Friday 14 December 2012

Unintended.

tak perlu cari yang sempurna. cari yang ngam. sebab yang ngam itu yang sempurna. @shfqhlmi 2012

Masalah bagi aku bila dah terlalu ngam, hanya boleh disandarkan sebagai sahabat. Tak mungkin boleh pergi jauh dari itu. Sebab sayang untuk pergi jauh dan nanti bila terkandas di tengah jalan, ngam itu pasti tak akan wujud lagi. Jalan terbaik, friendzoned and stick with that thousand years person only.

SD : you could be my unintended...

8 Months...

Hampir masuk bulan yang ke-lapan. Pernah rasa teruk yang sangat teruk. Pernah hampir gila yang separa gila. Pernah alami keadaan 'hilang ingatan' yang agak kronik atas faktor fobiakan 'sesuatu'. Pernah menjeruk hati hilang seketika dari pandangan yang lain. Ya, lapan bulan sudah berlalu.

Setelah lapan bulan. Hati rela tak rela atas kejadian yang berlaku silih ganti berganti. Akal waras tak waras hadap satu persatu. Jasad diragut, diseksa  menjadi bahan melampiaskan hukuman. Tapi itu semua jadi terhapus saat roh dan jasad bersatu menjadi satu yang dulu. Tika akal kembali pada norma yang asal.

Masih sakit? Entah. Masih ingat? Terlalu sedikit. Masih berdendam? Tak mungkin. Masih yang sama? Sedikit berubah. Masih kuat? Sangat dan semakin. Masih mahu? None of your business!

Thursday 13 December 2012

Second Chances

Pernah suatu ketika, hati cukup angkuh. Memandang hina pada peluang kedua. Yang bahawa dalam hidup ini, tiada peluang kedua bisa terbit. Mana mungkin pilihan kedua itu bernyawa jika setiap peluang pertama dijagai dengan sempurna. Peluang kedua harusnya dicantas dari kotak pemikiran, langsung tak wujud kerna sentiasa hargai peluang yang di depan mata. Unsur tamak tiada dalam diri. Cukup satu, yang lain boleh diundur terus. Itu dahulu.

Tahukah kamu, wujudnya golongan manusia pemaaf di alam dunia ini. Yang mana maaf memaafi itu sangat mulia perbuatannya. Yang di akal logiknya benar amat mengerti. Kejadian manusia itu sesempurna kejadian namun perlakuan manusia itu tidak sesempurna perlakuan.  Yang mana percaya bahawa peluang kedua adalah perkara terbaik yang tidak patut ditangguh-tanguh lagi bila masanya tiba. Betapa peluang kedua adalah titik permulaan untuk merubah segalanya menjadi yang paling terbaik pernah berlaku.

Peluang kedua. Mengajar untuk belajar dari kesilapan yang dahulu.
Peluang kedua. Merubah diri menjadi insan baru yang lebih dihargai.
Peluang kedua. Mencipta keserasian yang lebih ber'kimia'
Peluang kedua. Merungkai ke pelusuk perasaan yang selama ini terperosok, hilang lantaran masa.

Betapa magisnya peluang kedua yang tak dapat terbayangkan. Bukan mudah untuk menggapai peluang kedua. Memilik peluang kedua seakan terpercik aliran air dari sungai syurga.(*hanya sekadar ilusi*)

SD : walau dalam aturan pilihan kedua, terkadang bermimpi akan peluang kedua.

Memoir of A Crush

Bila pernah suatu ketika. Si dia datang tanpa tersengajakan. Atas aku sendiri yang alpa. Membuka sedikit ruang dalam hati. Yang mana ruang terbuka hasil dari rekahan kasih sayang yang meluntur. Yang sebenarnya tanpa kusedar. Mana mungkin dia dapat diangkat beraja di hati. Hanya kerana kami memerlukan antara satu sama lain, tak lebih dari seorang kawan. Keadaan membutakan mata kami, namun semuanya terlewat tatkala mata mulai dibuka. Tahu betapa peritnya erti seorang kawan hancur musnah hanya kerana hubungan yang tak tersengajakan? Hanya sedikit memori yang ditinggalkan. Memori berkasih dalam waktu yang singkat. Yang mana boleh ditafsirkan kasih itu adalah kerana seorang sahabat. _fairuzOct'11-Feb'12_

Dealova -Once-
aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih
aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada
hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

SD : betapa dungunya aku, bilamana dia nyanyi lagu Dealova dan aku terkial-kial search lagu apa yang dia nyanyi. hilang keromantikan. -_____-

Keep Calm and Be Mine.

Saya nampak kelibat awak. Saya kenal gerak langkah awak. Saya sudah keterbiasaan sangat akan cara berpakaian awak walau di celah-celah kesesakan itu. Saya tahu wangian siapa ini yang berlegar-legar di ruang udara. Saya perasan gaya yang mencurigakan itu di sebalik keramaian umat manusia. Saya dapat rasa getarannya bila saya tahu awak ada sekitaran ini. 

Kenapa? Kenapa perlu untuk melarikan diri setelah dengan sengaja awak membiarkan saya terlihat akan bayangan awak. Kenapa? Sengaja membuat saya gundah. Sengaja ingin menguji sejauh mana kejujuran kata-kata saya. Perlukah awak dengan sengaja berbuat sedemikian atau adakah awak juga di luar kesedaran mengetahui yang saya juga berada di tempat yang sama? Jika ia berlaku dengan ketidaksengajaan, adakah awak juga merasa seperti apa yang saya rasakan? Adakah awak juga begitu?

SD : hati kita berbeda...

Wednesday 12 December 2012

Nice or Bad?

Last two weeks banyak habiskan masa menonton movie-movie lama. Untuk bahan tontonan ringan di samping bahan bacaan ringan yang makin menimbun, tak habis-habis dibaca. Dari movie pun boleh learn something tau. Bukan hiburan semata seperti yang selalu aku praktikkan dulu. Dulu, asal boring jerk ajak partner tengok wayang. Habis semua movie kat wayang semua kau nak tengok kannn. Then habis movie, seronok sampai kat situ jerk. Tak pernah nak amik iktibar. -____-


Nak kongsi satu benda yang aku dapat dari filem "PISAU CUKUR". Actually one of my favorite Malay movie. At first, tak suka pun cerita ni. Coz dari tajuk yang memang dah boleh agak jalan ceritanya. Hanya disebabkan Fazura jerk aku tengok. Tu pun setakat kat Astro dan ulang-ulang tengok lebih 10kali. hehehehe.

One part yang agak-agak dah nak habis movie, bila Bella (Maya Karin) terjatuh masa pertandingan tarian ballroom, bangun dalam keadaa malu dan terus keluar dari tempat kejadian. Dan Datuk Hisham Tan Sri Kamarudin (Eizlan Yusuf) lari untuk mendapatkan Bella. One thing yang Bella utarakan pada Datuk Hisham, yang mana ayat tersebut boleh buat makan dalam. Disimpulkan pengakuan Bella kepada Datuk Hisham;

Bella tidak akan berkahwin dengan lelaki hanya kerana duit. Dan dia bukan-lah si pisau cukur (gold digger). Bella perlukan seorang lelaki yang dapat lindungi dia dari segi apa pun termasuk dari ahli keluarga sendiri.
Fahami seorang wanita. Wanita itu sangat sulit hatinya. Sangat selirat akalnya. Apa yang selalu disimpulkan tentang wanita, selalu sahaja pada perkara yang sinonim.   Pengikis harta, pendusta, mulut manis yang punya seribu satu muslihat, penseksi, pencurang (ahh, pegi mati dengan grammer aku) dan semua benda yang buruk tentang wanita. Ada juga perkara yang baik disebutkan tentang wanita, tapi sedikit. Dan bukan aku hendak meng'cover' wanita-wanita diluar sana yang memang sesungguhnya berperangai agak kurang baik itu. Tapi cuma satu pesanku, agak-agaklah 'tuk menjadi jahat. Tunjuk-lah sedikit belas kasihan pada segelintir wanita  lain yang berperwatakan baik. Sedikit sebanyak tempias najis engkorang itu terpalit juga pada mereka.

SD : i am a gold digger. nowadays money is everything, rite?

SD II : cilake! aku lari topik rupernye.... fak!

Second Choice

Terperuk rasa hati bila nak ungkap perkataan 'pilihan kedua'. Keadaan asalnya tak pernah kisah walau pilihan yang ke berapa sekalipun, yang penting mampu miliki hati itu. Tak kisah walau berapa lama masa yang kau hanguskan demi hati itu berjaya ditawan. Tak kisah berapa kali pintu hati diketuk tapi tetap masih kau menginginkan yang dungu itu juga. Ya, itu permulaan sahaja. 

Bila satu masa. Yang mana masa itu pasti akan sampai juga akhirnya. Dan nanti baru kau sedar. Kau hanya pilihan kedua. Dan pilihan kedua tetap akan berbunyi pilihan kedua. Walau bagaimana kasih dan sayang yang tercurah, pilihan kedua itu pasti tak akan pudar. Basuh-lah ia dengan cinta. Gosok-lah ia dengan kasih. Sental-lah ia dengan sayang. Masih juga ia bernama pilihan kedua. 

"Cintanya dua, dan kau bukanlah pertama. Walau dicurah segalanya, tapi tenteramkah diminda?" - @NizamArchibald 2012

Kalau masih lagi kau dengan ego yang lama, hentikan-lah niat untuk menjadi pilihan kedua. Kalau pasrah dan redha itu adalah kau yang baharu, kita tengok saja-lah sampai bila drama kau itu berkesan. 

SD : masih dia. aku yakini hati ini.

Alert

Satu situasi
Yang semakin sebati
Bikin langkah mula berhati
Ungkap di mulut kian tapisi
Mata mula buka perhati.


SD : avoid making the same mistake twice.

Happily Ever After?


Cliche pada mana-mana permulaan fairy tales. Keadaan memulakan cerita. Bukan sahaja di dalam buku, malah pada kehidupan kita-kita juga. Apa sahaja yang berlaku, mesti bermula dengan, "Pada suatu hari,......" or something else yang lebih kurang macam tu jugak bunyinya. Sesuatu situasi yang bermula dengan 'sesuatu'.  Dan seterusnya terbentuk sesuatu cerita. Isi kandungan penceritaaan yang dipenuhi dengan 'sesuatu' yang pastinya indah-indah sahaja. Full stop.


Setelah melalui perit jerih untuk bersama disertai dengan pelbagai rintangan yang dihadapi. Bermacam musuh yang datang, bermacam muslihat yang tersembunyi. Drama air mata bercucuran membanjiri bumi. Akhirnya mereka berjaya menempuh dugaan dengan berjaya selambanya. Mereka disatukan dan hidup bahagia selama-lamanya. Full stop.


What happen after 'happily ever after'? 
-Mereka bahagia-lah! 
Okay, mereka bahagia. Tapi apa yang terjadi. 
-Mereka bahagia-lah. Tak paham-paham lagi ke??
 Bahagia. Itu jerk?
-Nak macam mana lagi. Semua orang nak happily ever after.
AKU TAK NAK!

Apa yang terjadi selepas happily ever after? Pernah terfikir tak? Okay, maybe hidup dalam keadaan bahagia sangat-sangat-sangat.  Hidup aman damai, tiada gangguan. Sebab semua musuh durjana telah berjaya dihapuskan. Berbahagia-lah mereka yang telah dengan selambanya (baca : berjaya) menempuh segala rintangan. But, its sound boring to me. Why? Macam hidup mendatar. Tiada ombak badai yang melanda. Tak boleh nak guna ayat "suka duka". Dah asyik suka jerk bila nak datang duka nya  pulak. 

Gila pulak bila cakap taknak bahagia. Actually sila fahamkan. Bukan taknak bahagia, tapi aku taknak situasi bahagia selama-lamanya. Just imagine dalam fairy tales, selalu disebut happily ever after. Apa sebenarnya yang jadi pada mereka-mereka itu? Tak pernah diceritakan kannn...So, keadaan happily ever after tu dia macam agak misterius ( the correct spelling : mysterious {-..-} )

Berdoa untuk bahagia. Its okay. Mengharapkan untuk berbahagia selama-lamanya. Sound creepy. Kau sendiri tahu permintaan itu semacam sukar untuk dikabulkan. Dan untuk apa bahagia selama-lamanya? Bosan. Semacam akan wujud satu rutin yang sama sepanjang hidup demi nak mengekalkan taraf 'bahagia selama-lamanya'. Dan dari rutin yang sama itu pasti akan mengukir rasa bosan dan bosan dan bosan dan..... Kau tahu apa yang akan berlaku selanjutnya.

Kesimpulannya, tak perlu-lah untuk wish "Selamat berbahagia hingga ke akhir hayat" untuk pengantin-pengantin baru dan pasangan-pasangan couple yang baru.  Dah-lah ayat cliche. Ubah-lah ucapan tu. Bunyi sah-sah boring. Yang mengucapkan separuh ikhlas, yang mendengar pulak separuh jelek.

SD : sempena musim orang berkahwin, kad ucapan aku pun tertulis,"Selamat Berbahagia Hingga ke Anak Cucu."  kahkahkah!




Thursday 6 December 2012

Keep.Quiet.And.Show.Some.Love.

Perhubungan kita semakin hambar. Mungkin lemau tak disimpan rapi. Atau kering tanpa baja. Bila mana cinta yang disemai semakin kurang berbuah tahun demi tahun. Bila mana cinta berzaman itu disumpah menjadi hanya sekadar tanggungjawab. Lafaz  I love you, I miss you, gudmorning, gudnyte sweetheart. Itu semua menjadi satu kata wajib dan bukan lagi terucap dek cinta dan kasih sayang. Bukan kita tiada sefahaman, bukan antara kita pernah berlaku curang. Mungkin kerana kita tidak pernah dipisahkan. Lantaran sentiasa bersama siang dan malam. Setiap hari aku hanya menghadap engkau. Dan engkau hanya menghadap aku. Dan titik bosan itu mulai tercipta. Silap sungguh percaturan kita.

Lantas timbul usul supaya kita menjauh. Mencari semula titik cinta yang entah kemana diterbangkan. Memberi ruang dan masa untuk kita menilai kembali. Kerna kita sebenarnya memang berjodoh, tapi jodoh itu terkabut dek masa yang meribut. Keyakinan kita utuh. Engkau untukku. Dan aku untukmu. Dan dalam  kalut mencari sesuatu yang semakin pudar, kita masing-masing mabuk dengan benda melalut. Membuat kita lupa seketika pada janji mencari jodoh yang dikabut. Akhirnya kita sesat semakin jauh. Leka dan alpa menerjah tanpa disedari. Silap sungguh percaturan kita.

Kita masing-masing semakin jauh membawa diri. Dengan hala tuju yang entah ke mana  dan langsung tak terbayangkan. Aku si burung bebas dari sangkar emas. Engkau si rerama yang pantas menarik perhatian. Sedang aku terbang ke utara selatan  mencari hala tuju arah hilangnya jodoh kita. Engkau pula dengan tanpa sengaja mengganti permaisuri baru. Hilang sudah sangkar emasku. Tanpa kerelaanku dan juga tanpa kesedaranmu. Silap sungguh percaturan kita.

Aku hanya mampu menunggu. Akan bilakah munculnya detik itu, di mana sangkar emas itu tidak berpenghuni kembali. Ketaksengajaan itu aku maafi, dan untuk menggoncang sangkar itu bukanlah aku orangnya. Biarlah pemilik itu bertakhta buat seketika. Asal engkau masih menyimpan ruang untuk aku. Walau kita sedar rindu seribu tahun itu sukar nak dibayangkan namun aku yakin. Percaturan yang pertama kita itu silap. Aku menunggu percaturan yang kedua walau perlu diharung sepanjang hayat.  Percaturan kedua kita tak mungkin silap lagi. Aku mohon. 

SD : artikel di'reject'. cuba lagi!

SD : artikel ini diterima oleh TERFAKTAB on 24th December 2012. Early Christmas present!

Wednesday 5 December 2012

pig! fak! pig!

Dalam mood taufan Sandy
Serius shit bole pegi mati
Nak kata pms, belum lagi
Celaka masih tak sudah dibuli!

Love me. Love me not. Love me. Love me not. Love me. Love me not. Love me. Love me not?
Call. Cancel. Call. Cancel. Call. Cancel. Call. Cancel?
shina is typing....*delete* shina is typing...*delete* shina is typing...*delete*
login FB....godek-godek....SETAN!!!!! logout FB.


SD : aku perlukan hujan yang banyak serta petir yang kuat minggu ni.