Thursday 13 December 2012

Second Chances

Pernah suatu ketika, hati cukup angkuh. Memandang hina pada peluang kedua. Yang bahawa dalam hidup ini, tiada peluang kedua bisa terbit. Mana mungkin pilihan kedua itu bernyawa jika setiap peluang pertama dijagai dengan sempurna. Peluang kedua harusnya dicantas dari kotak pemikiran, langsung tak wujud kerna sentiasa hargai peluang yang di depan mata. Unsur tamak tiada dalam diri. Cukup satu, yang lain boleh diundur terus. Itu dahulu.

Tahukah kamu, wujudnya golongan manusia pemaaf di alam dunia ini. Yang mana maaf memaafi itu sangat mulia perbuatannya. Yang di akal logiknya benar amat mengerti. Kejadian manusia itu sesempurna kejadian namun perlakuan manusia itu tidak sesempurna perlakuan.  Yang mana percaya bahawa peluang kedua adalah perkara terbaik yang tidak patut ditangguh-tanguh lagi bila masanya tiba. Betapa peluang kedua adalah titik permulaan untuk merubah segalanya menjadi yang paling terbaik pernah berlaku.

Peluang kedua. Mengajar untuk belajar dari kesilapan yang dahulu.
Peluang kedua. Merubah diri menjadi insan baru yang lebih dihargai.
Peluang kedua. Mencipta keserasian yang lebih ber'kimia'
Peluang kedua. Merungkai ke pelusuk perasaan yang selama ini terperosok, hilang lantaran masa.

Betapa magisnya peluang kedua yang tak dapat terbayangkan. Bukan mudah untuk menggapai peluang kedua. Memilik peluang kedua seakan terpercik aliran air dari sungai syurga.(*hanya sekadar ilusi*)

SD : walau dalam aturan pilihan kedua, terkadang bermimpi akan peluang kedua.

No comments: