Friday 30 November 2012

Hell yeah!

Cinta derhaka celaka
Kau pergi serupa puaka
Datang kembali bawa neraka

Cinta pergi-balik. Biasa dengar. Selalu nampak. Mulut laju nak kata bodoh. Tapi kau tak tahu situasi, kau-lah yang bodoh. Terfikir tak kenapa asyik, tak habis-habis kau balik semula pada puaka yang sama. Dah berlori kau maki. Dah selaut kau carut. Masih jugak kau cari puaka nan satu tu jugak. Tetap kau nak ada dengan hantu yang tu jugak. Kalau nak kata cinta sejati, macam tahi bunyinya. Kau pun sure-sure tak boleh nak define apa itu cinta sejati. Cinta sejati ni sesuatu yang unik, indah. Tolong jangan dicemar. 

Keterbiasaan. Itu yang boleh disimpul. Apatah lagi hubungan yang lama. Macam nak expired dah. Tapi masih kekal unggul untuk bersama. Dah macam-macam drama ni. Dari sinetron negeri jiran sambung pulak ke telenovela negara pengeluar dadah. Slot kau tu dari waktu perdana sampailah ke siaran ulangan saja. Drama yang orang dah boleh agak. Dah boleh tahu kesudahannya. Dah takde klimaks. Tinggal tukar-tukar pelakon tambahan jerk. Masih jugak kau bersatu sebab keterbiasaan. Kau tak boleh hidup tiada dia, dia pula meracau tiada engkau.

Tanggungjawab. Yang ini agak teruk. Rasa sayang, cinta dalam hati boleh dikatakan tinggal nyawa-nyawa ikan. Ada atau tiada, life still go on. Kau buat hal kau, aku dengan hal aku. Masih hidup bersama tapi dua-dua macam kayu. Penghubung hanya sebab tanggungjawab. Tanggungjawab yang macam mana? Anak maybe. Nama rumah bersama yang mana rumah masih dalam hutang 50tahun lagi baru nak habis (ada ke?). Masing-masing menyara hidup dengan hasil berdua. Menjaga hati famili kedua belah pihak. Yang lain fikir sendiri. hehehe.

As an option. Salah satu pihak or maybe both of them trying to find something new. Yang mana kesudahannya timbul soal tak serasi. Padahal, usaha 'tuk mencuba sesuatu yang baru tu tiada. Ambil jalan mudah, kembali semula pada yang lama. If kedua pihak macam tu, its ok-lah. Kalau one side only? Jadi-lah macam aku. kahkahkah. Just joking. *muka serius*

In rushing and lack of point. Bila ada masa, will do my best to elaborate more. *me still full of excuses. cakap malas kan senang. lagi mau banyak bunyi* >___<

SD : aku dalam queue. disuruh mampir bila tempat dah kosong. keji.


Thursday 29 November 2012

Wondering..

November dah hampir melabuhkan tirai. 2012 akan jadi antara most November yang wajib diingati. Eventho tahun 2012 aku menyambut hari kebesaran di opis (2years back, besday aku jatuh pada cuti umum..2tahun berturut2), tapi kelainan, perbezaan dis year sangat-lah ketara. Dari pagi sampai lunch dapat kebebasan tak payah buat keje (my new MD memang-lah tersangat familyman), ucapan besday dari opismate yang lebih terarah kepada sindirin2 tajam (agak kurang adab diorang ni), merapu merepek dengan incoming call (one of them kerap call rupenya ade agenda tersembunyi), temujanji dengan family Cullen (save Twilight:BreakingDawn Part II as my besday treat) dan kunjungan mengejut walaupun sekejap di tengah malam (seb bek tiada acara tepung tawar). Happy, teruja, rindu, bersemangat dan rasa muda sepanjang zaman. 

Thanks pada mereka-mereka yang pernah hadir, selalu hadir, sentiasa hadir dalam hidup aku. Tanpa diorang, siapa-lah aku ini. Aicehh, macam nak bagi ucapan atas podium jerk gayanya. Waktu yang paling seronok semalam, dah tentu2-lah time aku dengan famili Cullen. Dengan muka yang serius nak menghadap last Twilight movie, sedang elok pulak nyamuk dok bertuit-tuit sebelah telinga aku. Memang cabaran wawasan 2020 sungguh. Mengulit ke sana sini. Bergerak-gerak tanpa reti duduk diam. Nasib baik budak besar. Kalau umur 5tahun tu, memang aku dah ikat ketat2 atas seat tu. Ahahahhahaha. Awak cute, thanks teman saya. Takpe-lah, aku pun bakal mengulang tengok lagi. Takde rasa marah pun. 

Masih lagi tiada masa yang banyak untuk menghupdate cerita-cerita yang lebih jitu. Sebab pengurusan masa masih lagi failed. This weekend pun sibuk. Masih lagi perlu berulang-alik ke Shah Alam. Rasanya tahun depan pindah Shah Alam lagi senang keje kot. And tak lupa dis Friday, Pekan Frinjan. Masa tuk melenjan. Istighfar banyak2 Shina oiii..Jangan buat benda2 lagha ni. kihkihkih.

dapat menutup mulut budak2 opis.


SD : me, my passion, my rindu and my love.

Wednesday 28 November 2012

Daebak Birthday!


Kiut miut doodle dari Google harini. Sempena my birthday. Eh, today's my birthday?? Yeayyyy. Happy Birthday Shina! Berjaya hidup sehingga ke hari ini, cuma lagi kena usaha untuk hidup dengan lebih berjaya lagi. Eh, apeni dok mention berjaya, berjaya. Sensitip mak noks. Kehkehkeh. Cam bongok-lah Shina ni.

Dan temu-janji bersama famili Cullen this evening. Eleh, cakap jerk-lah temujanji bersama Edward. Bongok, bongok, bongok. *shut my mouth*.

Hi guys. Miss u. I'll come tonite to visit ur daughter.

Okeh, okeh...nanti update lagi. Dah nak bersiap2. time is running out.

SD : first time aku dapat something yang mana despatch or whatever tak cabut pricetag.

Tuesday 27 November 2012

Offended..


Macam cilaka jerk. Sentap terus pepagi tadi. Tapi pastu aku gelak giler2. Kisah-lah pulak kan. Puiii. Dunno siapa yang diorang dok mention, tapi aku memang patut terasa pon. Taching adalah dalam 2minit pastu pikir2 balik for what nak taching2. Coz i have my own reason dude. Belom lagi tiba masa aku nak loghat Johor habes. Memang sakan-lah tengok bahasa aku nanti. Sedang sekarang pun berterabur apatah lagi bila loghat Johor ngan Perak aku niey bergabung. Hai-lah MASTAKOK. Aku takok nanti baru tau.

SD : gelak2 sorang2.

Monday 26 November 2012

The Date

Tak lama lagi. Sikit hari lagi. Beberapa jam yang bakal menyusul. Semoga bertemu.

Memang banyak perbezaannya untuk tahun ini berbanding tahun lepas. Ada baik dan buruknya. Tapi aku langsung tak endah pada yang buruk. Coz for me, its nothing. Yang penting aku masih hidup, sedang bekerja dan happy dengan hari-hari yang mendatang. Punya rezeki yang sedang dikejar. Punya cita-cita yang sedang digapai. Punya impian yang bakal dicapai. 

28 November.

Tarikh yang sentiasa ditunggu. Nombor yang paling bermakna dalam hidup. Dan seperti biasa, aku tak suka di wish2 seperti yang lain. Masih lagi aku menganggap aku masih lagi di tahun 1999, 2001, 2002 dan 2008. Tahun-tahun yang paling tidak dapat dilupakan. Tahun-tahun yang paling cemerlang dalam hidup aku. Tak dinafikan tahun-tahun yang lain juga sangat bermakna, tapi entah kenapa tahun-tahun tersebut sentiasa mekar dalam hatiku. 

28 November 2012.

Pertama kali sejak 2000, aku sendiri. Sendiri tanpa teman istimewa. Hampir duabelas(12) tahun ada insan istimewa di hati. Itu bezanya pada tahun ini. Tapi aku bersyukur kerna masih aku punya famili. Masih ada Kokde yang sentiasa sayang aku. Tak pernah belah bagi. 

November 2012.

Tahun ini walau pelbagai dugaan yang melanda tapi semuanya lenyap. Lenyap setelah aku akhirnya menjumpai apa yang aku idamkan selama ini. MENULIS. Yup, itu keinginan aku sejak kecil. Rupanya tak pernah padam. Cuma tersorok dek kelekaan aku.

November.

Sentiasa akan kutunggu setiap tahun. Sentiasa akan kujadikan sebagai bulan yang paling awesome setiap tahun. Sentiasa akan kucoretkan segala yang istimewa di bulan itu.

November 2020.

Aku berdoa semoga ketemu. Keinginan aku semenjak sekolah rendah. Di mana hampir setiap pagi mendendangkan lagu Wawasan 2020 di pagi perhimpunan. Yang mana aku sudah mengira umur sejak kecil. Aku nampak masa hadapan. Untuk aku sekarang yang menentukan samada aku mahu atau tidak.

SD : happy becoming birthday to me.

I'm Bored

Owh, kamu. Masih membising lagi rupanya. Berapa lama lagi mahu begini? Banyak mana lagi mahu meluah? Buruk siapa lagi yang mahu dibongkar? Berapa gelen lagi airmata yang mahu ditumpah? Berapa ramai lagi yang mahu dijualkan simpati? Aku bosan.

Go on. Move on. Look forward. Achieve your goals. Apa lagi yang mahu dinasihatkan? ZERO. Sebab dah berbuih mulut. Masih lagi kamu begitu. Banyak sangat kamu membuka pekung. Banyak sangat tentera yang nak dikumpul. Sedarkah bahwa makin banyak kita bercakap, makin banyaklah aib yang akan terbuka. Tidak aib orang lain, mungkin aib kamu sendiri. Aku bosan.

Bertenanglah. Bersabarlah. Jika benar dah berdiam dan masih ada yang membingit maknanya kamu masih belum cukup diam. DIAM. Tutup mulut. Ignore. Avoid. Percayalah kamu akan dapat ketenangan itu. Percayalah ia pasti terjadi. Aku bosan.

SD : masih lagi drama yang sama, aku bosan.

Sunday 25 November 2012

Polygamy.

Poligami. Berkongsi. Sharing. Memiliki tapi tak sepenuhnya. Hermm, apa lagi yang boleh ditafsir dengan poligami? Baik-kah? Buruk-kah? Adakah berpoligami boleh membentuk sifat adil? Adakah wujud sifat adil pada yang membuat? Atau adil-kah pada yang di-buat? Dan kenapa aku terlalu sangat nak kupas isu poligami? Owh, sebab dalam situasi ini? Belum lagi. Tapi menuju ke arah itu. Selangkah lagi. Tinggal lagi aku yang perlu bertindak.

Aduhai, kenapa kau mengusulkan idea itu pada aku? Sedangkan dah lama aku memikirkannya. Cuma lagi sudah acapkali aku terangkan. Yang aku hanya ingin menunggu. Sebab aku percaya pada erti menunggu. Sebab aku terlalu yakin dengan masa depanku. Aku tahu. Aku yakin. Aku berani menanggung risiko. Risiko rindu seribu tahun.

Poligami tak salah. Malah aku punya pandangan yang positif terhadap poligami. Rasanya aku umpama mampu mengharung situasi dimadukan pada ketika ini. Desperate? No-lah. Sebab aku juga ingin disayangi. Tak perlu menjagai aku seperti dulu. Cukup cuma perlu ada kau pada ketika-ketika yang diperlukan. Bukankah bila dimadukan, tidak setiap ketika adalah milik kita? Mungkin itu yang membuatkan aku senang dengan situasi poligami. Sebab pada usia aku yang begini dan life aku yang terkini, aku pun tak punya banyak masa untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada orang tersayang (baca: jika aku bercinta lagi).

Poligami perlu adil. Si pemoligami, perlu adil pada kedua-dua pihak. Pihak pertama dan pihak kedua ( if ada yang ketiga, pihak ketiga. tamak sungguh. ) Dan jika kau betul-betul bersedia untuk menjadi si pemoligami, adakah betul jalannya aku yang perlu bertemu dengan pihak yang pertama? If itu yang kau harapkan, kau bersedia 'tuk berpoligami tapi hakikatnya kau belum cukup ilmu 'tuk berlaku adil. Dan aku takut akhirnya aku yang di cop sebagai pemusnah hubungan kamu-kamu. See? Kan aku dah mention. Aku taknak menjadi watak ketiga. Aigoo~~

Bersabarlah. Aku mampu harungi situasi poligami, tapi cuba kau usulkan pada pihak yang pertama. Adakah si dia mampu? Sanggupkah kau melukakan hati si dia. Kau terlalu sayangkan dia, rite? Thanks sebab sewaktu bersama, sikit pun isu poligami ini tak pernah wujud. Dan teima kasih dan maaf sebab erti setia itu hanya untuk aku.

SD : cinta tak semestinya memiliki.

Friday 23 November 2012

Dust

Lama tak mengukir
Lantaran beralih ke kawasan lain
Yang mana ralit membina diari baru
Dengan desakan kerja harian
Mahupun kerja luaran
Buat aku lupa pada BLTN
Banyak yang nak di'story'
Banyak yang nak di karut
Masa belum bagi peluang
Ada masa
Bertubi aku serang.  

SD : tak sabar nak mengukir semula di sini. Masa, sila bagi laluan.

Wednesday 21 November 2012

Lucky No.1!

Eh, tajuk entry tu macam ade satu tajuk movie hindustan-lah. Ermm, rasanya-lah. Nanti petang2 aku google, rasa macam betul. Ok2, i'll go streeeeeett to the point.

duapuluhsatu.sebelas
duabelas:tujuh 

Lagi sekali aku dapat khabar yang happy, happy, happy sangat.

*Tinggg* bunyi emel dalam phone aku.
Bukak lambat2 coz ingatkan keje2 opis jerk yang masuk dalam emel, then suddenly baca,
*U've got one email* eh, kat folder gmail lah.
*Tahniah, cerpen anda telah terpilih antara cerpen terbaik dalam #ContestBukuHItam.*

Aku?? Senyum giler2, tak tahu nak cakap apa. Baca ulang2 kali takut tersalah baca. Tangan aku terus nak on gmail via pc lak. Cam tak puas hati. And then sekali lagi aku baca emel tu. Yup, memang betul. Mata aku tak salah. Tangan terus gapai phone, call Kokde. Call banyak kali, tak dapat. Geram pulak. Call orang lain pulak. Eh, bizi ke sampai taknak pickup. Call kawan aku pulak. Ala, engaged ke ape ni? Cilakak. Sekor2 aku call, sorang pun takde yang pickup. Hantu betul. Aku nak citer kat saper niey? Oklah, update hint2 kat twitter. Dah fullstop.

And diorang pun ade update kat FB diorang.

 

Kene reply email penganjur coz esok rupenya tarikh nak bagi hadiah. Dan aku boleh pulak asek nak terlupe2 hari jerk. Memang weng betul. Aku sepatutnya kene berjumpa diorang, nak dapatkan hakcipta karya aku. yerklah, aku hantar tanpa ada ape2 persetujuan pun. Hantar kelam kabut, last minit. Dah kene hambat baru aku terkial2 nak buat. Sampai 3hari aku tak tidur langsung.

Ruginya tak dapat datang esok. Mana dan nak apply cuti. Aishhh. Hantar adik aku sebagai wakil jerk. Sedih. Kalau tak mesti leh dapat aura hebat lagi dari diorang2 yang dah memang otai. Takpe, next fridy rempuh FRINJAN pulak. Dat one memang wajib pegi.

SD : syukur, alhamdullillah



Tuesday 20 November 2012

Question mark (?)

Susah ke 'tuk menjadi baik? Yup, susah. Sangat susah. Kalau jadi jahat, macam mana pulak? Senang. Tersangat-lah senang. Kenapa? Kita adalah manusia yang memang sangat sempurna dalam penciptaan tetapi tidak sempurna bila kita sebagai manusia ini yang melaksanakan.

Bila bercakap yang kita sudah penat menjadi baik; situasi di mana kita selalu menjadi orang baik sebaliknya orang lain masih jugak berlaku buruk pada kita, sedar tak berapa baik sebenarnya diri kita? Kita cakap sudah buat sehabis daya, sedarkah kita berapa banyak sebenarnya daya itu yang telah terhabis? 

Calculate semula. Ingat2 balik. Cukup tak apa yang telah kita buat. Jujurlah pada diri, betul ke yang kita ni memang sehabis baik? Adakah kita dah boleh claim diri ini seperti malaikat? Tak perlu mention secara terang-terangan. Just talk to yourself. Dan tak perlu pura-pura terkejut yang bila disummarizekan, banyak silap yang telah kita buat.

Actually macam mana nak menjadi baik ni? Adakah dengan berdiam diri sahaja kita dah boleh angkat diri kita ini seorang yang baik? Adakah dengan tidak mempedulikan hal-hal yang sekeliling membuatkan kita ultra-baik? Pekakkan telinga, butakan mata, bisukan mulut....cukupkah dengan itu sahaja caranya?

Aku baik, aku mengaku aku baik. Sangat baik. Tak pernah kacau life orang. Tak pernah berkata buruk pasal orang lain. Tak pernah melaga-lagakan kawan-kawan aku. Aku tak pernah ambil tahu or stalk life orang lain. Aku hidup dengan dunia aku dengan tujuan supaya orang tahu yang aku baik dan tiada orang yang akan kacau life aku.....HELL NO!!! Bullshit-lah kalau ada pemikiran kita-kita benda macam tu. BAIK?? Tiada manusia yang baik. Seriuosly. TIADA MANUSIA BAIK di abad ini.

Sebelum pergi jauh, let's define apa itu erti baik. Aku pun dah tak tahu apa makna baik sebenarnya. Penting ke menjadi baik?

SD : i love badboy.


Monday 19 November 2012

Sharing

Aku ada suatu kisah. Yang mana aku nak kisahkan pasal orang lain. Harap ini tak termasuk dalam kategori mengumpat. Demi mengelak itu dari berlakunya aku memakan daging orang yang ingin aku storykan, harap sangat dengan penuh maaf bahawa yang aku bukan nak mengumpat. Kisah ini suatu yang bagi aku dulu tak penting. Yelah, dat time masa aku dengar2 cakap orang, aku still skolah rendah lagi. Manalah aku nak tahu hal2 dewasa macam ni. Kisahnya begini,

Ada jiran aku. Mereka berkahwin. Mungkin agak lama dan tak lama jugak. Tapi sukar untuk mereka mendapat zuriat. Orang dulu2 kan memang asal kawin jerk mesti dapat anak. Tak tahulah kenapa mesti ada point of view macam tu. Then bila lama2, mereka masih lagi tak dikurniakan zuriat. Sampai satu tahap sang suami meminta keizinan untuk berkahwin lain. Si isteri tak bersetuju, mungkin patah hati. Mungkin hati terdetik sang suami sudah tidak sayangkan dirinya lagi. Lantas sebelum sang suami dapat meneruskan niat untuk berkahwin lain, si isteri meminta untuk melepaskan dirinya kerana tak sanggup untuk berkongsi kasih. Sang suami pun menurut kehendak si isteri. Maka berkahwinlah sang suami dengan puan isteri yang baru dan tinggallah si isteri diceraikan.

Cinta sejati walau jauh mana pun ia pergi pasti akan kembali semula. Begitulah yang terjadi pada sang suami dan si isteri yang telah diceraikan. Kasih sayang dan cinta mereka masih ada. Masih utuh. Akhirnya sang suami mengahwini semula si isteri yang telah diceraikan demi cinta yang tak pernah padam. Akhirnya si isteri yang pernah diceraikan dahulunya adalah isteri pertama (sepatutnya) telah menjadi isteri kedua atau lagi sedap disebut isteri muda. Jadilah puan isteri yang sepatutnya adalah isteri kedua menjadi isteri pertama atau bahasa agak kasar isteri tua. Dan mereka hidup bahagia di mana kedua2 isteri tersebut penuh rezeki dengan anak2.

Aku jadikan kisah itu sebagai tauladan. Sebenarnya banyak kisah yang disebaliknya, tapi just ceduk dari side2 positif. Tak bermakna kita berkongsi itu adalah sesuatu yang teruk. Selalu kita sebut sharing is caring. Adakah phrase tersebut layak untuk certain2 situasi sahaja? Dan kalau tak mencuba, adakah kita tahu apa yang akan berlaku? Persoalannya, dimanakah tahap keberanian itu? Adakah setakat dihujung kuku atau selaut hati?

Okeh, stop rite now. Aku pun dah dapat kesimpulan. Bahagia ni ada banyak ways nya. Cuma jangan selarikan bahagia dengan penghancuran.

SD : sedang memikirkan buruk dan baik.

Promises

Mungkin ini yang terakhir, tapi hanya mungkin. Sebab yang ini susah untuk dijanjikan kerna aku hanya miliki janji seribu tahun. Janji yang lain sering dimungkiri. Maaf, aku mungkin tak mahu bercerita pasal itu2 lagi. Maaf, aku bukan penat tapi cukuplah rasanya. Kata sepakat untuk berhenti mungkin tiada lantaran masing2 terikat. Mungkin kau, mungkin aku. Entahlah. Jangan risau, dan mungkin kau pun tak pernah risau. Mungkin hanya aku yang terlalu menginginkan, yang terlalu mahu....

Aku masih disini, masih begini, masih dengan janji seribu tahun. Telah aku ucapkan acapkali, dan kau pun mengerti. Tiada paksaan, tiada hati yang perlu terluka. Umpama layang2 yang dah terputus talinya, aku hanya mampu memandang dan mengejar dari jauh. Biar angin yang menentukan arah layang2 itu. Dan biar masa yang tentukan bila ia akan kembali pada aku.

SD : aku pasrah dan akur, tapi masih degil mengejar.

Sunday 18 November 2012

Precaution

Bila dia hampir, aku sedar
Kerana kami berkongsi udara yang sama
Berkongsi tanah yang dipijak bersama
Memandang langit yang sama---

lapanbelas.sebelas
sembilan:empatpuluh

Aku tahu dia dalam keadaan serba salah. Sedar sangat perubahan dia. Jangan paksa aku bertindak lebih. Jangan, tolong jangan. Kau, teruskan semua2 itu. Aku takkan sentap walau seinci. Tapi jangan nafikan kewujudan aku. Aku rasa itu yang kau cuba lakukan. Tolong, jangan ada rasa bersalah, sebab itu akan kantoikan semua benda. Dan aku tak tahu sejauh mana 'permaisuri' itu akan bertahan. Engkau pun tak tahu. Dan kalau permaisuri itu mampu untuk harung semua ke'kantoi'an ini, terus terang apa yang aku boleh lakukan, aku boleh pegi mati. Fullstop. No more playing around. 

SD : tetap degil.

Friday 16 November 2012

Unfriend & Unfollow

Kadang-kadang payah 'tuk kita berterus terang. Walau apa situasilah sekalipun. Macam banyak pulak protokol yang kene patuh. Padahal sebenarnya langsung sedikit pun protokol itu tak pernah wujud. Entah kenapa kita sukar nak cakap direct apa yang terbuku dalam hati.

"Eh, kau jangan nak menghanjeng aku lagi boleh tak?"

"Aku tak suka kau. Apa yang kau nak bising2 lagi ni?"

"Kau jangan berlagak malaikat sangat boleh tak? Tembelang kau dah pecah!"

"Aku depan kau sekarang. So now, kau cakaplah. Apa yang kau tak puas hati ni?"

Yup. Ayat-ayat yang hanya mampu bermain dalam akal fikiran, tapi belum tentu lagi untuk kita mampu luahkan. Kenapa benda ni selalu stuck macam tu jerk? Punca terbesar kejadian;

MENJAGA HATI

Kita dah terbiasa nak menjaga hati orang-orang di sekeliling. Kita tak suka nak menimbulkan kekacauan. Tak suka bila timbul pergaduhan. Duduk dalam kelompok yang kecil, bila bergaduh pasti menimbulkan perpecahan. Kita tak suka semua benda tu. Dats why, kita sentiasa menjaga hati orang dengan berhati-hati dalam setiap percakapan dan perbuatan kita. Demi bencikan perkara-perkara buruk yang berlaku, kita rela mengorbankan hati sendiri demi menjaga hati yang lain. Biarlah hati rabak yang penting perhubungan itu tak koyak. Tapi persoalannya, sampai bila?

Bila perkara untuk menjaga hati tu dah pupus, pastinya orang-orang itu jugak menuju ke arah pelupusan. Seriuosly, kita asyik pendam apa yang terbuku dalam hati. Sakit, geram, benci, meluat. Semuanya simpan ketat2 dalam hati. And after that, POOFFF!! Memaki hamun, mengata, menghanjeng belakang2. Yes, I know. Memang MELAYU SEJATI lah yang buat macam ni. You know why? Pernah dengar tak, "Tak Melayulah cakap depan2 niey." Aku tak tau nak tafsirkan sebagai sifat or adab Melayu memang macam tu. Situasi ni macam, kau baling mercun papan kat mak kau yang tengah memasak kat dapur, then laju2 kau menyorok balik langsir. Lepas tu bila mercun meletop, mak kau terkejut dan mula melatah lalu terkeluarlah semua perkataan2 carutan dalam kain. See? You got it?? 

Akhirnya, perpecahan itu pun tetap wujud. Yang membezakan samada cepat atau lambat sahaja. But main point, still gak berlaku perpecahan.  So sia2 jerklah selama ni kita menjaga hati. Penat kan. Mesti letih. Susah payah kita nak kendong kanan dan kiri, last2 berkecai gak. Tetiba mula sedar diri tu jadi macam orang bodoh. Rasa dikhianati, jasa-jasa yang ditabur selama ini langsung tidak dikenang,  or mungkin tetiba rasa diri dalam insecure? Owh, kisah pasal insecure aku bukak kat topik lain hari. >_<

Susah sangat ke 'tuk bersua muka, bertentang mata 4bijik, maybe 6bijik mata. Talk directly face to face. Luahkan rasa amarah, leraikan segala kekusutan. Speak out loudly, beritau apa yang terbuku dalam hati. Tak cantik dipandang dek orang, bila kita sama-sama berkawan tetiba nak berpecah belah. Tapi, itulah macam yang aku cakap memula tadi. Kita sibuk menjaga hati. If at the first place kita dah berani berterus terang, maybe perkara-perkara macam ni takkan berlaku. Maybe lah yerk. Just MAYBE. Why I said just maybe? Hati manusia bukan kita yang boleh ramalkan. Pernah dengar orang cakap, "Rambut sama hitam, hati lain2" dan pernah dengar situasi "Depan baik macam malaikat, belakang macam Dajjal". So the conclusion, just be who you are. Adakah kita suka standard kita disitu? Kita penentu standard kita di mana.

SD : upgrade to 3.0


Wednesday 14 November 2012

Remain in Here

Saya tak call bukan sebab saya tengah happy sangat2
Saya tak mesej bukan sebab saya ada kawan bergembira
Saya nak sangat awak percaya,
Yang saya tak buat semua itu2 sebab saya mahu awak happy
Yang saya tahu awak sedang bergembira
Menikmati hari2 terbaik dalam hidup awak
Dan tak perlu saya mesej atau call untuk---
Jadi iklan selingan dalam gembira awak
Boleh tak awak percaya benda ni?
Betul, saya sentiasa ingat awak
Setiap masa, tapi ia tak pernah membunuh saya
Sebab saya percaya cakap awak
Awak suruh saya datang bila awak terjatuh nanti
Saya pegang kata2 awak itu
Sebab awak kata kita tak boleh meramal masa depan
Tapi saya cakap, saya yang tentukan masa depan saya
Awak diam---mungkin takut dengan pegangan saya
Takpe, saya kuat memegang pegangan saya
Dan sumpah,
Demi mendengar awak sudi terima saya
Disaat awak jatuh
Saya tak pernah sekalipun 
Mendoakan kejadian itu akan cepat berlaku.

The Vow

Kenapa kita terlalu bangga dengan kita yang tidak melakukan dosa. Sedangkan kita sendiri sedar bahawa tiada di kalangan kita yang tidak berdosa. Tinggal lagi bezanya; sorry to say-lah, kantoi tak kantoi sahaja. Tapi mesti penat kan terpaksa berhipokrit untuk melakonkan watak paling naif, paling suci, paling tidak ternoda kan. Perghhh, aku pasti kau mesti sangat penat kan. Dah semua watak baik kau nak bolot sorang2. Cube agih2kan sikit kat aku niey hahh. Barulah adil dan saksama. Eh, tak perlu agih kat aku kowt. Aku memang si naif yang baik hati. Bertauladan dan wajib diteladani. Kahkahkah, cam satan statement aku. Gi mati bunuh diri lah.

*istighfar banyak2*

Jauh tersasar pulak tulisan aku kali niey. Gara2 lama sangat terperuk dalam dunia twitter. Mainstream abes. Seb bek aku tak terjebak dari dulu. Gila naif betul aku niey. Rabak terus tatasusila aku, hilang sudah keindahan seri kebudayaan dalam diri. Perghh, cukup2 lah tue. Benci lak dengan ape yang aku dok karutkan. Berambuslah ko satan dalam diri!

*tarik nafas panjang2-hembus slow2*

Manusia mana yang tak berdosa. Jangan berbalah dengan aku mengunakan fakta agama. Lets be open minded okeh.  Aku ulang balik; manusia mana yang tak berdosa. Pasti tiada yang terkecualikan. Yang membezakan besar or kecil sahaja dosa tersebut. Yang membezakan samada dosa itu secara sengaja atau tidak disengajakan. Bila mengatakan bahwa sesiapa pun tidak terkecualikan, ia termasuklah aku. Yup, aku berdosa. Banyak?? Ermmm....sangat. Aku sedar puncanya. Aku tahu mana silapnya. Aku mengerti dan tahu itu dosa. Tapi aku sengaja. Sengaja membutakan mata, membutakan hati. Enak aku mengulit setiap rencah yang terhidang.

*stop it. just let it be*

Maaf, aku tak bersedia untuk berkongsi itu2. Maaf, belum masanya. Maaf, aku bertindak gelojoh untuk membentang perkara yang bakal mengaibkan aku. Maaf, maaf, maaf. 

Kenapa aku keliru di saat ini? Kenapa aku rasa agak kesulitan di waktu ini? Yup, semuanya kerana janjiku dan pesanku. Janjiku, bahawa aku akan setia di sini walau seribu tahun lagi dan pesanku bahawa dia dan dia tidak diizinkan untuk pergi dulu sebelum aku. Aku pegang pada benda yang dua(2) itu. Kelihatannya mudah tapi ketahuilah betapa berat sungguh kalimah itu yang terpaksa ditanggung. Oppss, bukan terpaksa ditanggung kerna aku sendiri dengan rela hati mengukirnya. Sempadan batas untuk memerangi sifat yang sering ditakluk setan. Dengan dua kalimah itu, mengingatkan diri aku untuk berhenti. Berhenti dari menjahanamkan diri. Berhenti dari memusnahkan setiap inci tubuh kaku. Berhenti dari menikam hati yang sentiasa tak salah. Aku rasa sudah cukup masanya untuk aku berhenti. Maaf pada yang tak sempat. Bukan tak sudi, tapi kata maaf terluah kerna kamu-kamu bukan dalam selera aku. Selera aku dah lama termati. Hinalah aku, kejilah aku. Kononnya aku meletakkan standard. Jangan cuba menipu. Manusia mana yang terlalu lurus menerima hanya sekadar hati dan cinta yang ikhlas? Owh, aku terlupa yang mana si dia pernah menerima aku dalam keadaan seburuk-buruk aku. Ya, dia sangat ultra istimewa. Sanggup menerima aku. Terima kasih pada hati aku yang super bangang sebab, sebab, sebab......Argghhhh, malas lah nak cakap. 

Kamu, yup kamu-lah. Yang telah kulontarkan janji seribu tahun itu. Aku takkan mengganggu apatah lagi menjadi penghalang. Teruskan dengan apa yang kamu sedang lakukan. Aku hanya akan menutup mata, memekakkan telinga, mengajar hati untuk tidak tersentap dengan setiap yang terjadi. Kerna aku semestinya tak layak untuk mengiktiraf diri sebagai orang ketiga. Dan watak sebagai orang ketiga adalah sangat tak sesuai untuk aku. Walau kelas lakonan mana pun yang aku register, tak mungkin sampai bila2 pun aku akan mahir untuk memegang watak orang ketiga. Sungguh, aku tak mampu untuk watak itu. Pedih? Tak. Sedih? Tidak. Sakit hati? Lagilah tidak. Adakah hati kau dah kebas? Kebas pada yang lain tapi bukan pada dia. Bila kebas dan muak itu cuba muncul, aku akan berpatah balik pada janji yang telah aku ukirkan. Semoga kau jangan pergi dulu sebelum aku. Tolong, hanya itu yang aku pohon.

Dan kamu. Yup, kamu yang satu lagi tu..(okeh, bagi aku gelak kejap) Yup, kamu yang suka bikin aku gelak. Yang sentiasa buat aku kering tekak. Yang wajib bagi kamu untuk buat aku tegang dan keras pipi. kehkehkeh. Ingat pesanku. Jangan pergi dulu sebelum aku. Kenapa aku berpesan begitu? Akan aku ceritakan di kemudia hari. Aku kepenatan, memerlukan rehat yang agak sedikit dan sebanyak. Sampai masa biar aku cerita segalanya.

SD : aku hidup dalam dosa...


Tuesday 13 November 2012

My Own Sin

Bila masanya tiba
Bila dah akhir waktunya
Bila mati itu menjelma
Cuba menghampiri
Aku yang ghairah
Tolong
Kau kejutkan aku
Kejutkan banyak kali
Kejutkan sampai aku tersedar...

SD : sat2 lagi aku continue...ralit tgk movie.

Sunday 11 November 2012

Missing Someone

I MISS YOU LIKE CRAZY!!!!!!!

rindu orang yang disebelah......

Saturday 10 November 2012

-10 things I hate about you-


I hate the way you talk to me,
and the way you cut your hair.
I hate the way you drive my car,
I hate it when you stare.
I hate your big dumb combat boots
and the way you read my mind.
I hate you so much it makes me sick,
it even makes me rhyme.
I hate the way you’re always right,
I hate it when you lie.
I hate it when you make me laugh,
even worse when you make me cry.
I hate it when you’re not around,
and the fact that you didn’t call.
But mostly I hate the way I don’t hate you,
not even close…
not even a little bit…
not even at all.


One of my favourite poem. Benar bagai dikata, orang yang kita benci boleh bertukar menjadi orang yang paling kita sayang sekali. Besar mana benci tu, lagi besar sayang yang terwujud. ME already face it. Masih lagi sakit sebab terpaksa menjauh dari orang dibenci yang paling disayangi. Alasan nya cuma satu; kebodohan dan keangkuhan dek mata yang buta. Menyesal? My point of view, tak baik menyesal coz entahlah. Aku rasa kalau ada rasa menyesal umpama aku memaki takdir yang dah ditentukan. REDHA. Yup, itulah yang aku buat. Ikhlas dari hati, cuma kadang2 sebabkan sifat yang senang terpengaruh dgn hasutan keliling membuatkan aku terlupa yang aku sebenarnya telah redha dgn apa yang dah terjadi.

Tutup mata, pekakkan telinga, bisukan mulut. Itu yang patut aku keraskan dalam hati. Listen to your heart. Itu yang sebaiknya. Sebab hati itu kepunyaan aku sendiri, kata hati itu yang patut aku turutkan. Coz at the end of the day, hati itu jugaklah yang bakal bahagia atau menderita.

Tolonglah lagi sekali. Aku inginkan kekuatan itu. Tolonglah, aku tak mahu lagi ada kata2 dari yang lain. Tolonglah, tolonglah. Aku cuma mahu ada aku. Ada hati aku. Ada cebisan kasih sayang dia. Biar aku simpan walau dia bukan milik aku. Aku? Aku tak mahu dimiliki sesiapa. Biarlah aku begini. Demi Tuhan, aku tak patut minta apa yang tersimpan dalam sanubariku. Kerana ia sesuatu yang tak masuk akal. Berdosa sungguh aku kerana masih tak mampu membuangnya.

Bodohnya aku, sanggup merelakan diri menyeksa hati. Tapi apa yang mampu aku buat? Tak mungkin untuk aku bertindak mementingkan diri. Cukuplah cebisan kasih sayang itu. Cukuplah. Aku tak mahu mengingat memori itu lagi tapi memori itu tak akan kupadam dari ingatan ini selagi hayat dikandung badan.


SD : Tuhan, tolonglah. Aku hanya mahu dia...

Friday 9 November 2012

My Day

Sumpah, aku bahagia. Dengan dia. Bukan sebab aku lonely, tapi aku tahu memang aku akan bahagia dengan dia. If sebab aku lonely, kenapa yang mendatang tetap juga tak dapat mengukir senyuman 'tuk ku. Tak mengapa kami jauh, tak mengapa kami bukan apa2. Cukuplah aku bahagia dengan itu2 sahaja. Aku tak perlu lebih dari itu2 sahaja. Cukuplah walau 2hari ini dia sanggup meluangkan masa, betul2 mengukir bukan sekadar senyuman malah lebih dari itu. Aku harap kau tak memandang serong akan kelakuan aku, sebab kau pasti adalah orang yang sangat mengenali aku. Aku tak dapat nak gambarkan dengan kata2, maaf air mataku bukan untuk meraih simpati, tapi aku terlalu gembira. Sangat.

Terima kasih kau yang sentiasa dapat menyentuh aku jauh ke lubuk hatiku. Soalan kau yang tadi bukan tiada jawapannya. Maaf, aku tak sanggup 'tuk lafazkan. Kerna sesungguhnya jawapan aku tidak lain dari sudi dengan seluruh jiwa ragaku. Kau, percayalah yang aku masih di sini. Aku berjaya menempuh hari2 deritaku dengan diri aku yang seorang diri. Aku berjaya menjelma menjadi aku yang pernah aku idamkan dari kecil. Aku berjaya menyeka air mata demi meneruskan hidup yang bakal mendatang. Jika kau hadir seribu tahun lagi, percayalah aku masih di sini walau siapa pun aku ketika itu.

SD : air mata kegembiraan di sebalik rindu yang teramat.

Thursday 8 November 2012

#Rulez

Sila fahamkan
Jangan buat2 tak faham
Or nak aku tolong fahamkan
Kalau dah faham
Sila fahamkan sekali lagi.

Wednesday 7 November 2012

'What' and 'If'

Dear Claire,
"What" and "If" are two words as non-threatening as words can be. But put them together side-by-side and they have the power to haunt you for the rest of your life : What if? What if? What if? I don't know how your story ended but if what you felt then was true love, then it's never too late. If it was true then, why wouldn't it be true now? You need only the courage to follow your heart. I don't know what a love like Juliet feels like - love to leave loved ones for, love to cross oceans for but I'd like to believe if I ever were to feel it, that I will have the courage to seize it. And, Claire, if you didn't, I hope one day that you will.
All my love, Juliet.
Letter to Juliet 2010
                                                                                                                                                                                                                       
Manusia dan cinta. Manusia yang penakut. Cinta yang terpendam. Manusia yang ego. Cinta yang tergadai. Manusia yang kejam. Cinta yang terkorban. Yang mana satu engkorang semua? Atau adakah; Manusia yang percaya. Cinta yang sejati. Dan lagi sekali akan terdengarlah omong2 di balik langsir; "Cakap guna bibir atas bibir bawah, memanglah senang." Memang payah kalau nak bercakap dengan pengikut2 Liyana Jasmay yang mendukung lagu "Aku Tak Percaya Cintaaa". Pernah dengar tak; tanpa keyakinan, mimpi tak mungkin menjadi realiti. Lebih kurang begitulah bunyinya. Kendong keyakinan di setiap impian dan cita2 yang kau kejarkan. Keyakinan dalam meluahkan cinta macam mana pulak? Hermmmm, kalau ikut movie memang nampak mudah coz director dah elok susun setiap scene diorang. Lemme think first....

Kompemkan dulu dengan hati, betul ke si dia tu yang kau suka sangat? Betul ke si dia tu cinta sejati kau? Pernah tak kau rasa berdebar setiap kali terdengar nama dia, terpandang secara tak sengaja, ternampak status dia dekat Timeline FB kau?? Ada tak muka kau merah menyala or tetiba tersenyum sensorang bila si dia terlintas dalam fikiran? Apa perasaan kau bila ternampak ada orang yang berkomen2 dengan si dia yang kau gilakan sangat tu? Jeles? Marah? Rasa macam nak membunuh orang yang berani berkomen2 tu?? Okey, sabar. Jangan sampai membunuh. Cinta dalam diam niey memang boleh bikin membunuh kan. Merbahaya sungguh. Okeh, sekarang dah puas hati. Betul si dia yang kau rasa cinta sejati? Jom, jump to next step.

First thing first. Perkara utama. Jom transform menjadi spy. Mari menjalankan aktiviti sebagai seorang stalker (okeh, perbuatan yg aku benci niey). Kalau si dia one of your frenlist dalam  FB, stalk kt FB. If satu kolej, sentiasa ambil tahu perkembangan dia. Kenalpasti orang2 yang terdekat dengan si dia. If satu tempat kerja, sentiasa buat diri kau selalu kelihatan depan mata dia. If satu bangunan yang sama tapi lain2 pejabat, buat2lah selalu dok turun naik lif, melepak kat lobi ke.....hahahahahahahaha. But, plis dont be too obvious. Pandai2 korang lah nak cover macam mane.

Okeh, step yang niey paling penting sebab kau kena hilangkan sedikit rasa malu dalam diri. Bukan buang semua sifat malu tau. Make your move. Start tegur2 si dia secara rambang. If dalam FB, dah boleh komen sikit2. Juz letak smiley face ke, like kesemua status dia (eventho ko rasa salah apa yg si dia up status tu). If terserempak dengan si dia, layangkan senyuman kau yang paling manissssss sekali. Senyum sahaja, jangan menoleh once dah melepasi si dia. Sila jangan toleh. Ingat one thing, dalam kita nak menjual, sila jual dengan harga MAHAL!. Ini nasihat, benar. Nasihat bernas giteww. Kalau nampak kt cafe tyme bekpes or lunch, cepat2 konon2 nak gi beli kat tempat yang sama jugak. Pendek kata, kau mesti hadirkan diri depan dia sampai dia dah boleh notice kehadiran kau. *wink wink*

Manusia tak buta. Certain manusia dah boleh 'tangkap' dengan setiap kelakuan kau. Dengan syarat manusia tu bukan jenis 'lampi' lah. Kalau tahap 'lem.', aku malas lah nak tolong. Kau pulak jangan tetiba bertukar jadi someone else. Plis jadi the truth of yourself. At this tyme, biarkan si dia pulak yang menilai kau. Still lagi ko approach2 dia dengan gaya2 yang biasa. Jangan overacting. Tunggu respond dari dia pulak..............

Jom kita summarize kan...

Kompemkan hati ---> Become a Stalker ---> Wujud di setiap lokasi ---> Wait for the respond

Satu lagi, masa sekolah dulu2 pernah dengar tak cikgu cakap, "Dah menjadi adat dalam permainan, mesti ada menang dan kalah. Yang kalah, cuba lagi hingga berjaya." Bukan nak patahkan semangat, but buatlah dulu apa yang termampu. Insya Allah, jika kita ikhlas, benar jalan yang kita pilih itu, Allah pasti bersama kita. So, bila korang nak mulakan langkah niey??

SD : ME?? dah separuh jalan...teehehehehhehehe....now, biarlah rahsia. show off boleh membawa kepada aktiviti sailang menyailang. ME dont like...

What a Clumsy Girl.....

Find the difference between Ahmad and Mahmud...
seven.eleven
nine:twenty a.m


Birthday alert kat FB menunjukkan ada 5orang yang aku kene wish dis morning. Tolak satu coz aku dah wish awal2 tyme bangun dari tido (bukan special person but I know him lot) so ade lagi 4orang yang aku kene wish via pc. Sampai jerk opis, with normal routine maka marilah kita berbekpes dulu. Makan pun macam kelam kabut semacam (coz ade ade article yang perlu disiapkan), siap sampai nak tercekik makan without sempat buat air milo. 5minutes later, aku dah tercongok depan pc. Bukak FB, terus gie kat bahagian kanan, reminder birthday via FB. 2orang ex-skolmate kat Munshi and Teknik, and another 2 of them kenalan di FB. Dalam keadaan nak shortform bagai nye ucapan, aku pown men enter jerklah setiap kali dah wish. Then setel lah for this morning. Aku pown proceed dengan article aku pulak sebelum mood bekerja tu datang.

Selang dalam sejam kemudian rasanya, ade notification masuk. Aku tak hiraukan lagi. Coz idea tengah mencurah2, lagipon malas nk hadap FB pepagi nie. Then afterdat, aku pon nak menjengok khabar kat FB. Hamekkkk kauuuu....Tak tau samada aku perlu malu or x??? Yang FB ni pon satu hal. Bila masa lak aku sesuka hati nak tagged2 orang niey... Grrrrrr....Bangang tol!! Aku juz tulis nama Marissa (my skoolmate at Munshi) not Marissa Mahmud yang aku tak kenal langsung pown!!

Next tyme, aku taknak kelam kabut pagi2 lagi. Tertinggal henpon boleh di maapkan lagi, tapi kalau tersalah wish, mane mau letak muke??? Seb bek kitorang memang tak kenal antara satu sama lain.... teeeheheehehehehehe.....

SD : aku = clumsy??? Dulu2 iyerlah...jgnlah datang balik pangai lama.....


Tuesday 6 November 2012

Nothing Impossible..

Hari ini, semalam, kelmarin. minggu lepas......
Banyak kali dah benda ni asyik terlintas dalam kepala..
Kadang aku buat tak tahu, tapi bikin aku jadi haru...
Biar jerklah, kita tengok apa bakal terjadi..
Tapi kalau tiba masa kejadian
Get ready ke aku 'tuk menjadi
Sebahagian dari babak tragedi?
Mampukah aku???

 SD : i need time...plissssss


Serious.

enam.sebelas
lapan:limapuluhtujuh

Aku harap aku sedang menuju ke arah 'serius'
Rasanya betul jalan yang di depan ini
Tanpa 'signboard' memang payah
Apatah lagi GPS langsung tidak dibekal
Takpe, ikut gerak hati.
Denting itu dah makin laju mengejar
Mana mungkin aku masih di pacuan tiga
Hamboihh, masih dengan larian anak
Tukar pacuan lima--- kalau ada enam,
Terus ke enam atau mungkin tujuh
Kena pecut 100m, pecahkan rekod Usain Bolt
Jaga langkah dalam larian
Moga tak tersandung atau jatuh terjerumus.
Pengumuman penting---
Abaikan 'backmirror' dan 'sidemirror'
Ini serius, jangan dihirau
Sebab kau sendiri tahu apa kelemahan kau
Pandang ke hadapan terus, jangan menoleh
Sikit pun jangan dijeling,
JANGAN!!---- jangan ditoleh langsung.
Harap maklum.

Yang dikejar adalah destinasi
Yang menghambat detik waktu
Kiri dan kanan penuh pengalaman
Kau pilih--
Berhenti seketika 'tuk pengalaman
atau
Tiba awal di garisan penamat.


SD : aku dalam persediaan membuka hati 'tuk menamatkan zaman bujang. sila baca betul2 --- DALAM PERSEDIAAN.


Sunday 4 November 2012

New Gadget

Ulalalalala....
Seronok Kokde yerk arini. Dapatlah ape yang de nak sangat even bukan type yang de idamkan aritu. Atleast new one okeh, bukan 2nd.

Sebabkan ketidaksabaran de tu, so next month merasalah insya allah rezeki Ucuk ngn Mak lah pulak. Maybe better than dis one? teehehehehehe.... Sorry Kokde...

SD : aku happy bila aku kembali menjadi aku!
Merah + putih mmg pilihan aku! Darwisy di situ...  

Friday 2 November 2012

Ridiculous

aku selalu mengantuk selepas 'membuang'
kenapa yerk?
sekarang rasa macam nak tido sangat
tapinya masih di opis
aku mengantuk...
so agak2, 
apa aku buat tadi sampai mengantuk?

hint : baca first ayat


SD : sekali sekala mengarut sangat syok!

Thursday 1 November 2012

It's November!!!!

Hai Nova. Bertemu kita lagi seperti tahun-tahun yang sudah. kau masih tetap cantik, masih tetap kacak. Dan yang aku perasan kau dah semakin HERO. Woww, kagum aku. Thanks, kau masih nak ketemu sama aku. Thanks, kau masih bagi aku memijak dan melangkah setiap nadi kau. Thanks, kau masih lagi berdamping dengan aku tanpa ada sikit cacat cela pun.

Hey Nova. Dari Janny sampailah Octavious, semuanya membuli aku. Nasib aku masih lagi cekal, kuat dan bertambah 'hero' sebab aku nak berjumpa dengan kau. Sebab kita sudah diperjodohkan, now your turn pulak. Its depends on you, samada nak terus membuli aku or kau nak bagi something special 'tuk aku. Bring it on, i'm ready in here.

One more thing Nova, thanks at your first nadi, kau dah bagi aku special news. My writing has been accepted. Teruja, terkagum, termalu, tersipu2 dan macam2 ter lagi lah. I'm hoping that more lucky and surprise moment will coming up. 

My Luv Month...
SD : setiap tahun aku sentiasa menantikan kedatangannya. semoga tahun ini november memberi aku miracle yang tak terhingga.