Wednesday 7 November 2012

'What' and 'If'

Dear Claire,
"What" and "If" are two words as non-threatening as words can be. But put them together side-by-side and they have the power to haunt you for the rest of your life : What if? What if? What if? I don't know how your story ended but if what you felt then was true love, then it's never too late. If it was true then, why wouldn't it be true now? You need only the courage to follow your heart. I don't know what a love like Juliet feels like - love to leave loved ones for, love to cross oceans for but I'd like to believe if I ever were to feel it, that I will have the courage to seize it. And, Claire, if you didn't, I hope one day that you will.
All my love, Juliet.
Letter to Juliet 2010
                                                                                                                                                                                                                       
Manusia dan cinta. Manusia yang penakut. Cinta yang terpendam. Manusia yang ego. Cinta yang tergadai. Manusia yang kejam. Cinta yang terkorban. Yang mana satu engkorang semua? Atau adakah; Manusia yang percaya. Cinta yang sejati. Dan lagi sekali akan terdengarlah omong2 di balik langsir; "Cakap guna bibir atas bibir bawah, memanglah senang." Memang payah kalau nak bercakap dengan pengikut2 Liyana Jasmay yang mendukung lagu "Aku Tak Percaya Cintaaa". Pernah dengar tak; tanpa keyakinan, mimpi tak mungkin menjadi realiti. Lebih kurang begitulah bunyinya. Kendong keyakinan di setiap impian dan cita2 yang kau kejarkan. Keyakinan dalam meluahkan cinta macam mana pulak? Hermmmm, kalau ikut movie memang nampak mudah coz director dah elok susun setiap scene diorang. Lemme think first....

Kompemkan dulu dengan hati, betul ke si dia tu yang kau suka sangat? Betul ke si dia tu cinta sejati kau? Pernah tak kau rasa berdebar setiap kali terdengar nama dia, terpandang secara tak sengaja, ternampak status dia dekat Timeline FB kau?? Ada tak muka kau merah menyala or tetiba tersenyum sensorang bila si dia terlintas dalam fikiran? Apa perasaan kau bila ternampak ada orang yang berkomen2 dengan si dia yang kau gilakan sangat tu? Jeles? Marah? Rasa macam nak membunuh orang yang berani berkomen2 tu?? Okey, sabar. Jangan sampai membunuh. Cinta dalam diam niey memang boleh bikin membunuh kan. Merbahaya sungguh. Okeh, sekarang dah puas hati. Betul si dia yang kau rasa cinta sejati? Jom, jump to next step.

First thing first. Perkara utama. Jom transform menjadi spy. Mari menjalankan aktiviti sebagai seorang stalker (okeh, perbuatan yg aku benci niey). Kalau si dia one of your frenlist dalam  FB, stalk kt FB. If satu kolej, sentiasa ambil tahu perkembangan dia. Kenalpasti orang2 yang terdekat dengan si dia. If satu tempat kerja, sentiasa buat diri kau selalu kelihatan depan mata dia. If satu bangunan yang sama tapi lain2 pejabat, buat2lah selalu dok turun naik lif, melepak kat lobi ke.....hahahahahahahaha. But, plis dont be too obvious. Pandai2 korang lah nak cover macam mane.

Okeh, step yang niey paling penting sebab kau kena hilangkan sedikit rasa malu dalam diri. Bukan buang semua sifat malu tau. Make your move. Start tegur2 si dia secara rambang. If dalam FB, dah boleh komen sikit2. Juz letak smiley face ke, like kesemua status dia (eventho ko rasa salah apa yg si dia up status tu). If terserempak dengan si dia, layangkan senyuman kau yang paling manissssss sekali. Senyum sahaja, jangan menoleh once dah melepasi si dia. Sila jangan toleh. Ingat one thing, dalam kita nak menjual, sila jual dengan harga MAHAL!. Ini nasihat, benar. Nasihat bernas giteww. Kalau nampak kt cafe tyme bekpes or lunch, cepat2 konon2 nak gi beli kat tempat yang sama jugak. Pendek kata, kau mesti hadirkan diri depan dia sampai dia dah boleh notice kehadiran kau. *wink wink*

Manusia tak buta. Certain manusia dah boleh 'tangkap' dengan setiap kelakuan kau. Dengan syarat manusia tu bukan jenis 'lampi' lah. Kalau tahap 'lem.', aku malas lah nak tolong. Kau pulak jangan tetiba bertukar jadi someone else. Plis jadi the truth of yourself. At this tyme, biarkan si dia pulak yang menilai kau. Still lagi ko approach2 dia dengan gaya2 yang biasa. Jangan overacting. Tunggu respond dari dia pulak..............

Jom kita summarize kan...

Kompemkan hati ---> Become a Stalker ---> Wujud di setiap lokasi ---> Wait for the respond

Satu lagi, masa sekolah dulu2 pernah dengar tak cikgu cakap, "Dah menjadi adat dalam permainan, mesti ada menang dan kalah. Yang kalah, cuba lagi hingga berjaya." Bukan nak patahkan semangat, but buatlah dulu apa yang termampu. Insya Allah, jika kita ikhlas, benar jalan yang kita pilih itu, Allah pasti bersama kita. So, bila korang nak mulakan langkah niey??

SD : ME?? dah separuh jalan...teehehehehhehehe....now, biarlah rahsia. show off boleh membawa kepada aktiviti sailang menyailang. ME dont like...

No comments: