Friday 16 November 2012

Unfriend & Unfollow

Kadang-kadang payah 'tuk kita berterus terang. Walau apa situasilah sekalipun. Macam banyak pulak protokol yang kene patuh. Padahal sebenarnya langsung sedikit pun protokol itu tak pernah wujud. Entah kenapa kita sukar nak cakap direct apa yang terbuku dalam hati.

"Eh, kau jangan nak menghanjeng aku lagi boleh tak?"

"Aku tak suka kau. Apa yang kau nak bising2 lagi ni?"

"Kau jangan berlagak malaikat sangat boleh tak? Tembelang kau dah pecah!"

"Aku depan kau sekarang. So now, kau cakaplah. Apa yang kau tak puas hati ni?"

Yup. Ayat-ayat yang hanya mampu bermain dalam akal fikiran, tapi belum tentu lagi untuk kita mampu luahkan. Kenapa benda ni selalu stuck macam tu jerk? Punca terbesar kejadian;

MENJAGA HATI

Kita dah terbiasa nak menjaga hati orang-orang di sekeliling. Kita tak suka nak menimbulkan kekacauan. Tak suka bila timbul pergaduhan. Duduk dalam kelompok yang kecil, bila bergaduh pasti menimbulkan perpecahan. Kita tak suka semua benda tu. Dats why, kita sentiasa menjaga hati orang dengan berhati-hati dalam setiap percakapan dan perbuatan kita. Demi bencikan perkara-perkara buruk yang berlaku, kita rela mengorbankan hati sendiri demi menjaga hati yang lain. Biarlah hati rabak yang penting perhubungan itu tak koyak. Tapi persoalannya, sampai bila?

Bila perkara untuk menjaga hati tu dah pupus, pastinya orang-orang itu jugak menuju ke arah pelupusan. Seriuosly, kita asyik pendam apa yang terbuku dalam hati. Sakit, geram, benci, meluat. Semuanya simpan ketat2 dalam hati. And after that, POOFFF!! Memaki hamun, mengata, menghanjeng belakang2. Yes, I know. Memang MELAYU SEJATI lah yang buat macam ni. You know why? Pernah dengar tak, "Tak Melayulah cakap depan2 niey." Aku tak tau nak tafsirkan sebagai sifat or adab Melayu memang macam tu. Situasi ni macam, kau baling mercun papan kat mak kau yang tengah memasak kat dapur, then laju2 kau menyorok balik langsir. Lepas tu bila mercun meletop, mak kau terkejut dan mula melatah lalu terkeluarlah semua perkataan2 carutan dalam kain. See? You got it?? 

Akhirnya, perpecahan itu pun tetap wujud. Yang membezakan samada cepat atau lambat sahaja. But main point, still gak berlaku perpecahan.  So sia2 jerklah selama ni kita menjaga hati. Penat kan. Mesti letih. Susah payah kita nak kendong kanan dan kiri, last2 berkecai gak. Tetiba mula sedar diri tu jadi macam orang bodoh. Rasa dikhianati, jasa-jasa yang ditabur selama ini langsung tidak dikenang,  or mungkin tetiba rasa diri dalam insecure? Owh, kisah pasal insecure aku bukak kat topik lain hari. >_<

Susah sangat ke 'tuk bersua muka, bertentang mata 4bijik, maybe 6bijik mata. Talk directly face to face. Luahkan rasa amarah, leraikan segala kekusutan. Speak out loudly, beritau apa yang terbuku dalam hati. Tak cantik dipandang dek orang, bila kita sama-sama berkawan tetiba nak berpecah belah. Tapi, itulah macam yang aku cakap memula tadi. Kita sibuk menjaga hati. If at the first place kita dah berani berterus terang, maybe perkara-perkara macam ni takkan berlaku. Maybe lah yerk. Just MAYBE. Why I said just maybe? Hati manusia bukan kita yang boleh ramalkan. Pernah dengar orang cakap, "Rambut sama hitam, hati lain2" dan pernah dengar situasi "Depan baik macam malaikat, belakang macam Dajjal". So the conclusion, just be who you are. Adakah kita suka standard kita disitu? Kita penentu standard kita di mana.

SD : upgrade to 3.0


No comments: