Friday 9 November 2012

My Day

Sumpah, aku bahagia. Dengan dia. Bukan sebab aku lonely, tapi aku tahu memang aku akan bahagia dengan dia. If sebab aku lonely, kenapa yang mendatang tetap juga tak dapat mengukir senyuman 'tuk ku. Tak mengapa kami jauh, tak mengapa kami bukan apa2. Cukuplah aku bahagia dengan itu2 sahaja. Aku tak perlu lebih dari itu2 sahaja. Cukuplah walau 2hari ini dia sanggup meluangkan masa, betul2 mengukir bukan sekadar senyuman malah lebih dari itu. Aku harap kau tak memandang serong akan kelakuan aku, sebab kau pasti adalah orang yang sangat mengenali aku. Aku tak dapat nak gambarkan dengan kata2, maaf air mataku bukan untuk meraih simpati, tapi aku terlalu gembira. Sangat.

Terima kasih kau yang sentiasa dapat menyentuh aku jauh ke lubuk hatiku. Soalan kau yang tadi bukan tiada jawapannya. Maaf, aku tak sanggup 'tuk lafazkan. Kerna sesungguhnya jawapan aku tidak lain dari sudi dengan seluruh jiwa ragaku. Kau, percayalah yang aku masih di sini. Aku berjaya menempuh hari2 deritaku dengan diri aku yang seorang diri. Aku berjaya menjelma menjadi aku yang pernah aku idamkan dari kecil. Aku berjaya menyeka air mata demi meneruskan hidup yang bakal mendatang. Jika kau hadir seribu tahun lagi, percayalah aku masih di sini walau siapa pun aku ketika itu.

SD : air mata kegembiraan di sebalik rindu yang teramat.

No comments: