Monday 26 November 2012

The Date

Tak lama lagi. Sikit hari lagi. Beberapa jam yang bakal menyusul. Semoga bertemu.

Memang banyak perbezaannya untuk tahun ini berbanding tahun lepas. Ada baik dan buruknya. Tapi aku langsung tak endah pada yang buruk. Coz for me, its nothing. Yang penting aku masih hidup, sedang bekerja dan happy dengan hari-hari yang mendatang. Punya rezeki yang sedang dikejar. Punya cita-cita yang sedang digapai. Punya impian yang bakal dicapai. 

28 November.

Tarikh yang sentiasa ditunggu. Nombor yang paling bermakna dalam hidup. Dan seperti biasa, aku tak suka di wish2 seperti yang lain. Masih lagi aku menganggap aku masih lagi di tahun 1999, 2001, 2002 dan 2008. Tahun-tahun yang paling tidak dapat dilupakan. Tahun-tahun yang paling cemerlang dalam hidup aku. Tak dinafikan tahun-tahun yang lain juga sangat bermakna, tapi entah kenapa tahun-tahun tersebut sentiasa mekar dalam hatiku. 

28 November 2012.

Pertama kali sejak 2000, aku sendiri. Sendiri tanpa teman istimewa. Hampir duabelas(12) tahun ada insan istimewa di hati. Itu bezanya pada tahun ini. Tapi aku bersyukur kerna masih aku punya famili. Masih ada Kokde yang sentiasa sayang aku. Tak pernah belah bagi. 

November 2012.

Tahun ini walau pelbagai dugaan yang melanda tapi semuanya lenyap. Lenyap setelah aku akhirnya menjumpai apa yang aku idamkan selama ini. MENULIS. Yup, itu keinginan aku sejak kecil. Rupanya tak pernah padam. Cuma tersorok dek kelekaan aku.

November.

Sentiasa akan kutunggu setiap tahun. Sentiasa akan kujadikan sebagai bulan yang paling awesome setiap tahun. Sentiasa akan kucoretkan segala yang istimewa di bulan itu.

November 2020.

Aku berdoa semoga ketemu. Keinginan aku semenjak sekolah rendah. Di mana hampir setiap pagi mendendangkan lagu Wawasan 2020 di pagi perhimpunan. Yang mana aku sudah mengira umur sejak kecil. Aku nampak masa hadapan. Untuk aku sekarang yang menentukan samada aku mahu atau tidak.

SD : happy becoming birthday to me.

No comments: