Tuesday 24 September 2013

Manis

Setiap hari bermanis manis
Kadang rindu mengundang tangis
Hati terdetik akan cinta magis
Wujudkah pelangi setelah gerimis?


SD : Dia manis tapi manis yang dikongsi. :(

Thursday 19 September 2013

Mana hilangnya marah?

Aku masih ingat lagi aku yang dulu. Yang boleh marah bila bila masa yang aku nak. Yang tak pernah nak simpan simpan bila rasa marah tu datang. Kalau rasa nak sembur, sembur jek tanpa takut takut. Kalau nak pergi kerja waktu pagi dan kereta kena blok dengan lahanat yang tak tahu nak turunkan handbrek, aku lepaskan marah dengan rodok empat2 tayar kereta orang tu dengan pisau. Puas hati aku. Yang kalau tengah drive tetiba ada motor atau kereta yang kurang ajar, aku boleh turunkan tingkap sambil jerit kata makian dan angkat jari tengah pada si driver cilaka. Bila ada makwe entah mana mana yang kacau bf (now already become ex), aku dengan senang hati boleh PM minah tu dan sound dia direct, jangan nak menggatal nak jual p*** dekat bf aku. Bila aku rasa hosmate memekak dan mengganggu aku dekat rumah, senang jek aku jerit dari dalam bilik suruh diorang diam. Yang bila aku marah pada bf, aku boleh lempar barang sesuka hati (eventho aku tak pernah baling iron atau pisau pada ex-bf, padahal dari cerita orang2 tu macam ada..-..-).

Tapi mana pergi marah aku yang dulu? Siapa yang curi? Sekarang ni paling hebat pun kalau rasa marah yang ada cuma bergenang air mata jerk. Marah macam mana pun yang keluar cuma bunyi, 'krik krik krik'. Mana pergi panas baran yang dulu? Kenapa taknak marah marah lagi? Ini aku ke atau dah tukar jadi orang lain?

SD : ada orang cakap makin tua sifat marah tu akan makin hilang. aku harap aku masih muda.

Kalau kita tak payah kawan, boleh tak?

Sentap lagi sekali pagi ini untuk yang ke berapa ratus kali dah. Penat. Sakit. Sakit yang sia sia sebab yang menanggungnya sorang jerk. Sorang lagi, haram tak tau ape pun. Kalau tau pun, ape yang dia boleh buat. NOTHING. Boring, boring, boring. Takkan sepanjang hayat kau asyik nak bergenang air mata? Kau rasa berbaloi ke? Asyik kena himpit sampai tersepit. Kau rasa seronok? Kau lari ke kiri, dia ada. Kau lari ke belakang, pun tetap dia ada. Sekarang kau nak lari ke mana? Jangan lari? Duduk situ diam diam dan biar hadap semua depan mata? Mampu? Kau rasa? 

Amalan untuk mengintai pihak yang di sebelah sana dah lama takde. Dah takde hati langsung untuk diambil tahu. Sebab sebenarnya makin banyak info yang kita dapat makin berkeledak hati nanti. Jalan paling mudah; jangan ambil tahu, jangan gatal tangan untuk tahu dan jangan kisah langsung pada kata kata orang. FULL STOP. Tapi datang satu masalah baru. Bilamana mereka yang hendak dihindari mulai datang berlegar di sekeliling macam bayang.  Macam Cristina Perry ada cakap; “And who do you think you are, Running round leaving scars.” Sakit sia. Kau muncul pada tempat tempat yang sepatutnya aku tak patut nampak kau. Memang tak patut sangat. Kenapa? Kenapa? Seksaan cara apa ni? Kau memang ada niat nak bunuh aku sampai mati ke?

Kalau betul dulu memang semua salah aku, aku minta maaf. Mungkin dengan maaf tak memadai, kau beritahu apa lagi yang kau mahu. Kalau mampu ditunaikan, akan aku buat. Kalau kau rasa aku sentiasa menghantui hidup kau, aku minta maaf jugak.  Aku dah lama pergi mungkin kau yang belum. Harap kau mampu buat benda yang sama macam aku, MENJAUH. Orang ada cakap kalau selepas breakup tapi masih boleh berkawan mungkin sebab masa bercinta tiada rasa cinta. Aku sangkal sedikit kenyataan ni. Kita masih boleh berkawan cuma lagi kita tak boleh kawal rasa untuk bercinta semula. Kau fikir untuk apa kita breakup dan kemudian sambung semula? Keputusan untuk breakup tu kita buat masa mabuk ke?  Aku rasa kita tak perlu buat kerja sia sia untuk bercinta semula. Aku tak mahu dan kau juga patutnya bilang tak mahu. MUKTAMAD.

SD : sebenarnya rasa lega bila kita mengarut konon konon tengah marah, padahal kita tak tahu pun apa yang kita marahkan. :)


Monday 9 September 2013

Relieved

Ada benda kadang suka buat kita tersangkut sangkut. Macam orang kata, 'Diluah mati mak, ditelan mati bapak'. Nak dibuat salah, tak buat rasa semua tak kena. Akhirnya telan sensorang untuk tunggu satu masa yang tepat dan meletup. And then bila dah meletup semua benda jadi haru biru. Nak reversed back dah tak boleh. Orang cakap nasi dah jadi bubur. :(

Sebab itu bila pada awal dah mula rasa tak selesa, cepat cepatlah menghindar. Kalau at first macam ada rasa tak kena, cepat cepat buat U turn mana mana simpang yang patut. Sebab diri sendiri pun tak pandai nak menegur sebab kalau salah tegur nanti akan dihambur, jadinya berundurlah. Tapi mana kita nak tahu keadaan akan jadi bertambah buruk kan. Kalaulah kita ada mesin masa....

Kita pilih pada apa yang kita mahu. Kita pilih pada apa yang menyenangkan hati. Kita juga yang pilih pada apa yang akan menyakitkan mata. Semua itu pilihan kita. Dan kalau ada terasa sakit, maki diri sendiri dulu. Then baru boleh maki pada benda yang annoying tu. Ya, benda tu sangat annoying, irritating, benci, geli, gediks tapi nak buat macam mana. Kita dah ternampak. Akur jerklah at the first. Then pandai pandailah nak buat macam mana pulak. :)

SD : Lega umpama baru lepas habis jawab SPM.