Wednesday 31 October 2012

Dreaming

Mimpi. Orang cakap itu semua hanya mainan setan tyme kita enak2 ketiduran. Wah, kalau macam tu aku niey kire tetiap malam lah di 'main' kan setan. *facepalm* Tapinya, ada jugak mimpi yang jadi macam sikit2 clue dalam kehidupan harian. Aku sentiasa seronok dengan mimpi aku. Sometimes mimpi aku tu akan diolah dalam 'bakal novel' yang tak tahu bila nak berpenghujung tu...aisshhhhhh..Yup, mimpi aku sentiasa yang menyeronokan tapi takdelah sampai aku taknak bangun langsung. 

Mimpi yang aku tak kan lupa sampai bila2; bila satu malam aku bermimpi yang atok Pontian aku meninggal. Aku bangun dalam keadaan terkejut, terpinga-pinga. Coz aku nampak full kejadian, makcik2 aku menangis bagai duduk2 keliling mayat atok aku. And nak dijadikan cerita, petang hari berikutnya mak aku terima phone call dari Mak Long aku, kate atok dah meninggal. And its really happen. Bukan mimpi lagi. Aku?? Terdiam, langsung tak berani nak cakap ngan mak aku pasal mimpi yang aku dapat tue. Dan benda niey terjadi lagi bila satu malam aku bermimpi Pak Long aku pulak yang meninggal. Dat tyme (masa dlm mimpi), ada kejadian yang mengaibkan berlaku. Someone yang aku tak kenali, menari2 keliling mayat Pak Long. Selang 2,3 hari selepas mimpi aku tu, again mak terima call dari Pontian. Pak Long meninggal and lagi sekali aku hanya mendiamkan diri. Ikut cerita abah aku, something happen masa nak kebumi arwah Pak Long. Hermmm, aku jadi fobia pastu 'tuk terima mimpi lagi (ini masa kecik, dah beso aku ketagih nak bermimpi!)

Aku tak pernah pandang enteng pada setiap mimpi aku. Unless, kalau aku dapat mimpi pasal benda yang aku dok pikir sebelum tidur. If kita kerap sangat berfikir sebelum tidur, benda yang kita fikir tu akan masuk dalam mimpi secara tak sengaja. U know how kannn...Dan aku melarang keras diri aku 'tuk berangan sebelum tidur, so dat aku dapat the 'true' mimpi. Bukan khayalan aku jerk. Kerap gak aku mimpi orang2 yang dah lama aku tak jumpa, orang2 yang tak pernah terlintas langsung dalam fikiran siang aku dan kesudahannya aku dapat berjumpa dengan orang2 tersebut walaupun hanya dalam FB. kehkeh, bunyi lucu walau dalam FB, tapi kira berjaya jumpa gak kannnn...

Awal minggu niey, mimpi aku sangat kelakar. Aku bermimpi 2 insan yang pernah aku sayang (baca : EX), bertandang dalam mimpi aku. Langsung aku dah terlupa akan kewujudan 2 insan niey dalam kehidupan seharian aku, tetiba lak muncul dalam mimpi. The best part, 2 insan niey berebut nak pegang tangan aku... Puiiihhhh, padahal di alam nyata memasing dah ada awek punnnn... Dan nak dijadikan cerita insan yang pertama call aku di satu malam (rasanya around 8:30pm). Kitorang bersembang like usual, cerita pasal benda2 yang kelakar sampai aku sakit mulut dan pipi. keras kejang coz banyak gelak. And the another day, insan yang kedua pulak call aku (around 6:30pm), juz cakap ntah hape2. Adalah dalam 2minit jerk kowt. Huhh...kadang2 rasa meloya gak bila apa yang aku mimpi hadir dalam alam nyata. *blurrrr*

Dan sekarang aku asek tertunggu-tunggu, bila pulak masanya aku dapat bermimpikan OZ. Penat aku dok pikir pasal dia, sikit pun tak pernah masuk dalam mimpi aku. Dah lah di alam nyata dia menghilang lesap ntah kemana, bikin hati aku gundah gulana..kehkehkeh....

SD : kengkadang mimpi ni cam hampehh gakkk...xde org lain ker nak masuk dalam mimpi aku????

Tuesday 30 October 2012

I WISH...I WISH....

Genie : Apa benda yang kau paling nak sekali dalam dunia?? 
Aku : Ermmm....kalau nak dikatakan memang tak terhitung.  
Genie : Benda yang paling kau nak lah stupid moron!!
Aku : (pergh, gune ayat kasar nmpknyer) Jap2, bagi aku pikir abes...
Genie : Kata banyak sangat. Cakap jerk lah salah satu..
Aku : Err...err..err.......... ape erk yang paling aku nak??
Genie : Terbukti bangang!

**Genie diterajang hebat oleh aku tanpa menunjukkan walau sedikit pun belas kesian. Sehingga kini Genie tidak lagi ditemui di planet Bumi.**

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pendusta lah aku kalau aku takde langsung wishlist dalam hidup aku. Giler kau kalau takde. Then kau hidup niey untuk ape? Saje2, dok seronok2 mak kau dok teran nak keluarkan kau tengok dunia. Saja kau nak menambahkan bilangan manusia kat dunia niey. Or kau seronok nak tambah bilangan ahli neraka nanti?? #sentap!!

Dari kecik banyak sangat wishlist aku. Banyak sangat sampai ada tue yang tak tercapai dek akal. Biasalah karutan imaginasi budak2 kita tak dapat nak sangkal. But tak semuanya pun dah tercapai. Ada banyak lagi yang dok pending. Next time aku shortlist kan semua wishlist aku dari kecik sampai lah ke umur hampir ke dekad yang ketiga dah niey... Now tak boleh. MD aku dari tadi dok berdehem2 kat belakang aku niey hahh.. Samada dia sakit tekak ataupun mata dia sakit asek tengok aku layan FB dari pagi tadi.

SD : wishlist terindah - Japan or Korea with my luvly sister.


Monday 29 October 2012

Empty

Maaf
Jujur dan setia mana pun yang kau dagangkan
Tiada hati untuk dijualbeli disini

Maaf
Seribu tahun pun yang kau sanggup tugukan
Tiada hati untuk dijualbeli disini

Maaf
Segagah mana pun kau meredah lautan api
Tiada hati untuk dijualbeli disini

Maaf
Kau tebaslah semua insan yang bermain dihati ini
Namun
Tiada hati untuk dijualbeli disini

Maaf
Seluas langit kau hamparkan hiasan dunia
Tetap jua
Tiada hati untuk dijualbeli disini

Maaf
Kau berlalulah mcari hati yang lain
Kerna tetap kekal
Tiada hati untuk dijualbeli disini

Maaf
Hati terlalu mahal jadinya
Didurjanakan insan yang tersayang
Dah kebas dan tak bebas
Mungkin keras diperlaku hampas

Maaf, pesan akhirku
Tiada hati untuk dijualbeli disini

SD : belum masanya lagi.....benar, belum masanya lagi....soon keh, soon....





Thursday 25 October 2012

One Love

Ku himpunkan teratai malam pada mimpi
di balik penghujung hari yg menyepi
Bias wajahmu mendayu di pelupuk malam
pada bait puisi cinta yg mendayu
ingin kuraih lembut tulus halus wajahmu
yg terbias di rias ayu penuh kasihmu
Engkaulah kelana angin semilir
yg membawa aroma kasturi rindu
tawarkan jelma di pintu langit
untuk karamkan makna suci cinta
Biarlah murai sisiran pantai
dan angin laut pun nyanyikan girang
 aku masih merenda cerita malam
melaut penuhnya kisah 1001 cinta.

garisan panjang antara laut dan langit adalah bukti 'mereka' berpacaran.

SD : kasih antara laut dan pantai sepanjang hayat duniawi...mampukah kita seperti itu??

Wednesday 24 October 2012

Fucking Relationship!

Curious. Okeh, itu ayat pertama yang terlintas dalam fikiran. Pelik, then ayat nie pulak yang terkeluar. Ape yang aku dok curious and pelik sangat niey. Hermmmm....

Mesej from Ms XX :-
  • dat girl asal dr Jeram, S'gor
  • kerja at Penang
  • and also stay at Penang
  • tak pernah tau nama sepanjang perkenalan
  • tak tau adik beradik dia
  • tak tau nama mak ayah dia
  • tak tau kehidupan dia
  • tak tau the exact place dia stay
  • cuma boleh contact time office hour ( 9:00am till 5:30pm) - weekdays only!
  • jumpe setahun 2x (paling lama pun 1jam) - at restoran only!
  • bertahan selama 3 TAHUN!!!! (mengaku mmg ade hubungan serius not a scandle)
  • barang pernah diberi - BLACKBERRY
Okeh, kita summarize kan. Ikut logik akal aku yang memang brilliant neyh (teehehehehehe), hubungan nie tak logik langsung. Why?? Aku rasa macam duduk di zaman kita masih sibuk ber 'chatting' using MIRC. Masih lagi dok 'connect' internet dengan dial-up 1515. Seriusly. Aku memang pernah buat. But at that time dalam tahun 2002 - 2003. Selepas aku terlepas dari sangkar Johor. Dan aku hidup lepas liar di KL. Boleh categorize kan sebagai cinta ke situasi kat atas tue??? Nonsence bagi aku. Bukan nak menghina perasaan orang, but for me that was BULLSHIT. Huhhh, tak pasal-pasal mencarut lak. Maaf, kadang-kadang ketidak logikan itu boleh membuatkan aku baran. Orang yang tidak dikenali, then kita angkat orang tersebut sebagai seseorang yang istimewa dalam hati kita, kita curah segala kasih sayang, leburkan rasa cinta kita dan bertahan selama 3 tahun!! Owh....seriously, boleh hilang akal kalau nak memikirkan nya. 

Dan aku realize, demi cinta manusia boleh jadi buta. Demi cinta manusia boleh jadi bodoh. Dan demi cinta juga manusia jadi mati. Tak sangka cinta itu sebenarnya banyak membawa anasir2 yang buruk. Tapi siapa kita yang nak menghalang cinta itu dari hadir dalam diri. Okeh, aku blur sekejap. Akalku jadi mereng memikirkan betapa ada manusia yang boleh meletakkan segunung harapan pada benda yang tak pasti. Samada aku yang cukup bodoh untuk mengerti kejadian yang terjadi atau Ms XX yang cukup buta tuli untuk menjadi dewasa. Obviously, dia lagi berumur dari aku..Sepatutnya lebih matang. Ternyata kematangan seseorang itu tidak boleh diukur dengan umur. Mungkin dia jenis tak makan garam. Even aku pun kurang makan garam, tapi aku merasa setiap 'garam' yang terhidang depan mata. Mungkin itu yang membezakan kami.  Word kesian memang tak patut diluahkan coz aku tak rasa kesian langsung. Yang aku rasa sedih. Buka sedih sebab dia ditinggalkan tapi sedih kerana terlalu bodoh untuk jatuh terduduk disebabkan cinta yang bagai kabus. Nampak di mata tapi tak tercapai dek tangan. 

Manusia ni pelbagai ragam dan pelbagai kebodohan yang cuba ditonjolkan. Kadang aku pelik, akal yang dok diusung kehulur kehilir atas kepala tu untuk apa? Perhiasan? Gadjet yang memang semulajadi terlekat kat atas tu? Atau langsung tak sedar yang akal tu digunakan untuk berfikir?? Maaf sekali lagi. Kadang kita berkasar bukan untuk menunjukkan kita hebat. Hidup sebagai kawan bukan sekadar teman berborak. Sebagai kawan, aku berhak untuk ketuk bila tersedar yang kawan aku menjalankan aktiviti2 membodohkan diri. Nasib baik aku tak kenal kau masa kau sibuk dengan 'cinta office hour' kau tu. Kalau tak, mungkin hari-hari kau akan makan hati dengan aku or kau terus lari dari berkawan dengan aku. So sad, yang aku ni memang cakap direct, but thats all untuk kebaikan. ^__^

Benda dah jadi, juz let it be. Siapa kita untuk mengubah segalanya. Anggap setiap yang terjadi sebagai pengajaran dalam hidup. (tapi aku masih tak puas hati gak...kenapa leh jadi bodoh macam tu sekali???) There must be a reason for everything happened. But plis lah, give me a good reason one. Aishhh, dat girl pun....agak2 lah nak mebodohkan orang. Tapi, aku tak berpihak pada Ms XX.....Why?? Eventho setelah mendengar cerita dia pun aku rasa pihak yang satu lagi have a good reason why she left. Good reason. Yeaahhh, gimme a good reason. Then aku tak kan kata kau bodoh.
SD : cinta itu pelbagai cara, pelbagai datangnya, pelbagai ragamnya. but plis jadikan cinta itu sedikit bijak.


Tuesday 23 October 2012

Shout Out Loud!!

Maafkan dengan hati yg paling ikhlas.

Esok-esok minta maaf. Esok-esok dia mati. Esok-esok settle di padang masyhar. Buatlah sesuatu dengan menggunakan akal. Kurangkan emosi bila berkata, tatkala menulis. Kerana hidup ini sekali sahaja. Sama-samalah kita beringat. Aku pun masih mengingat diri aku juga.

Ini kebenaran, tiada tipunya.
If you're lost and alone
Or you're sinking like a stone
Carry on
May your past be the sound
Or your  feet upon the ground and
Carry on. carry on. Carry on.

Back to the Future??

Kalau boleh diundur masa, aku nak......

  • luahkan isi hati kat secret admirer. atleast aku luahkan even dah tau mesti kene reject. takdelah aku melopong jerk skang tengok diorang tu dah kawen. [yup, 2org yerk secret admirer yg dh kawen]
  • kekal di SMK Munshi Ibrahim Labis dan belajar dalam aliran Sains Tulen. since dari kecik aku nak jadik doktor, so ape kebodohnya aku pegi transfer skolah teknik?? niey semua pengaruh rakan sebaya...kihkihkih.
  • terima tawaran ke Politeknik Pengkalan Chepa... (-.-'). eventho aku memang tak suke merantau sampai ke pantai timur, aku tak patut menolak. KL dan pantai timur, 2 tempat yg aku tak suke. tapi sebabkan aku prefer KL lagi, tengoklah skarang. ape yg dah jadik kat aku?? aishhhhh...
  • sekat hubungan aku dgn HW masa aku kat skolah teknik. sedar tak sedar, sebenarnya dia banyak bawak pengaruh tak baik dalam hidup aku. memanglah tak boleh salahkan orang lain, tapi kalau aku tak kenal dia, maybe aku boleh jadi antara best student..... ya a awww...
  • kurangkan aktiviti melepak waktu malam [masa diploma]. yang mana aktiviti niey buat aku kenal ramai orang dan macam2 ragam [obviously pangai2 yang cam haram]. dan sekali lagi aku lalai dengan tgjawab belajar.
  • further study rather than terima tawaran bekerja at Perodua. memang offer baik yang aku dapat, tapi di usia 22tahun aku dah sibok nak bekerja??? memang damn betol! now sebab dah lame bkerja, aku dah mula bosan!!
  • aku tak kan join bisnes MLM dalam tahun 2010 yang mane itu adalah punca terbesar kerosakan dalam hidup aku. hancur semuanya, hilang semua benda. dis one aku paling menyesal seumur hidup!!
  • mengelak dari jatuh cinta!! yang ini aku taknak komen banyak. WALK THE TALK.
Tapi, kalaulah aku berpeluang dapat mesin masa yang mbolehkan aku patah balik ke masa silam...aku pasti tak kan ubah walau satu pun kejadian yang dah berlaku. For what?? Bayangkan, if aku ubah walau satu pon kejadian, surely ia akan merubah seluruh hidup aku di masa hadapan. Ntah2, aku dah mati tahun 2011...mane tau kannnn. Past is past, juz go catch your future.

walau dibakar, yg lepas masih wujud...juz go on, yg lepas xkan mbunuh
SD : lucky me have a short term memory...sometimes things happened and its never bring me down.

Monday 22 October 2012

Childhood

Pangai tak senonoh masa belum akil baligh;

  1. Kalau dah tau buat salah (yang mana mak mesti akan pukul), cepat2 akan tadah tangan berdoa,  "Bismillahirrahmannirrahim. Mintak2 mak tak kan pukul aku". Benda niey baca dan ulang 3kali. Muka mesti dalam keadaan pucat menggigil (menunjukkan betapa insafnya) dan part paling best mesti sambil mcangkung. So far, if aku sempat berdoa gaya gini selalunya aku mesti tlepas dari pukulan mak. #kecik2 dah menunjukkan khurafat.
  2. Masa sekolah rendah, kami2 dipaksa untuk menulis sifir 1-9 dan perlu dihantar setiap pagi pada ketua kelas sebelum masa pertama. Kebetulan pertama, ketua kelas adalah kawan baik aku, *wink wink* dan kebetulan kedua lepas jerk ketua kelas kutip semua kertas sifir yg dihantar sebelum masuk kelas, kertas2 sifir itu akan dibahagi samarata antara kami2 geng2 taiko kecik..xpayah tulis sifir hari2......#emang dasar pemalas dari kecik..seb baik sifat buli tak meresap dlm badan ^_^
  3. Okeh, yang niey memang pengakuan berani mati. (Kokde, aku mintak halal dunia akhirat). Kejadian ni jadi masa tyme raya. Kami adik beradik kalau dapat duit raya akan simpan duit syiling dalam tabung (sebelum acara 'kekah raya hindu'..hehhehehehe). Tapi bila duit syiling byk dalam tabung, aku ngn Kokde suka main macam 'kedai-kedai' (pengaruh cerita Rumah Kedai). Aku akan jadi orang kedai, Kokde jadi pelanggan. Dah tentu2 lah aku yg pegang duit coz aku dah beso dan dah pandai kire duit (kononnya). Dalam syok2 bermain, mesti ade beberapa keping duit syiling Kokde akan lesap dan 'termasuk' dalam tabung aku. Menjadikan duit raya aku sentiasa lah banyaknya. Huduh pangai. #sumpah, aku tak pernah buat kat org lain. cume Kokde jerk, sebab aku dan Kokde sgt rapat.
  4. Dulu aku anggap duit 1sen (yg color cam emas2 tu) cam duit harta karun. Pernah aku dgn Kokde kumpul duit 1sen banyak2 dan bungkus dalam plastik. Then kitorang tanam dekat belakang rumah dan sangat ingat kat mana benda tue ditanam. Agak lama kemudian (lama gaklah), kitorang korek balik tempat harta karun (berangan jadik pirate), dan yang terkejutnya duit tu dah xde. Satu bekas plastik pun takde. Aku percaya duit aku telah diambil ALIEN!! (dat tyme aku peminat X-Files). #secara kasarnya aku percaya alien tu wujud....makhluk halus lah!!!
  5. Cara untuk buat aku tak keluar rumah di hari weekend (selalunya Sabtu), mak akan paksa baring depan tv sambil on citer Hindustan. Dan kebiasaannya lagu yang pertama aku dah tertidur dan akan sedar balik bile nama pelakon dan 'naik2'. (tamat lah makna nya tu). Mak soh teman dia sbnrnya tu. #now aku antara peminat hindustan hasil tangan dari Ex aku. Thanx, xtido lagi dah..
  6. Aku antara peminat wrestling sebab abah suka sewa video wrestling. Hasilnya, aku boleh bertumbuk (tapi bukan pada dasar yg hebat), bergusti dengan Kokde di hujung minggu (atas katil mak) dan abang aku maybe pakar gaduh kat sekolah...ahaahahahaha..(dia pernah kene gantung sekolah sebab kes bertumbuk)
  7. Aku pandai masak nasi since umur aku 8 or 9 tahun. Terer kan aku. Kecik2 lagi dah menunjukkan ciri2 calon menantu pilihan. Ahahaahhahaaha... tapi dah besar, macam hantu lah pulak. Rasanya pernah abang aku tanya dulu siapa yang masak nasi (dat tyme aku dah bekerja). Kalau aku yang masak dia taknak makan. Lahabau tol! Jgn risau kemahiran memasak tu ada, kemalasan jerk yg memuncak coz aku benci bau bawang!
  8. Jarak umur aku dan adik ke2 dan ke3 aku adalah 8 dan 13tahun. So masa diorang kecik, akulah yang menjaganya. Bile tyme nak tidokan diorang, aku akan masukkan dalam buaian. And kalau mak tak nampak, aku akan buai diorang pakai KAKI!! Kehkehkeh, maybe sebab tu adik2 aku yang 2orang tu tak dengar sangat cakap aku. 
Cukuplah 8 jerk perkara lahanat yang aku buat tyme kecik2 dulu. Nak lagi banyak citer lahanat, tue kene suruh Kokde buat blog. Dia  lagi terok pangai cam hantu. Kahkahkah...

SD : setiap yang aku buat adalah proses untuk aku menjadi manusia. jangan salahkan aku kenapa lambat sangat nak jadi manusia. aku sukakan journey dari destiny.

Sunday 21 October 2012

Be Better

Sweet Sunday.. Bangun awal tanpa ingat langsung what happened yesterday, ape yg dicarutkan, ape yg aku dok gelak dgn Liza (my rumate), makian ape yg aku guna time layan final Piala Malaysia dan ntah ape2 lagi. Rasa refresh sgt pagi niey, macam baru lepas format. Uppss, ayat format tu jgn gune merata, ade org suka nak double-meaning-kan word tu. Even harini hujan renyai2, tapi suasana best sgt. Macam ala2 salji gitew hujan yg turun. Mulalah rasa macam tengah layan Winter Sonata, tapi takdelah sampai aku nak berlari tengah2 hujan sekarang...konon2 nak baling bola salji!

Aku bangun pagi ni dengan perasaan happy menjadi AKU. I dunno why. Bangun2 jerk dah tsenyum2 (aku tgh cuba mengimbas kembali mimpi aku mlm tadi), siap rajin terus kemas katil n lipat baju yg dah kering dari semalam. Breakfast kopok ikan pedas dr Kelantan (adakah sbb Kelantan menang Piala Malaysia, terus nak layan brg2 Kelantan??) sambil mnum Green Tea. Ah, elok sgt leteww bekpes aku tu. Karutan sungguh. Emang dasar malas sgt nak pegi goreng cucur kannn.

Aku macam dapat satu kekuatan yang aku tak tau dari mane aura positif aku niey. Maybe dari bahan bacaan ringan, maybe dari famili, maybe dari org2 sekeliling. Ntahlah. Aku dah nekad. Nekad 'tuk teruskan projek baru, nekad 'tuk kekal mjadi AKU yang seadanya, nekad 'tuk tak gentar dgn sebarang dugaaan yg mdatang, nekad 'tuk SINGLE till further notice. Teehehehehe, nekad yang last tu memang takleh blah. Tapi rasanya itu yg tbaik utk aku. Aku rasa hati aku dah mati. Dah macam takde perasaan. Siap boleh geli mluat if i noticed smthg feeling comes around me. Some people said, "Single is boring, Double is trouble". Certain time ada kebenaran nya. Dan elaborate lah sikit word single tu. Bila sebut single, betul ke single? What i means; kalau betul kau single, betul2 ke kau single sampai takde langsung kawan2 sekeliling kau?? Yeah, hope ayat niey boleh difahami. Susah aku nak explain by word. Bile kau takde someone special, makes friend. Janganlah tyme ber'couple', habis semua kawan2 kau buang jauh. Kau anak-tiri-kan diorg2 tu. And after that, bile clash barulah sedar dah takde siapa2. Kan dah payah, mulalah rasa lonely, tiada tempat mgadu, kesedihan myelubungi diri pastu nak kacau pulak hubungan orang lain yg tengah nak elok! Ehh, takde..takde..Yang last tu aku mencarut jerk. Biasalah, ME as the Pencarut. ^_^

Lesson by lesson yang aku dah dapat sepanjang relation yang pernah terwujud dlm hidup aku. Tak pernah satu pun melunturkan semangat malah aku sentiasa jadi makin kuat, makin ego, makin keras. Dah kubilang, setiap kali air mata aku jatuh (depan orang), benda tu akan mbangkitkan rasa ego yg makin buruk. Tapi its okaylah. Dengan ego itu buat aku masih bdiri tegak lagi di sini. Belum pernah lagi rasa remuk yang maha dasyat. Too bad dalam banyak2 sifat, si ego tu jugak yang paling selesa bertapak dalam diri.

Hermm, nothing to write anymore. Dah banyak terluah, kelegaan capai 95%. Hope tomorrow always be better than yesterday.

SD : always refering to my rules.

Saturday 20 October 2012

Jokes of the Day

Maaf, aku tak tahu dari mana aku patut mulakan. Aku asek nak tergelak (maaf lagi skali coz tlalu byk bahan lawak tjadi 2,3hari ni) smpi aku jadi kompius. Siapakah aku, seronok ke mjadi aku sampai ada yg bersusah payah nak printscreen status FB aku.

"Selalunya dalam relationship (bercinta); selalunya boyfriend kita panggil 'B', girlfriend pulak dipanggil 'BABY'. Dan orang ketiga pulak dipanggil 'BABI'! Owh, so sweet!!"

Status bertarikh 15Oct'12. Beberapa hari setelah aku kembali aktif semula di FB seperti previously. Status yg mana aku sanggup bsumpah, langsung tidak ditujukan pada sesiapa pun. Sungguh!! Sebab ia tiada kaitan lgsg dgn aku, lgsung kejadian yg tak pernah terjadi dalam hidup aku. Coz dalam semua relation yg pernah aku lalui, tak pernah ada lagi org ke3. Semuanya aku yg undur diri setelah perasaan akan kelibat kemunculan org ke3. Aku mmg cepat mgalah coz aku tak suka berebut 'toys'. Not into me lah berebut2 'toys' niey.

Dan, kau. Iye, kau yang bsusah payah sangat ni. Nak msg aku, sound bagai. Apa tujuannya? Nak aku delete balik status aku tu? Nak aku lenyapkn dat status dr wall aku? For what? And for what pulak 'tuk aku melayan msg ko yg beriya nak bukak aib aku. Kalau kau rasa nak bukak aib aku, juz go on. Bukan aku nampak pon, dan kau patut tahu aku tak perlukan orang lain utk update aku setiap status FB kau. Aku tak perlukan sebab itu tak perlu dan aku tak ingin untuk ambil tahu. Aku akan pastikan tiada sesiapa yg update aku apa2 pasal kau dan aku tahu kawan2 aku pun tak amik tahu pasal kau. Funny lah kau niey.

Maaf, aku punya kekuatan lebih dr kau utk BLOCK kau terus dari FB. Bukan setakat main unfriend2 bagai. Orang cakap kalau nak buat sesuatu, buat sungguh2. Aku dah penat asek nak approve friend request dari kau jerk. Penat tahu tak? Untuk ke berapa kali asek nak add-remove-add. Tahu tak betapa bosannya. Kau dah kering idea? Dah takde permainan lain ke? Instagram, whatsapp, lines..Semua aku dah block. Maaf, aku tiada urusan lagi dgn kau. Dan kau tanya kenapa aku misscall kau kat Viber? Maaf sekali lagi. Aku bukan 'buat panggilan rindu', hakikat yg sebenar aku nak block kau juga di Viber. Dalam keadaan aku mencari setting bagai, aku tertekan nama kau dan biasalah dia akan terus auto dial no. kau. Ini lagi satu yang buat aku nak tergelak. Urusan aku dah habis. Aku tak mungkin cari lagi. Tiada guna utk aku call kau lagi. *keep laughing*

Maaf, at first rasanya antara kita tiada sebarang masalah. Malahan waktu aku dah dapat agak yg kau akan kembali pada EX kesayangan kau tu pun, aku masih tak kisah. Coz itu yang aku dah pernah beritau kau pada awal perkenalan kita. Jgn nafikan sebab aku sentiasa myimpan mesej2 kita. Sikit pun aku tak marah bila kau ambil keputusan utk kembali semula pada dia. Antara aku dan EX kau pun tak pernah timbul sebarang masalah. Dan kalau kau lupa, aku yang beria2 beritau kau yang EX kau masih sayang sgt pada kau. Dan kau pun berusaha menunggu tindakan drastik yg terok dari EX kau semoga kau tak mungkin utk kembali pada dia. See, now whose the one oredi eat their own word. Next tyme, orang tua2 pernah pesan sila ingat. Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.

Dan sekali lagi, diwaktu aku ralit dgn crite hindustan aku, di siang sabtu yang indah dan nikmat utk aku, kau masih lagi tak berputus asa. Setelah byk cara kau cuba utk mesej aku dan mungkin menunggu 'reply' dari aku, kau cuba pulak mhantar normal mesej di henpon. Yg mana kebiasaan mesej2 yg masuk dlm inbox henpon aku cume utk hal2 kerja shj. Masih lagi tak berpuas hati, akhirnya kau kabarkan yang aku adalah BABI yang kekurangan cermin. Dan akhirnya kau bukak juga apa dia aib aku yang kau nak war2kan sangat. Finally, mesti kau puas hati kan. Dapat juga kau nak mention ape sangatlah aib aku tu kan. Ntah, aku tak dapat nak komen sangat. Kalau kau dah selamat hebohkan di wall FB, tahniahlah. Maaf sebab aku tak dapat nak review. Dan tiada siapa kawan aku yang dgn-rela-hati 'tuk printscreen then pass kat aku. Aku dah mention awal2, tiada pun kawan aku yang nak sangat amik tahu pada benda2 yg nonsence. So bersoraklah sorang2 dengan kejayaan kau tu. Itupun aku cakap kalaulah yerk. Kalau....

Kau. Aku tak marah dengan kau. Sikit pun tidak. Sebab aku tahu kau adalah seorang yg emo-panas baran-kurang rasional. Kau adalah orang yg baik. Serius aku nak beritau, kau adalah orang yang baik, cuma lagi kau tak pandai untuk kontrol setiap rasa hati kau. Kau selalu mbiarkan rasa marah menguasai kau. Kau kan sakit, janganlah biarkan rasa marah tu buat kau makin sakit teruk. Tapi, its okay lah. Now kau dah ada 'nurse' baru. Hope kau sihat selalu.

One more thing, dont take too serious for everything dat people spread out. Bila membaca sila faham, jgn telan. Bila apa yang dibaca kau taknak faham, macam ni lah jadinya. Benda yang juz for fun pon kau boleh nak melenting. Rilex okeh, rilex. Tak pernah dengar orang quotes ke? Bukan semua status di FB dituju untuk kita2. Aku dah move on, dah come back as ME as previously. Dan aku ni memang jenis tak kisah apa orang cakap. Aku terlalu easy going. Sentiasa aku dengan diri aku saja. Coz dari kecik aku didik diri sendiri yang aku tak mungkin mati dengan marah dan caci maki orang. Telinga aku dah tebal dengan benda2 macam ni. Hati dah batu setakat nak hadap muka-muka-yg-benci-meluat dgn aku. Cukup2lah aku membebel. Dah puas hati. Sebab aku bukan jenis suka mengadu-tangis-nasib-dipulau pada org lain. Cukup aku sendiri. Tak perlu bala tentera yang ramai. Cukup aku seorang. Mati aku pun nanti akan bersendiri juga. 

SD : antara kau dan aku cuma crush. dan bila semua ini berakhir, tiada apa lagi antara kau dan aku.

.
Hey, Joker aku niey pown leh tergelak dengan pangai kau tu!!!!      


C.R.U.S.H

Ape itu Crush? Lemme intro first.
Crush adalah smthing perasaan yg datang tanpa korang sedar. Satu perasaan yg macam cinta tapi its juz come suddenly, secara tiba2, macam magic. Korang tiba2 tersuka pada someone, and perasaan itu ada sedikit mghampiri cinta sbb korang memang sangat-sangat-sangat suke dengan that person. Macam mane benda ni kita panggil crush. My opinion; tetiba ternampak someone yang tetiba kita betol2 terminat. Maybe sebab dia cute, or sebab perwatakan dia, maybe sebab suara dia, pergaulan dia. Ada macam2 reason yang boleh myebabkan crush ini wujud dalam life korang. At first aku ade mention crush is like satu love feeling. Okeh, at dis point... macam mane kita nak bezakan adakah itu cinta atau crush.... Hermmm, berat gak niey. Lemme think bout it......

One thing, kalau korang tetiba ter'ada' perasaan / feeling yang teramat-suka-bagai-giler kat someone, yang mana hari2 korang akan stalk FB, Twitter, Instgram dan apekejadah benda yg seumpamanya; plis-plis-plis remember dis word;

"Crush is feeling and feeling is fragile!"

Dah semat dat word dalam hati baik2, okeh kita teruskan perjalanan. Sometimes crush jugak bole dibawak terus ke next step cinta-sampai-mati. Tapinya lagi jika hubungan crush itu melangkaui usia 4bulan perkenalan. If korang dapat melepasi jangka waktu 4bulan, tahniah! Plis go-on-write-ur-luv-story-with-ur-crush. Dan aku rasa ini jarang2 berlaku. Maybe agak payah coz at first pon perasaan yang datang secara tiba2 tu macam ada sedikit kegoyahan. And mewujudkan crush selepas breakup lagilah amat mengarut untuk dijadikan ur new luv story. Coz korang sendiri pon sedar yang korang dalam keadaan hati hancur ditoreh, ditikam. Then tetiba muncul perasaan suke kat somebody (crush) yang tetiba datang dlm life korang yang tengah nak karam tu. Bagi aku tak salah untuk ada crush after breakup, tapi korang kene bersedialah. Dont dive too deep, or else you will drown and no one there for u. Herm, sometimes ada crush sangat menarik coz korang bole praktik phase bcinta dgn ur crush. So dat, bila dah betol2 bercinta korang dah tau what do's and dont's.
So, ayuh mencari crush tuk dijadikan bahan prototype!!

SD : ME oredi register 2 crush in my life. yg first tu okaylah, coz nk bljr manage life...yg 2nd perit sikit sbb sibok nak myelam smp ke dasar..heheheehe, BTW thanx to my crush. Really enjoy it.

Friday 19 October 2012

BIGBANG in MALAYSIA!!!

  
why? why? why nowwwwwww!!!!!!!
Ohmai..ohmaiii...patutlah at first aku rasa macam xnak balik kampung jerk raya haji niey. Arggghhhhhh...camne leh tak dapat update pasal benda niey????? Camne niey..camner??? Tiket dah beli, tp burn pon tak kesah..Aduhaiiiiii..pening den camnie?? BigBang, why datang tak whatsapp dulu....Wa frust lah!!

rege pown leh tahan..kite kire2 cam kawan2 jerklah...
 SD : my fav song "MONSTER"... mesti teringat terus kat secret admirer....#melting

Thursday 18 October 2012

Shared Post from My FB NOtes


Kalau takut di sondol BABI janganlah berumah di dalam HUTAN,
kalau takut dimakan BUAYA jgn berumah di tepi SUNGAI. -Cik Rynn-
Maka saya reply; “nowadays, babi ngn buaya dah pandai bkeliaran di sekeliling
penempatan manusia

Statement yg berbaur ke’hanjengan’ yg saya balas itu telah dibuktikan sewaktu saya ralit berjogging di suatu petang di tempat yang dirahsiakn… >.<

***

Suatu petang sedang enak saya membakar lemak demi mencapai kesihatan abadi (yg mana jujurnya lebih mjurus ke arah menjadi body lentik ala2 Megan Fox!), tanpa disengajakan saya terlanggar tunggul yang tak berapa tunggul yang muncul di atas trek jogging yang membuatkan saya hampir terjatuh. Lantas mulut saya yang amat cekap mengeluarkan perkataan ini;

“BABI !!”

Dengan tak semena-mena datang seorang pen’joging’ menghampiri saya seraya berkata;

“EH, AWAK OK TAK NIEY? SAKIT TAK? NAK SAYA TOLONG?”

*pause*

Saya agak terkedu, Padahal ‘BABI’ yang terucap harus dituju pada tunggul yang hidup meliar di sekitar trek jogging. Tetapi kenapa dalam masa yang sama dan secara kebetulan ada jugak orang yang bernama ‘BABI’ yang muncul? Did you get it?? Adakah dia terperasan bahawa saya memanggil diri dia?? Owh, damn!!
Saya hanya mampu tersenyum, walaupun dalam hati agak malu disebabkan hampir jatuh tersandung. Saya meneruskan perjalanan jogging saya itu tanpa memberi sebarang respon kepada si ‘BABI’. Dan yang memeranjatkan saya, tetiba muncul lagi suara si ‘BABI’;

“AWAK NAK MINTAK NOMBOR TELEFON. BOLEH LAH.”

Shit! Double triple shit! Kusangkakan cuma BABI, rupanya berekorkan BUAYA. Nampak tak situasinya di situ. BABI dan BUAYA sudah pandai berkolaborasi. Nak terkedu kali kedua, rasa macam tak patut. Nak tergamam, saya keletihan hampir putus urat nafas. Kepala saya jammed, tiada ayat yang mampu terhambur.

“MINTAKLAH NOMBOR TELEFON. BOLEH KITA JOGING SAMA2 TETIAP PETANG.”

Kesudahannya, saya meneruskan perjogian (maaf, ayat ini tiada dlm kamus DBP) sambil melambaikan tangan ala2 Kate Middleton ke arah sang BABIYA (BABI + BUAYA). Now, memang terbuktilah BABI dan BUAYA sudah pandai berkeliaran di penempatan manusia.

SEKIAN.

SD : owh, dunia ini..penuh kepalsuan   *sang by Aishah*

Spontaneously

"Ermmm.......aku nak peluk dia bila aku dapat jumpa dia."

Okeh, itu ayat spontan bila aku rindu sangat. But, seriously...aku rindu pada benda yang tak wujud. Its not about OZ, its about someone yang aku tak kenal sangat and dat someone jugak langsung tak kenal aku. Weird rite. Aku selalu macam ni. Omputih kate, secret admirer. [blushing...blushing...blushing] (^_^)*

Aku selalu tengok dia (dlm FB.....blushing lagi!). Aku stalker?? Manede, sape soh naek kat TL aku. Kan aku dah nampak...*melting*. Comel, funny, loyal, cute, ermmmmm...ape lagi erk. Biarlah aku tak tau semua benda pasal de, aku nak tau yg baik2 jerk. Dah kate secret admirer kannn.....Mestilah nampak yg indah2 jerk. 

Awak, saya suke tengok awak. Awak jangan sedih2 tau. Biarlah orang yg tak pandang awak tu. Saya hari2 pandang awak... >_<.. Dont worry, satu hari nanti, akan datang seorang insan yang baik akan hadir dalam hidup awak. Insan yg akan mhargai kesetiaan awak. On dat tyme, saya akan bhenti untuk stalk awak like dis.. Saya pomise!!

Owh, sangat bermimpi utk bselisih bahu dgn awak




SD : aku suke simpan secret admirer, tp tak suke bile benda dah tbongkar. my secret admirer xboleh return balik dis feeling coz aku akn pegi jauh once de dah tau. noted.

Wednesday 17 October 2012

Mysterious

My Dream Place


Dia
Sesuatu y misteri
Bagai angin mgatur tari
Disusun lgkah berhati2
Tak kulupa walau seinci
Baris kata pengubat hati
Malaikat mimpi?
Atau bidadari
Dalam diam dia pergi
Tanpa ada lafaz diberi
Misteri hati

SD : OZ, seriously im missing u. dunno what happen n why u shud disappear. i really need ur 'touch'. bring back my strength. plis, shud i wait another 2years like before??

Its Wednesday!

im hoping dat i'll stay remain the same

SD : eventho u run too fast or walk too slow, no one try to chase u. juz go with the flow, everything will be okay.

Tuesday 16 October 2012

Say NO!!

Quite busy today. Padahal baru tengah bulan. Then terpandang tray 'IN'. Owh, banyak keje awal bulan yang aku dok pending rupenye. Tengok pulak tray 'FILING', hamboii aihhh...takde saper nk tolong kemaskan ke?? Panjang2kan leher, kiri kanan, toleh2 depan belakang.....semua tekun menaip..Chehhh, update status FB leteww. Tak pun, download games. Bukan leh pcaye semua tue. So semua keje niey, aku kene setel sendiri lerrrr..

perghhhh....mantap kalo pekena niey..tapi dis week motto katakan tidak pada rokok!!!
Sebab nak layan berasap pon tak boleh, aku nak tanya pendapat korang pada logo or banner or ntah ape ke namanye. Yang kementerian kesihatan dok sembang2 kan tue.

Hahh. benda nielah aku nak cakap...Ape kite pangil benda niey?? Gambarajah???? Sape yg jawab camtu??? Gi sekolah balik...
Kalau aku selalu ternampak sign2 macam niey, aku terus 100% secepat kilat akan cakap, "AKU TAKNAK!!". Yerklah, saper yang nak hisap rokok bengkok. Ade keje giler. Takdelah sampai tahap tdesak camtu sekali kowt. Kalau dah takde, dok diam2. Aku bukan kaki ngepow.
Ko agak2, betol ke tak betol kempen yang diorang buat niey? Ke ade benda yang nak kene adjust2 sikit....

SD : minggu sihat tanpa rokok, tapi aku lak mbunuh diri joging bagai org giler? which one better, mati dsebabkn rokok atau mati semput kat taman????

Monday 15 October 2012

Half Dead

Fuhhh...fuhhh...fuhhhh
*dug dag dug dag dug dag.....*
Hamboi aiiii, separuh nak mati dah ni. Ape yang dok dpikirkan tu??? Aku ni separuh nak mati joging taman tasik arini. 5round okeh!! 5round!!! Tinggal tak mati jerklah...Cukup round ke3, aku dah tersandar bawah pokok.


mata siap dah terbuntang, napas turun naek dah macam resakse, kaki dah terkangkang ke arah yang xtentu hala

Ini semua gara2 nasi lemak pagi tadi. Penderaan betol lah. Serik dah. Esok jangan nak gatal2 bekpes nasi lemak lagi. Degil kalu, up jadi 10round!!!


SD : jnji dgn diri sndri lg patuh dr jnji dgn org....mati laaaaa

Break the Rulez!!

Happy Monday!!

So far belom ada monday blues...cuma lagi aku malas join meeting dis morning. Tengah geram dengan diri sendiri. Macam nak kene sebat dengan pelepah tebu secara halimunan... Geram! Geram! Geram!

  
Pandai sungguh ko menggoda aku!!!

Tak payah cakap banyak, petang niey kalau ko tak pusing taman tasik 5round...memang ko nak kene sebat dengan pelepah tebu!!!

SD : next tyme, aku nak tutup mata biler lalu depan kedai macik nasi lemak....tutup hidung sekali. >___<

Sunday 14 October 2012

Relaxing


Ohoiiii.....bahagiaaaaaa
Nama pun hari Ahad kannnn.. Apelagi mau buat, hari tuk relax, goyang kaki, layan movies, berKPop (wow! I like!), apelagi aku buat erk. Owh, tak terlupa, mengemas bilik yang kecik niey. Baring2, golek2 atas katil, men game. Owh, bestnya dapat dok umah bersenang lenang camni. Im hommie type. Siapa yang tak percaya tue? Siap cakap aku adalah si Sagit yang suka merayau, berjalan2. Kalau gi travel aku suke lah. Gi tempat2 sejuk kan, kann, kannnn. Kalau setakat sekitar PJ, KL...bosan lah dowh. Panas lak tue...eiii, i dont like. Okay, nak continue aktiviti melepak.. Swimming??? Malam2 sikitlah baru sejuk and syiokkk.

Hi Mr Sunday! Im in luv wit u...Mmmuaaahhh


SD : kesakitan tulang belakang sepanjang minggu.....sempat lagi x nak apply insurance???

Saturday 13 October 2012

Forever Alone

“Tinggallah aku kini seorang diri
Ke sana dan ke mari
Mencari salahku waktu denganmu
Sambil mengubat hatiku yang sepi..”

Perghhh…starting jerk dah nak lagu Liza Hanim kan. Bagi korang leleh2 air mata dulu. Dok imbau2 kenangan lahabau yang macam kerbau. Actually kan, aku pon ada terperasan satu perasaan ni. Berbelit engko…Kalau kan tetiba jerk lagu2 sedih berkumandang, mesti kan tetiba jerk nak mood feeling2 teringat kenangan lama yang menyayat hati. Tak kira lah even dat tyme, engkorang dah pun happy bersama your new partner. Mesti punyalah akan ade satu saat, bile dengar jerk lagu sedih (lagi2lah kalau lagu yang tetibe terdengar tu adalah lagu waktu korang hampir2 nak putus nyawa…) Fuhhhhh, mau tersentak gak kan jiwa raga. Pada yang dah ber'new partner' bolehlah masa2 tu jugak korang dok contact partner korang. Saying2 ‘ilebiu’lah, ‘imissu’lah, ‘rindu pelokan u lah’…Elehhhh, yang last tue aku kompident ramai pon yang buat kann, kannn, kannnn…bwahahhhahahahaha… Tapi macam mane pulak yang pada langsung tiada pengganti after breakup?? Wuuuu, scaryyy...Ohmaiiii….lets cekidaut.
Pedih memang pedih. Perit yang teramat. Aku dapat rasakan ramai  pun yang pernah melalui saat2 neraka ini. Ohoiii, sakit sampai rasa macam dah nak mati. Menangis, termenung, merapu, startlah ada yang mula belajar nak ber’serombong kapal’ 24jam. Aishhh, payah betol. Niat hati nak keluar tuk mendapatkan barang seketul dua ‘crush’, tapi memandangkan rupe after breakup pon dah kurang sikit dari rupe manusia, terpaksalah dihentikan jerk niat tue. Takut nanti masa clash aderlah terniat nak bunuh diri, tapi hasrat tue bakal tercapai dengan keadaan rupe korang yang menghampiri rupe zombie kampung pisang terlepas dari sangkar. Walau ayat kasar, tapi plis terimalah hakikat. Kehkehkeh.
Bila breakup, one thing yang perlu dipegang, "Life Must Go On". Memanglah mudah cakap pakai hujung lidah jerk tapi jadilah kuat sikit beb. Cubalah jadik cam superhero, contoh Wolverine ker. Tengok betapa cepatnya Wolverine leh heal kan luka2 kat badan dia. So, silalah jadikan Wolverine as your idol....teehehehe.
Bukanlah nak mengarut atau nak menganjeng korang sangat. Aku pon dah lalui benda2 macam nie. Banyak kali kowt. So far, syukur aku masih hidup lagi. Sebab aku berpegang yang aku tak mungkin mati disebabkan si dia pergi meninggalkan aku. Orang cakap satu pergi, sepuluh yang akan datang. Tapi it depends lah. Aku sebenarnya nak cerita pasal forever alone, tapi sebab dah mengarut ke lain, esok2 lah aku citer ikut topik yag sepatutnya. At dis moment kehilangan mood tuk mencarut. 

Tengok my superhero akan cakar aku kalau aku meroyan after clash. Dats why aku xberani nak meroyan2 niey...teeehehhehe
SD : Forever Alone? Kita tengok jerklah. Actually once bile kita duduk diam2, pasti ada yang akan datang. Please get ready with ur benchmark. Ingat, jangan men rembat jerk...