Wednesday 31 October 2012

Dreaming

Mimpi. Orang cakap itu semua hanya mainan setan tyme kita enak2 ketiduran. Wah, kalau macam tu aku niey kire tetiap malam lah di 'main' kan setan. *facepalm* Tapinya, ada jugak mimpi yang jadi macam sikit2 clue dalam kehidupan harian. Aku sentiasa seronok dengan mimpi aku. Sometimes mimpi aku tu akan diolah dalam 'bakal novel' yang tak tahu bila nak berpenghujung tu...aisshhhhhh..Yup, mimpi aku sentiasa yang menyeronokan tapi takdelah sampai aku taknak bangun langsung. 

Mimpi yang aku tak kan lupa sampai bila2; bila satu malam aku bermimpi yang atok Pontian aku meninggal. Aku bangun dalam keadaan terkejut, terpinga-pinga. Coz aku nampak full kejadian, makcik2 aku menangis bagai duduk2 keliling mayat atok aku. And nak dijadikan cerita, petang hari berikutnya mak aku terima phone call dari Mak Long aku, kate atok dah meninggal. And its really happen. Bukan mimpi lagi. Aku?? Terdiam, langsung tak berani nak cakap ngan mak aku pasal mimpi yang aku dapat tue. Dan benda niey terjadi lagi bila satu malam aku bermimpi Pak Long aku pulak yang meninggal. Dat tyme (masa dlm mimpi), ada kejadian yang mengaibkan berlaku. Someone yang aku tak kenali, menari2 keliling mayat Pak Long. Selang 2,3 hari selepas mimpi aku tu, again mak terima call dari Pontian. Pak Long meninggal and lagi sekali aku hanya mendiamkan diri. Ikut cerita abah aku, something happen masa nak kebumi arwah Pak Long. Hermmm, aku jadi fobia pastu 'tuk terima mimpi lagi (ini masa kecik, dah beso aku ketagih nak bermimpi!)

Aku tak pernah pandang enteng pada setiap mimpi aku. Unless, kalau aku dapat mimpi pasal benda yang aku dok pikir sebelum tidur. If kita kerap sangat berfikir sebelum tidur, benda yang kita fikir tu akan masuk dalam mimpi secara tak sengaja. U know how kannn...Dan aku melarang keras diri aku 'tuk berangan sebelum tidur, so dat aku dapat the 'true' mimpi. Bukan khayalan aku jerk. Kerap gak aku mimpi orang2 yang dah lama aku tak jumpa, orang2 yang tak pernah terlintas langsung dalam fikiran siang aku dan kesudahannya aku dapat berjumpa dengan orang2 tersebut walaupun hanya dalam FB. kehkeh, bunyi lucu walau dalam FB, tapi kira berjaya jumpa gak kannnn...

Awal minggu niey, mimpi aku sangat kelakar. Aku bermimpi 2 insan yang pernah aku sayang (baca : EX), bertandang dalam mimpi aku. Langsung aku dah terlupa akan kewujudan 2 insan niey dalam kehidupan seharian aku, tetiba lak muncul dalam mimpi. The best part, 2 insan niey berebut nak pegang tangan aku... Puiiihhhh, padahal di alam nyata memasing dah ada awek punnnn... Dan nak dijadikan cerita insan yang pertama call aku di satu malam (rasanya around 8:30pm). Kitorang bersembang like usual, cerita pasal benda2 yang kelakar sampai aku sakit mulut dan pipi. keras kejang coz banyak gelak. And the another day, insan yang kedua pulak call aku (around 6:30pm), juz cakap ntah hape2. Adalah dalam 2minit jerk kowt. Huhh...kadang2 rasa meloya gak bila apa yang aku mimpi hadir dalam alam nyata. *blurrrr*

Dan sekarang aku asek tertunggu-tunggu, bila pulak masanya aku dapat bermimpikan OZ. Penat aku dok pikir pasal dia, sikit pun tak pernah masuk dalam mimpi aku. Dah lah di alam nyata dia menghilang lesap ntah kemana, bikin hati aku gundah gulana..kehkehkeh....

SD : kengkadang mimpi ni cam hampehh gakkk...xde org lain ker nak masuk dalam mimpi aku????

No comments: