Tuesday 23 October 2012

Back to the Future??

Kalau boleh diundur masa, aku nak......

  • luahkan isi hati kat secret admirer. atleast aku luahkan even dah tau mesti kene reject. takdelah aku melopong jerk skang tengok diorang tu dah kawen. [yup, 2org yerk secret admirer yg dh kawen]
  • kekal di SMK Munshi Ibrahim Labis dan belajar dalam aliran Sains Tulen. since dari kecik aku nak jadik doktor, so ape kebodohnya aku pegi transfer skolah teknik?? niey semua pengaruh rakan sebaya...kihkihkih.
  • terima tawaran ke Politeknik Pengkalan Chepa... (-.-'). eventho aku memang tak suke merantau sampai ke pantai timur, aku tak patut menolak. KL dan pantai timur, 2 tempat yg aku tak suke. tapi sebabkan aku prefer KL lagi, tengoklah skarang. ape yg dah jadik kat aku?? aishhhhh...
  • sekat hubungan aku dgn HW masa aku kat skolah teknik. sedar tak sedar, sebenarnya dia banyak bawak pengaruh tak baik dalam hidup aku. memanglah tak boleh salahkan orang lain, tapi kalau aku tak kenal dia, maybe aku boleh jadi antara best student..... ya a awww...
  • kurangkan aktiviti melepak waktu malam [masa diploma]. yang mana aktiviti niey buat aku kenal ramai orang dan macam2 ragam [obviously pangai2 yang cam haram]. dan sekali lagi aku lalai dengan tgjawab belajar.
  • further study rather than terima tawaran bekerja at Perodua. memang offer baik yang aku dapat, tapi di usia 22tahun aku dah sibok nak bekerja??? memang damn betol! now sebab dah lame bkerja, aku dah mula bosan!!
  • aku tak kan join bisnes MLM dalam tahun 2010 yang mane itu adalah punca terbesar kerosakan dalam hidup aku. hancur semuanya, hilang semua benda. dis one aku paling menyesal seumur hidup!!
  • mengelak dari jatuh cinta!! yang ini aku taknak komen banyak. WALK THE TALK.
Tapi, kalaulah aku berpeluang dapat mesin masa yang mbolehkan aku patah balik ke masa silam...aku pasti tak kan ubah walau satu pun kejadian yang dah berlaku. For what?? Bayangkan, if aku ubah walau satu pon kejadian, surely ia akan merubah seluruh hidup aku di masa hadapan. Ntah2, aku dah mati tahun 2011...mane tau kannnn. Past is past, juz go catch your future.

walau dibakar, yg lepas masih wujud...juz go on, yg lepas xkan mbunuh
SD : lucky me have a short term memory...sometimes things happened and its never bring me down.

No comments: