Kalau
takut di sondol BABI janganlah berumah di dalam HUTAN,
kalau takut dimakan BUAYA jgn berumah di tepi SUNGAI. -Cik Rynn-
kalau takut dimakan BUAYA jgn berumah di tepi SUNGAI. -Cik Rynn-
Maka saya reply; “nowadays, babi ngn buaya dah pandai bkeliaran di
sekeliling
penempatan manusia”
Statement yg berbaur
ke’hanjengan’ yg saya balas itu telah dibuktikan sewaktu saya ralit berjogging
di suatu petang di tempat yang dirahsiakn… >.<
***
Suatu petang sedang
enak saya membakar lemak demi mencapai kesihatan abadi (yg mana jujurnya lebih
mjurus ke arah menjadi body lentik ala2 Megan Fox!), tanpa disengajakan saya
terlanggar tunggul yang tak berapa tunggul yang muncul di atas trek jogging
yang membuatkan saya hampir terjatuh. Lantas mulut saya yang amat cekap
mengeluarkan perkataan ini;
“BABI !!”
Dengan tak
semena-mena datang seorang pen’joging’ menghampiri saya seraya berkata;
“EH, AWAK OK TAK
NIEY? SAKIT TAK? NAK SAYA TOLONG?”
*pause*
Saya agak terkedu, Padahal
‘BABI’ yang terucap harus dituju pada tunggul yang hidup meliar di sekitar trek
jogging. Tetapi kenapa dalam masa yang sama dan secara kebetulan ada jugak
orang yang bernama ‘BABI’ yang muncul? Did you get it?? Adakah dia terperasan
bahawa saya memanggil diri dia?? Owh, damn!!
Saya hanya mampu
tersenyum, walaupun dalam hati agak malu disebabkan hampir jatuh tersandung.
Saya meneruskan perjalanan jogging saya itu tanpa memberi sebarang respon
kepada si ‘BABI’. Dan yang memeranjatkan saya, tetiba muncul lagi suara si ‘BABI’;
“AWAK NAK MINTAK NOMBOR TELEFON. BOLEH LAH.”
Shit! Double triple
shit! Kusangkakan cuma BABI, rupanya berekorkan BUAYA. Nampak tak situasinya di
situ. BABI dan BUAYA sudah pandai berkolaborasi. Nak terkedu kali kedua, rasa
macam tak patut. Nak tergamam, saya keletihan hampir putus urat nafas. Kepala
saya jammed, tiada ayat yang mampu terhambur.
“MINTAKLAH NOMBOR TELEFON. BOLEH KITA JOGING SAMA2 TETIAP
PETANG.”
Kesudahannya, saya
meneruskan perjogian (maaf, ayat ini tiada dlm kamus DBP) sambil melambaikan
tangan ala2 Kate Middleton ke arah sang BABIYA (BABI + BUAYA). Now, memang
terbuktilah BABI dan BUAYA sudah pandai berkeliaran di penempatan manusia.
SEKIAN.
SD : owh, dunia ini..penuh kepalsuan *sang by Aishah*
No comments:
Post a Comment