Thursday 11 October 2012

New Project

- CINTA YANG TERSAKITI -

" U, I sayang U.... "

Ya Tuhan, suara itu bergema-gema sepanjang waktu. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang ianya akan berhenti dari menganggu kesepian ini. Setiap detik, hanya suara itu, hanya ayat itu yang sentiasa datang menggamit aku. Meracau dari setiap sudut. Menghimpit dari setiap penjuru. Sedikit demi sedikit aku terbunuh tanpa kerelaanku. Walau aku dipasung ketika ini, aku pasti akan mati jua. Apa yang kelihatan sekarang hanya tubuh kering yang tiada jiwa. Aku seumpama mayat hidup yang sepatutnya telah lama ditamatkan riwayatnya. Dimana aku tak berhak untuk hidup lagi. Ruang ini bukan milik aku lagi. Berjuta kali aku cuba untuk mencabut nyawaku sendiri, tapi atas kerana aku juga tiada hak atas nyawaku sendiri maka aku tak mampu. Walau kusedar semua ini adalah pinjaman, tapi aku tak terdaya. Betapa aku kejam pada diri, kejam pada orang disekeliling dan yang pastinya aku ingkar pada Penciptaku. Betapa jahilnya aku.

****

" Kenapa U diam? Penatlah asyik I jerk yang bercakap."
" I suka dengar suara U. Sometimes ada tone suara U yang I suka sangat dengar. Memikat. " Aku tersenyum bila melihat memek mukanya tatkala aku memuji dia.
" Eh U ni. Tak payah nak bermulut tebu sangat. Pok nanti kang baru tau. "
Mukanya mulai kemerah-merahan. Mungkin ada sedikit rasa malu bila aku berkata begitu. Aku senang melihat dia begitu. Aku senang mendengar suaranya. Suaranya yang sentiasa terngiang-ngiang sepanjang masa dalam kotak fikiranku.

" U, I sayang U.... "

****

" Arghhhhhhhhhhhhhhhhh.........."

" Doktor Erwin!! Sila datang segera. Pesakit di bilik 202 mengamuk lagi." Jerit seorang jururawat setelah dia tidak dapat lagi mengawal  tindakan ganas Tasya. Dua orang jururawat telah tersandar di dinding setelah ditolak ganas oleh Tasya. Nampaknya kali ini perlakuannya telah diluar batasan. Tasya cuba untuk meloloskan diri keluar dari bilik kurungannya. Cubaannya hampir berjaya. Dia berjaya keluar namun terhenti di depan pintu setelah melihat sesusuk tubuh yang amat dikenalinya.

" Casey! Casey! Is that you?? Caseyy!! "

to be continued....


SD : my new project. shud be release atleast on 2013. still in progress. banyak lagi bahan yang perlu dicari.  agak bizi jugak dis few months. hopefully my dream will come true.



No comments: