Monday 19 November 2012

Sharing

Aku ada suatu kisah. Yang mana aku nak kisahkan pasal orang lain. Harap ini tak termasuk dalam kategori mengumpat. Demi mengelak itu dari berlakunya aku memakan daging orang yang ingin aku storykan, harap sangat dengan penuh maaf bahawa yang aku bukan nak mengumpat. Kisah ini suatu yang bagi aku dulu tak penting. Yelah, dat time masa aku dengar2 cakap orang, aku still skolah rendah lagi. Manalah aku nak tahu hal2 dewasa macam ni. Kisahnya begini,

Ada jiran aku. Mereka berkahwin. Mungkin agak lama dan tak lama jugak. Tapi sukar untuk mereka mendapat zuriat. Orang dulu2 kan memang asal kawin jerk mesti dapat anak. Tak tahulah kenapa mesti ada point of view macam tu. Then bila lama2, mereka masih lagi tak dikurniakan zuriat. Sampai satu tahap sang suami meminta keizinan untuk berkahwin lain. Si isteri tak bersetuju, mungkin patah hati. Mungkin hati terdetik sang suami sudah tidak sayangkan dirinya lagi. Lantas sebelum sang suami dapat meneruskan niat untuk berkahwin lain, si isteri meminta untuk melepaskan dirinya kerana tak sanggup untuk berkongsi kasih. Sang suami pun menurut kehendak si isteri. Maka berkahwinlah sang suami dengan puan isteri yang baru dan tinggallah si isteri diceraikan.

Cinta sejati walau jauh mana pun ia pergi pasti akan kembali semula. Begitulah yang terjadi pada sang suami dan si isteri yang telah diceraikan. Kasih sayang dan cinta mereka masih ada. Masih utuh. Akhirnya sang suami mengahwini semula si isteri yang telah diceraikan demi cinta yang tak pernah padam. Akhirnya si isteri yang pernah diceraikan dahulunya adalah isteri pertama (sepatutnya) telah menjadi isteri kedua atau lagi sedap disebut isteri muda. Jadilah puan isteri yang sepatutnya adalah isteri kedua menjadi isteri pertama atau bahasa agak kasar isteri tua. Dan mereka hidup bahagia di mana kedua2 isteri tersebut penuh rezeki dengan anak2.

Aku jadikan kisah itu sebagai tauladan. Sebenarnya banyak kisah yang disebaliknya, tapi just ceduk dari side2 positif. Tak bermakna kita berkongsi itu adalah sesuatu yang teruk. Selalu kita sebut sharing is caring. Adakah phrase tersebut layak untuk certain2 situasi sahaja? Dan kalau tak mencuba, adakah kita tahu apa yang akan berlaku? Persoalannya, dimanakah tahap keberanian itu? Adakah setakat dihujung kuku atau selaut hati?

Okeh, stop rite now. Aku pun dah dapat kesimpulan. Bahagia ni ada banyak ways nya. Cuma jangan selarikan bahagia dengan penghancuran.

SD : sedang memikirkan buruk dan baik.

No comments: