Wednesday 14 November 2012

The Vow

Kenapa kita terlalu bangga dengan kita yang tidak melakukan dosa. Sedangkan kita sendiri sedar bahawa tiada di kalangan kita yang tidak berdosa. Tinggal lagi bezanya; sorry to say-lah, kantoi tak kantoi sahaja. Tapi mesti penat kan terpaksa berhipokrit untuk melakonkan watak paling naif, paling suci, paling tidak ternoda kan. Perghhh, aku pasti kau mesti sangat penat kan. Dah semua watak baik kau nak bolot sorang2. Cube agih2kan sikit kat aku niey hahh. Barulah adil dan saksama. Eh, tak perlu agih kat aku kowt. Aku memang si naif yang baik hati. Bertauladan dan wajib diteladani. Kahkahkah, cam satan statement aku. Gi mati bunuh diri lah.

*istighfar banyak2*

Jauh tersasar pulak tulisan aku kali niey. Gara2 lama sangat terperuk dalam dunia twitter. Mainstream abes. Seb bek aku tak terjebak dari dulu. Gila naif betul aku niey. Rabak terus tatasusila aku, hilang sudah keindahan seri kebudayaan dalam diri. Perghh, cukup2 lah tue. Benci lak dengan ape yang aku dok karutkan. Berambuslah ko satan dalam diri!

*tarik nafas panjang2-hembus slow2*

Manusia mana yang tak berdosa. Jangan berbalah dengan aku mengunakan fakta agama. Lets be open minded okeh.  Aku ulang balik; manusia mana yang tak berdosa. Pasti tiada yang terkecualikan. Yang membezakan besar or kecil sahaja dosa tersebut. Yang membezakan samada dosa itu secara sengaja atau tidak disengajakan. Bila mengatakan bahwa sesiapa pun tidak terkecualikan, ia termasuklah aku. Yup, aku berdosa. Banyak?? Ermmm....sangat. Aku sedar puncanya. Aku tahu mana silapnya. Aku mengerti dan tahu itu dosa. Tapi aku sengaja. Sengaja membutakan mata, membutakan hati. Enak aku mengulit setiap rencah yang terhidang.

*stop it. just let it be*

Maaf, aku tak bersedia untuk berkongsi itu2. Maaf, belum masanya. Maaf, aku bertindak gelojoh untuk membentang perkara yang bakal mengaibkan aku. Maaf, maaf, maaf. 

Kenapa aku keliru di saat ini? Kenapa aku rasa agak kesulitan di waktu ini? Yup, semuanya kerana janjiku dan pesanku. Janjiku, bahawa aku akan setia di sini walau seribu tahun lagi dan pesanku bahawa dia dan dia tidak diizinkan untuk pergi dulu sebelum aku. Aku pegang pada benda yang dua(2) itu. Kelihatannya mudah tapi ketahuilah betapa berat sungguh kalimah itu yang terpaksa ditanggung. Oppss, bukan terpaksa ditanggung kerna aku sendiri dengan rela hati mengukirnya. Sempadan batas untuk memerangi sifat yang sering ditakluk setan. Dengan dua kalimah itu, mengingatkan diri aku untuk berhenti. Berhenti dari menjahanamkan diri. Berhenti dari memusnahkan setiap inci tubuh kaku. Berhenti dari menikam hati yang sentiasa tak salah. Aku rasa sudah cukup masanya untuk aku berhenti. Maaf pada yang tak sempat. Bukan tak sudi, tapi kata maaf terluah kerna kamu-kamu bukan dalam selera aku. Selera aku dah lama termati. Hinalah aku, kejilah aku. Kononnya aku meletakkan standard. Jangan cuba menipu. Manusia mana yang terlalu lurus menerima hanya sekadar hati dan cinta yang ikhlas? Owh, aku terlupa yang mana si dia pernah menerima aku dalam keadaan seburuk-buruk aku. Ya, dia sangat ultra istimewa. Sanggup menerima aku. Terima kasih pada hati aku yang super bangang sebab, sebab, sebab......Argghhhh, malas lah nak cakap. 

Kamu, yup kamu-lah. Yang telah kulontarkan janji seribu tahun itu. Aku takkan mengganggu apatah lagi menjadi penghalang. Teruskan dengan apa yang kamu sedang lakukan. Aku hanya akan menutup mata, memekakkan telinga, mengajar hati untuk tidak tersentap dengan setiap yang terjadi. Kerna aku semestinya tak layak untuk mengiktiraf diri sebagai orang ketiga. Dan watak sebagai orang ketiga adalah sangat tak sesuai untuk aku. Walau kelas lakonan mana pun yang aku register, tak mungkin sampai bila2 pun aku akan mahir untuk memegang watak orang ketiga. Sungguh, aku tak mampu untuk watak itu. Pedih? Tak. Sedih? Tidak. Sakit hati? Lagilah tidak. Adakah hati kau dah kebas? Kebas pada yang lain tapi bukan pada dia. Bila kebas dan muak itu cuba muncul, aku akan berpatah balik pada janji yang telah aku ukirkan. Semoga kau jangan pergi dulu sebelum aku. Tolong, hanya itu yang aku pohon.

Dan kamu. Yup, kamu yang satu lagi tu..(okeh, bagi aku gelak kejap) Yup, kamu yang suka bikin aku gelak. Yang sentiasa buat aku kering tekak. Yang wajib bagi kamu untuk buat aku tegang dan keras pipi. kehkehkeh. Ingat pesanku. Jangan pergi dulu sebelum aku. Kenapa aku berpesan begitu? Akan aku ceritakan di kemudia hari. Aku kepenatan, memerlukan rehat yang agak sedikit dan sebanyak. Sampai masa biar aku cerita segalanya.

SD : aku hidup dalam dosa...


No comments: