Saturday 15 December 2012

Differences.

Saya pensel HB kaler merah. Awak pensel 2B Stabilo. Mane layak saya masuk dewan peperiksaan.

Saya pensel kaler jenama Panda. Awak pensel kaler Buncho yang berwarna- warni. Sah-sah saya kalah dalam pertandingan mewarna.

Saya pemadam doposen yang menang masa main tikam-tikam. Awak pemadam berjenama yang keluar bila digoncang dan tak hasilkan sampah masa dipadam. Pasti kertas saya buruk dan koyak hasil nak padam dengan tekanan yang kuat.

Saya cuma buku nota 555 yang dapat pun sebab ayah bagi untuk conteng-conteng. Awak pula diari yang cantik berhias, siap ada gambar kecik-kecik yang comel-comel. Mesti-lah buku awak lagi penuh dengan biodata kawan-kawan.

Saya getah gelang hasil dari pengikat tempe yang mak suka beli kat pasar. Awak pula getah bereben yang ada bunga-bunga kecik. Kadang-kadang ada bunga besar jugak. Mestilah rambut awak lagi terikat kemas dan comel.

Saya cuma punya kasut kaler hitam yang dapat pun sebab jadi pengawas di sekolah. Awak pula punya pelbagai sneakers berjenama berwarna meriah. Dan banyak pulak tu. Tak mungkin saya keluar berkasut dengan awak.

Saya dapat buku cerita hikayat setiap tahun dari emak masa hari jadi. Awak pula dapat pelbagai buku cerita dari obersea, campur dengan mainan ToysRus. Tak masuk lagi dengan hadiah dari sedara mare dan kawan-kawan. Apa-lah yang boleh saya kongsi dengan awak.

Saya bercuti di kampung dengan nenek bila masuk cuti sekolah. Awak bercuti di dalam dan luar negara bersama famili. Takde pengalaman menarik yang boleh saya cerita pada awak.

Awak, kita jauh berbeza kan. Saya cuma si semut hitam. Awak pulak si enggang yang cantik beterbangan. Saya cuma mampu lihat dari jauh. Tapi awak perlu tahu, saya ada sebuah hati. Hati yang jujur dan ikhlas. Dan hati saya ini akan saya simpan hanya untuk awak sorang. Itu janji saya.

SD : hampir menangis nak karang. tapi tak mustahil perkara macam ni berlaku dalam dunia.

No comments: