Perhubungan kita semakin hambar.
Mungkin lemau tak disimpan rapi. Atau kering tanpa baja. Bila mana cinta yang
disemai semakin kurang berbuah tahun demi tahun. Bila mana cinta berzaman itu
disumpah menjadi hanya sekadar tanggungjawab. Lafaz I love
you, I miss you, gudmorning, gudnyte sweetheart. Itu semua menjadi satu
kata wajib dan bukan lagi terucap dek cinta dan kasih sayang. Bukan kita tiada
sefahaman, bukan antara kita pernah berlaku curang. Mungkin kerana kita tidak
pernah dipisahkan. Lantaran sentiasa bersama siang dan malam. Setiap hari aku
hanya menghadap engkau. Dan engkau hanya menghadap aku. Dan titik bosan itu
mulai tercipta. Silap sungguh percaturan kita.
Lantas timbul usul supaya kita
menjauh. Mencari semula titik cinta yang entah kemana diterbangkan. Memberi
ruang dan masa untuk kita menilai kembali. Kerna kita sebenarnya memang
berjodoh, tapi jodoh itu terkabut dek masa yang meribut. Keyakinan kita utuh.
Engkau untukku. Dan aku untukmu. Dan dalam kalut mencari sesuatu yang semakin pudar, kita
masing-masing mabuk dengan benda melalut. Membuat kita lupa seketika pada janji
mencari jodoh yang dikabut. Akhirnya kita sesat semakin jauh. Leka dan alpa
menerjah tanpa disedari. Silap sungguh percaturan kita.
Kita masing-masing semakin jauh
membawa diri. Dengan hala tuju yang entah ke mana dan langsung tak terbayangkan. Aku si burung
bebas dari sangkar emas. Engkau si rerama yang pantas menarik perhatian. Sedang
aku terbang ke utara selatan mencari
hala tuju arah hilangnya jodoh kita. Engkau pula dengan tanpa sengaja mengganti
permaisuri baru. Hilang sudah sangkar emasku. Tanpa kerelaanku dan juga tanpa
kesedaranmu. Silap sungguh percaturan kita.
Aku hanya mampu menunggu. Akan
bilakah munculnya detik itu, di mana sangkar emas itu tidak berpenghuni
kembali. Ketaksengajaan itu aku maafi, dan untuk menggoncang sangkar itu
bukanlah aku orangnya. Biarlah pemilik itu bertakhta buat seketika. Asal engkau
masih menyimpan ruang untuk aku. Walau kita sedar rindu seribu tahun itu sukar
nak dibayangkan namun aku yakin. Percaturan yang pertama kita itu silap. Aku
menunggu percaturan yang kedua walau perlu diharung sepanjang hayat. Percaturan kedua kita tak mungkin silap lagi.
Aku mohon.
SD : artikel di'reject'. cuba lagi!
SD : artikel ini diterima oleh TERFAKTAB on 24th December 2012. Early Christmas present!
SD : artikel ini diterima oleh TERFAKTAB on 24th December 2012. Early Christmas present!
No comments:
Post a Comment