Monday 3 December 2012

Friendzone

Cara terbaik untuk tidak menyakitkan hati orang lain dan menghindari dari penyakit meroyan. Sila friendzone mereka-mereka yang berkenaan sebelum datang penyakit jiwa. FRIENDZONE. Actually dah lama diamalkan cuma tak tahu apa terms yang setepatnya. Boleh ditafsirkan sebagai hubungan romantik yang tiada berkaitan dengan hati. Lebih spesifik yang tepat adalah; hubungan di mana hanya sebelah pihak yang berminat untuk masuk ke hubungan romantik manakala sebelah pihak lagi mengatakan tidak. Kalau dikatakan bertepuk sebelah tangan, itu kurang menepati definisi. Friendzone lebih ke arah masing-masing berdiri betul-betul di atas  satu garisan yang memisahkan antara kawan dan cinta. Yup, di atas garisan itu. Lebih kurang macam atas pagar. Bukan tiada keberanian untuk beranjak ke kawasan cinta atau mengalah ke kawasan berkawan, tapi keserasian untuk menjadi tidak kurang sebagai kawan dan tidak lebih sebagai cinta. Teman tapi mesra? Boleh dikatakan begini dan diingatkan sekali lagi IA TIDAK BERKAITAN LANGSUNG DENGAN SOAL HATI.

Fakta #1. Sejak sekolah aku 'friendzone' semua kawan-kawan lelaki. Tak kira samada sebaya atau senior. Tiada istilah 'cinta monyet' atau 'abang angkat' bagai. Hatta secret admirer pon habis di'friendzone'kan. Macam mana aku buat? Its easy. Like 1,2,3. Aicehh, sangat berlagak. Keji. Satu cara yang telah dipraktikkan sejak turun temurun, panggilan untuk diri sendiri dan bakal friendzone dengan AKU & KAU. Rasanya sukar 'tuk berjumpa couple yang bahasakan panggilan dengan aku, kau. Unless kalau dalam scene bergaduh. Yang scene itu tak payah cakap banyak. Certain couple siap keluar habis semua nama binatang bernajis mughalazah. At first dah guna panggilan macam tu, dia macam ada sign rejection secara halus-lah. Rejection 'tuk mempunyai hubungan yang lebih dari seorang kawan. Dan keselesaan 'tuk berkawan itu lagi diperolehi. 

Fakta #2. Bahasa yang kasar atau agak kejam. Sometimes korang sedar tak bila kita suka pada someone , bahasa dan body-language kita agak fake. Bukan main berbunga bahasa, elok sopan santun, mulut penuh emas.  Dan kalau ada berniat 'tuk friendzonekan situasi, you may start your conversation with, "Hoi babi! Apesal kau missed call aku banyak2 kali?" kahkahkah. Itu contoh. Jangana diikut. Keji. Bergaul-lah dan berbicara-lah sama seperti kawan-kawan yang lain. Tiada diskriminasi. I hope you got my point. Actually ada jugak orang yang memang sopan, sangat lemah lembut. Dalam hidup aku, dah 2 orang yang aku jumpe sangat lemah lembut. Bukan fake, tapi seriously betul2 macam wanita melayu terakhir. How they make the friendzone? Dengan diam bila gather antara kawan-kawan. Sepuluh soalan, sepatah jawapan dan kadang hanya dibalas dengan senyuman. Masih juga mahu berkawan tapi betul2 menjaga batas. 

Fakta #3. Kenal dengan lebih mendalam. Kalau dah lama kenal, kena kenal lagi lebih lama. Tahu setiap baik buruk dia. Tahu segala-galanya even termasuk rahsia, famili, background bagai-lah. Tahu semua benda tentang dia. Bukan 'tuk ditikam balik. Tapi pengetahuan macam tu boleh membina erti sahabat. Sahabat yang baik tahu segala-galanya dan sayang akan kawannya. Tiada niat jahat. Keburukan ditutup, kebaikan disebar. Once dah jadi sahabat, perasaan 'tuk melangkah jauh dalam perhubungan akan terbatas. Kita akan lebih sayangkan hubungan sahabat dari hubungan couple. Maka terbina-lah friendzone di situ.

Fakta #4. *serious shit aku lupa. aku harap dapat sambung balik* Okeh. Hampir 20minit, suddenly aku ingat semula pointnya. Untuk mengelakkan terlanjur ke hubungan cinta, wujudkan suasana saling hormat menghormati. Macam mana nak elaborate yek. Ermm.... Terbitkan hubungan abang-adik, kakak-adik. Hubungan seperti adik beradik. Adik beradik yang betul. Bukan yang main angkat2 tu. Wujudkan hubungan senior-junior yang saling respek antara satu sama lain. If sebaya, anggap jerk-lah diri tu lebih berumur, demi mengelak dari wujud hubungan cinta. Dan ini pernah aku saksikan masa aku form 5 dulu. My bestfren anggap semua kawan-kawan lelaki dalam kelas kitorang sebagai adik dia. Dan memang betol-betol layan seperti adik dan kakak. Sebaya kowt, leh dia imagine kawan sebaya sebagai adik. Now dia dah jadi kaunselor. Impressed. Dan friendzone menyelamatkan keadaan sekali lagi.

Actually berada dalam wilayah friendzone sangat menyeronokkan. Terasa seperti kanak-kanak yang dapat bermain sama-sama tanpa mengira gender dan perasaan. Yang penting rasa keseronokan bercampur  gaul tanpa batasan. Tiada erti cemburu, tiada kongkongan. Bebas berbuat apa sahaja. Actually nak cerita buruk pasal friendzone, tapi next time-lah. Nak balik dah.

SD : hey rindu seribu tahun. awak bukan dalam friendzone saya, tahu! ini bukan keji.

 


No comments: