Tuesday 11 June 2013

A Big Liar

Orang selalu pertikaikan, kenapa emosi seorang perempuan selalu bertukar-tukar. Mereka selalu kecohkan pada seorang perempuan yang punya sindrom diam tanpa sebab, merajuk tanpa ada salah yang dilaku, hilang dalam keadaan yang sunyi. Acapkali pernah diulang, perempuan yang diam secara mendadak kerana dia dah tahu segala kebenaran. Dan untuk kenapa pula perlu mereka berdiam sahaja? Kenapa tidak dihamburkan segala kata nista. Kenapa tidak dibongkar sahaja segala kebenaran? Kenapa perlu diam pada setiap tipu daya? 

Aku hanya mahu tahu satu. Setelah kebenaran itu diselongkar, setelah segala tipu daya telah dihidu, apakah perlu si perempuan itu tampil untuk memberitahu segala? Untuk apa? Apakah perempuan itu yang perlu untuk bersuara? Untuk apa? Apakah perlu perempuan itu yang menghadap segala tipu daya itu? UNTUK APA??

Cukuplah dia menjadi naif untuk kamu. Kenapa perlu didera dengan penipuan yang tak perlu? Cukuplah dia bodoh untuk kamu. Kenapa perlu disogok dengan segala cerita karut-marut? Cukuplah dia setia di situ, janganlah ditabur dengan kata-kata yang rupanya kosong, hanya peuh dengan drama palsu. Jangan ditipu perempuan itu. Janganlah diperdaya perempuan itu. Tak cukup lagikahapa yang telah dilaku? Kurang lagikah  apa yang telah diberi? Masih banyak lagikah telinga yang harus dihulur untuk mendengar setiap keluhan?

Sekarang kau mahu apa? Dia untuk mendengar setiap keluhan atau dia untuk kau melepaskan setiap apa yang kau tak puas? Tahniah sebab kau telah berjaya mewujudkan satu lagi patung bernyawa yang tak punya hati.


SD : Pergilah sebelum dibenci.

No comments: