Wednesday 27 March 2013

Our Story


Awak
Buku itu habis sudah dibaca
Dari kulit depan ke kulit belakang
Setiap kata setiap ayat sudah dihadam
Malah lebih mengerti dari hati si penulis
Tiap aksara tiap mukasurat sudah dibilang
Lalu mahu apa lagi?
Mahu diulang baca lagi?
Mahu diconteng lagi di setiap helaian?
Atau mahu saja disimpan di atas rak?
Dibiar berhabuk, dimamah dek anai anai.

Saya
Telah sudah habis ditelaah
Segala baik dan buruk habis diteroka
Di mana setiap sudut telah dikaji
Datang marah, sudah direda
Datang rajuk, sudah dipujuk
Datang sepi, lari mendiamkan diri
Semua sudah dilalui
Lalu mahu apa lagi?
Mengulang membelek setiap yang telah diteroka?
Menconteng kata marah, rajuk dan sepi?
Atau mahu dibiar begitu sekali lagi?

Kita
Lahir sebagai anak-anak muda
Membesar membawa pujanga cinta
Tanpa sedar salah satu dari kita
Membawa watak penyala petaka
Mungkin sudah tertulis di atas sana
Aku pencinta dan engkau penderita
Aku bercinta sepanjang hayat
Dan
Engkau menderita seumur hayat.

SD : saya dan awak. aku dan engkau. i and u. tetapi masih ada dia.



No comments: