Friday 15 March 2013

The Power of Choice

Kita ada banyak pilihan dalam hidup. Tapi tak semua pilihan itu mampu kita milik. Jika kita disediakan dengan pilihan A dan B, belum tentu kita dapat kaut semuanya. Rakus dan tamak macam mana pun, akhirnya pasti hanya akan ada satu pilihan.  Jika kita bersungguh-sungguh juga untuk memilik keduanya A dan B, pasti akan ada cacat celanya. Makanya terpulang. Adakah kita mahu keduanya dalam keadaan ada yang tercela atau kita hanya memilih satu yang mana itu terbaik untuk diri. Jika bukan yang terbaik sekalipun, jadikanlah pilihan itu yang terbaik dalam hidup.

Kita sentiasa mempunyai kuasa untuk memilih. Kuasa memilih terletak pada diri sendiri. Tidak perlu didorong dengan kata-kata yang lain. Kecuali jika kita meletakkan kuasa terdesak di atas kuasa memilih. Atau mungkin kita meletakkan upaya kita itu di bawah tapak kaki. Dan bila kuasa memilih itu sudah jatuh ke tangga yang terbawah dibandingkan dengan kuasa terdesak dan hilang upaya, segala rintangan yang seterusnya adalah tanggungjawab dan bebanan yang perlu dipikul tanpa perlu banyak bicara. Boleh dibicarakan, tetapi akhir kata nanti pasti ia akan berbalik pada kita semula.

Kekuatan diri banyak terletak pada ego. Banyak sudah diperhati, ego sentiasa menyelamatkan diri dari jatuh tersembam untuk yang entah ke berapa kalinya. Tapi kadang terlintas, di manakah letaknya ego. Di atas kepala kah (akal fikiran) atau di hati kah? Kedudukan ego itu penting juga kiranya. Jika ego diletakkan di akal fikiran, kebarangkalian untuk terus hidup aman sentiasa ada. Tapi jika ego ditanam di dalam hati, hurmmm. Mungkin esok lusa ia pasti akan bertukar corak kembali. 

SD : I love you without knowing how, or when, or from where. I love you straightforwardly, without complexities or pride; so I love you because I know no other way.

No comments: