Cuba perasankan keadaaan juri dalam pertandingan masak-memasak. Selepas merasa sesuatu makanan, mesti juri-juri akan kumur mulut atau minum sedikit air mineral / air masak. Sebab nak neutralkan semula rasa yang melekat di lidah.
Dan aku mengambil konsep yang sama. Untuk meneutralkan pemikiran aku, selepas mendengar bahan-bahan gosip atau cerita-cerita tidak menarik atau luahan-luahan rasa; aku akan 'bekukan' diri untuk sementara dari menerima cakap-cakap yang seterusnya. So that, aku boleh join parti bebas. Eh?
SD : jadi neutral, bukan lalang yang miang!
2 comments:
Mari neutralkan fikiran.
bagi saya 5minit jek, then hilang ingatan daa..
Post a Comment