Sunday 24 February 2013

Dont Overshadow Me!

Awak, sebenarnya apa yang awak mahu? Jangan jadi seperti seseorang yang punya hati busuk. Menjadi bayang-bayang hitam yang sentiasa mengekor ke mana perginya saya. Cukuplah satu saja bayang -bayang saya. Tidak perlu ditambah dengan bayangan awak. Dan lagipun untuk apa? Apa perlunya awak sentiasa mengekori setiap perbuatan saya? Saya bukan kepunyaan awak. Dan saya tidak mungkin akan pergi ke pangkuan awak. Tidak sama sekali kecuali saya sudah gila atau mungkin terkena buatan orang.

Bersyukurlah saya tak pernah simpan dendam pada awak (mungkin). Bersyukurlah saya sudah berhenti mengata awak (sebenarnya hampir tidak pernah). Bersyukurlah saya masih mampu berkawan lagi seperti tiada apa yang berlaku. Masih tidak cukup lagikah layanan saya? Masih ada hutang lagikah yang tidak terlangsai? Adakah bahagia itu takkan pernah jadi milik saya? Itukah yang awak mahu?

Awak, tolong jangan jadi bayangan dalam hidup saya. Saya mohon. Tak perlu berpura-pura seolah itu adalah kebetulan. Saya tahu, jika ia melibatkan saya memang tidak akan pernah wujud erti kebetulan. Beredarlah. Kehadiran awak mungkin akan menimbulkan bibit-bibit benci yang mungkin tidak dapat saya kawal. Biarkan saya mencari bahagia dengan cara saya. Tidak perlu diperli, disindir. Tidak perlu nasihat dari awak kerana kita sendiri pun hancur. Awak, sekali lagi saya mohon. Menjauhlah. Saya tidak perlu restu dari awak untuk gapai bahagia.

SD : terkadang aku meluat. hentikanlah lakonan itu.

4 comments:

Anonymous said...

ko bkn cantek pon..sape yg buang masa nk overshadow ko tu

yongpropaghandi said...

abaikan saja.

Anonymous said...

kalau muka kau cantik sgt knape pakai anonymous? looser..

Ash Awan said...

anonymous Feb 24 2013 -> anda ni pun otak letak mana. tulisan anda macam saya kenal je watermark anda.Lepas tu kerja nak menghina kejadiaan tuhan. Macam anda cantik sangat juga.Kolo cantik anda tak mengata owner blogger ni. Tak pelah mungkin haterz seperti anda ni membuat blogger ini makin famous di persada penulisan sebab anda adlah orang yang pertama baca blog dia. Sila terasa #eh