Monday, 8 April 2013

Suffer of Love

Perlukah kita masih bersama dalam keadaan masing-masing saling menyakitkan. Bolehkah kita berpisah jika perpisahan itu mengundang hanya kematian salah satu antara kita? Kesakitan apakah ini yang sedang kita lalui? Kegilaan apakah ini yang sedang kita kejar? Kita ditarik dari pelbagai sudut bila bersama. Direntap, dirampas tanpa belas kasihan.

Ini semua hanya kisah fantasi yang hanya wujud di alam mimpi. Alunan muzik itu, sendu sayu dan memukau. Memegunkan setiap insan yang berada di ruangan terbuka. Mematungkan setiap jasad yang bernyawa. Hanya tinggal kau dan aku. Saling berhadapan dan merenung antara satu sama lain. Matamu yang kurindu. Mata itu yang sentiasa kudambakan. Mata itu yang dahulunya adalah milikku. Mata yang sentiasa tidak pernah lepas untuk memandangku. Mata yang penuh dengan kasih sayang. Namun kini segalanya menjadi kabur dan langsung kebutaan.

Jauh sungguh kita merantau. Perantauan yang terlalu jauh hingga tersasar kita dalam membina cinta kita. Perjalanan yang jauh membuatkan kita akhirnya lelah kepenatan. Dan akhirnya membawa kita kepada titik penamat. Akhirnya kita hilang kepada jalan cinta yang kita bina. Di persimpangan itu, kau ke kiri dan aku belok ke kanan. Masing-masing dengan arah tujuan yang berbeza. Kau dengan arahmu dan aku dengan halaku. Kita akhirnya... berpisah.

No comments: