Wednesday 10 April 2013

Goodbye

Aku tak ramai kawan. Kalau nak dikira, mungkin tak lebih dari jari-jari kat tangan aku yang ada sekarang ni. p/s: jari aku tak pernah putus disebabkan mercun buatan sendiri. Nak dikatakan kawan dalam FB, twitter, yang jumpa time pesta buku atau jumpe kat mane-mane pun lah, itu aku akan klasifikasikan sebagai kenalan. Yang mana kenalan tidak mendapat sepenuh cerita dan sejujur perwatakan dari aku. Tapi kalau pesen dengan kenalan semua dia bantai sebagai kawan dan bercerita segala 1001 satu macam cerita-cerita durjana, okay itu kita klasifikasikan sebagai sialan. Full stop.

Bila berkawan, aku akan sentiasa wujudkan sifat sayang pada kawan. Aku akan anggap diorang sama seperti keluarga aku. Malah, adakalanya aku melebihkan kawan-kawan dari keluarga. Ini jujur. Entah kenapa aku lebih selesa untuk bercerita hal sensitif dengan kawan berbanding mak aku sendiri. Yup, mak aku tu taching orangnya. Kalau dengar perihal kehidupan aku, mahu dia tak berhenti menangis 40hari 40malam. Jadi hal lain pulak nantinya. Dan satu yang aku suka akan kawan-kawan aku, mereka lebih banyak diam dari menyampuk. Dan bila tamat cerita, barulah diberi conclusion untuk setiap hal. Hurm, sayang sangat diorang.

Kawan yang baik adalah kawan yang diam sewaktu kita berbicara, yang marah kita secara direct bila tahu kita bersalah, yang tak akan ambil hati atau sentap dengan setiap perlakuan kita, yang tahu luar dan dalam kita namun masih boleh tersenyum, yang tahu baik dan buruk; di mana yang baik dipuji dan yang buruk di letak bawah tapak kaki. Kawan tahu bila kita dalam kesusahan, tahu bila waktunya kita perlukan ruang bersendiri, tahu waktunya bila dia patut hadir untuk menceriakan. Dan itulah kawan aku.

Tapi kawan yang sedikit itu pun, mahu dirampas dari aku. Mungkin waktunya telah sampai. Aku hanya mampu kirim doa semoga engkau bahagia di sana. Maaf, tak banyak masa yang dapat diluang. Rahsia kau, aku dan mereka akan sentiasa tersemat selamanya dalam hati ini. Memang tiada ganti untuk kawan seperti engkau, tapi aku masih punya mereka yang lain yang mewarisi frencode kita.

SD : Hai kawan. Tenanglah engkau di sana. Jadilah bintang yang akan sentiasa memerhati aku di bawah sini.

No comments: