Friday, 12 October 2012

Hugs the Memory

Amboi aihh...Nampak sangat xde keje kat opis. Dok mengadap blog jerk dari pagi sampai ke petang. So jangan gatal2 nak claim OT bagai. Awak tu xbekoje arini....Haram tau duit OT tue nty...teeheeehehe.
Bukan ape, tetibe jerk aku teringat someone tadi. Someone yang aku kenal sekejap jerk. Someone yang aku rasa selesa berkawan. Errr....errrr...dia adalah seorang lelaki. Yup, LELAKI. Tak payah aku nak mention banyak kali. Memang aku ada sedikit perasaan susah sikit tuk berkawan dengan lelaki. Bagi aku lelaki terlalu ego, keras kepala, banyak menipu dari betulnya, punya muslihat jahat di sebalik kata2 manis. Yup, itu pandangan aku pada lelaki. Since when?? Aku pown dah tak ingat.

ahhahahahaaha...sorry, gambar curi dari kawan FB...raya nty mintak maaf okeh..



WALI. Yup, itu nama dia. Nama panggilan yang mana aku dah lupa nama penuh dia. Maafkan aku, sebab hilang ingatan tue dah macam jadi trademark aku. Aku kenal dia masa aku bekerja as customer service kat Eonbank. Ya, ya...yang skarang niey dah merge menjadi HongLeong Bank. Same batch dengan aku. Training 2minggu sebelum masuk bekerja. Dalam batch tue ada dalam 20 orang kowt. Cuma 4 jerk Malays, yang lain semua bangsa 'mendung'. Maafkan saya guna word tue, tapi saya suke..kihkihkih. 4Malays tue adalah AKU, NANA, BART and WALI. First tyme aku apply keje yang tak pernah aku buat, lantaran dah lama sangat menganggur kat KL. Tak bercampur dengan orang langsung.
Masa training, Wali ngn Bart dok blkg aku n Nana. Diorang yang lain2 niey memang dah expert pasal customer service. Semua dah ade pengalaman. Macam Wali n Bart, previously diorang dari Celcom. Nana pulak pernah stay with Vads. Aku niey jerk cam orang bodoh, baru nak belajar system, nak bljr how to handle customer. Leceh gak.Aku agak suka berborak dengan Wali. Dia sempoi, tak melebih-lebih, tak pernah nak kutuk2 aku even de tau hubungan aku dengan partner aku macam mane. Berbanding Bart yang suke sangat nak menyakat aku. Wali cool jerk, mesti cover aku balik. Ada beberapa kali gak, kitorang kluar makan tyme break, tapi itu pun tanpa aku britau partner aku. Kalau tak, melenting dia tahu coz de tak suke aku berkawan  dengan Wali. Dengan mana2 lelaki pun. >_<
Nak dijadikan cerita, satu hari aku bkerja waktu weekend. Aku pun lupa samada Sabtu or Ahad. Cuma ade beberapa staff jerk yang keje on dat day. Dalam schedule, break aku dgn sorang leader India niey, tapi ntah camne aku cakap dgn Wali, aku xnak gi lunch. Tetibe jerk rupenye de dah tukar nama aku. Aku leh gi break dgn dia. So aku pon on jerklh gi makan dgn de. Dan apekah malangnya haritu, partner aku datang tyme aku break dan tanya aku kat mane. Memang mati laaaa..Dengan keadaan order mkn pun baru sampai, dengan partner aku dah sampai gak depan kedai makan kitorg duduk tu. Perghhh, berdebar betol aku masa tu. Wali soh aku duduk dulu, abeskan makanan, tapi gile ker...De nak tengok partner aku mengamok dalam kedai. Last2 aku bangun, keluar n pegi jumpe partner aku. The rest of the story, let me keep it. *Embarrasing* T_T


Jodoh aku tak panjang dengan Eonbank. Dengan Eonbank! Bukan dengan Wali..Isk, isk, isk.... Partner aku pon suke aku berenti keje. Takdelah alasan untuk aku berjumpa dgn Wali lagi. Aisshhh....nak berkawan pun susah.

Kepada Wali yang jauh entah kat mana. Mungkin kau pun dah berkahwin, tahniah aku ucapkan. Kalau belum, sila berjumpa dengan aku. Bukan nak suh kawin dengan aku, banyak sangat benda aku nak story.

Hope aku behave if aku berkesempatan tuk jumpa ko. Takut nty terpelok ko, marah pulak wifey ko nty...heheheheeh
 
SD : sometimes, i need to break the rulez....so dat, its truly ME.....

Short Term Memory

Sudah tiga minggu.
Perlu letak postITnote kt jam???
Yup, aku baru perasan. Itupun setelah 3minggu.
Dan benda niey terjadi lagi malam semalam. Puncanya?? Aku pun tak pasti.

is dat im backforward??
Sejak 3minggu yang lepas, aku akan terlupa hari RABU dan KHAMIS. Sentiasa aku keliru samada semalam hari RABU or KHAMIS. Dan akan terkejut if orang beritau yang harini adalah JUMAAT. What happen to me? I also dunno. Even aku berjaga2 dis week tuk xberulang lagi next week, its still happen. Grrrr......Kenapa mesti hari RABU dan KHAMIS??? Aku asek fikir berulang kali, tak jugak jumpe jawapan. Makin tension lagi adalah.

Dan satu lagi benda yang aku selalu lupa...jeng, jeng, jeng....Aku sentiasa lupa tuk mereply balik mesej2 yg masuk. Even dalam phone [mesej, whatsapp, lines] ataupun messenger from FB. Giler!! Padahal aku baru baca, then pegang phone sambil mata terkedip2 dok nak reply ape. One second after dat, aku lupa yang aku kene reply mesej. Benda niey, Manager aku sendiri yang tegur last week. Adik aku hantar mesej, urgent. Ada benda yang de nak tanya. Aku dok pikir2, pastu aku terus lupe nak reply. Then after awhile adik aku mesej lagi, baru aku tepok dahi. Manager aku cakap, aku slalu wat camtu. Dia ingat phone aku kene barred, xleh nk reply msg. Hampeh tol.

 
Yup, Aku juz pegang jerk phone sambil kepala aku dok pikir benda lain....Aisshhhh




Okeh, aku lupe jap ape yang aku nak type tadi.....

*Krik..krik..krik*

Owh, yerk. Ingat dah. Maybe aku dalam keadaan stressed melampau. Keje kat opis, boleh tahan lah, Still leh handle. Now, dengan new project. Mana nak membaca lagi, mana nak cari bahan lagi. Jap2 gi nak menulis sebab idea datang mencurah2, tetibe lak dok layan KPop pulak....#ehh, itu benar yerk..aku layan KPop now, so ade masalah ke?? Dengan jogging after work, sambung swimming lak untill 9pm. Perghhh, memang berseliratlah jadual aku. Makan?? Langsung, kadang ingat kadang lupa. Aku rasa aku stressed, tapi yang tak menunjukkan keadaan realiti yang aku tengah stressed. Paham?? Tak?? Camnilah, luaran im look okay jerk, tapi aku rasa sejak2 asek lupe jerk ni, memang aku stressed ler gamaknye tu.



Banyak sangat reference yang nak kene rujuk. Men hentam jerk tak boleh ker???? STRESSSEDDDDD!!!!!!



Owh, lagi tension bile idea datang mencurah2...tapi grammer, vocab aku semua hilang macam HARRRR*****. Wah, de punye sakit kepala, macam nak putus dah semua rambut aku tarik. So keputusan tuk ber'short hair' diluluskan!




Sebelum banyak lagi benda yang aku lupa, aku dah banyak mencatat now. Apa yang jadik, semua aku tulis. Lagi2 keje kat opis. Banyak gak yang aku lupa. Tapi kalau pasal numeric, figure semua, im still ok.


SD : Satu hari aku harap ingatan yang taknak langsung aku simpan adalah kau. tapi sayangnya aku dah terlanjur abadikan kau dalam new project aku. *sigh*

Thursday, 11 October 2012

New Project

- CINTA YANG TERSAKITI -

" U, I sayang U.... "

Ya Tuhan, suara itu bergema-gema sepanjang waktu. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang ianya akan berhenti dari menganggu kesepian ini. Setiap detik, hanya suara itu, hanya ayat itu yang sentiasa datang menggamit aku. Meracau dari setiap sudut. Menghimpit dari setiap penjuru. Sedikit demi sedikit aku terbunuh tanpa kerelaanku. Walau aku dipasung ketika ini, aku pasti akan mati jua. Apa yang kelihatan sekarang hanya tubuh kering yang tiada jiwa. Aku seumpama mayat hidup yang sepatutnya telah lama ditamatkan riwayatnya. Dimana aku tak berhak untuk hidup lagi. Ruang ini bukan milik aku lagi. Berjuta kali aku cuba untuk mencabut nyawaku sendiri, tapi atas kerana aku juga tiada hak atas nyawaku sendiri maka aku tak mampu. Walau kusedar semua ini adalah pinjaman, tapi aku tak terdaya. Betapa aku kejam pada diri, kejam pada orang disekeliling dan yang pastinya aku ingkar pada Penciptaku. Betapa jahilnya aku.

****

" Kenapa U diam? Penatlah asyik I jerk yang bercakap."
" I suka dengar suara U. Sometimes ada tone suara U yang I suka sangat dengar. Memikat. " Aku tersenyum bila melihat memek mukanya tatkala aku memuji dia.
" Eh U ni. Tak payah nak bermulut tebu sangat. Pok nanti kang baru tau. "
Mukanya mulai kemerah-merahan. Mungkin ada sedikit rasa malu bila aku berkata begitu. Aku senang melihat dia begitu. Aku senang mendengar suaranya. Suaranya yang sentiasa terngiang-ngiang sepanjang masa dalam kotak fikiranku.

" U, I sayang U.... "

****

" Arghhhhhhhhhhhhhhhhh.........."

" Doktor Erwin!! Sila datang segera. Pesakit di bilik 202 mengamuk lagi." Jerit seorang jururawat setelah dia tidak dapat lagi mengawal  tindakan ganas Tasya. Dua orang jururawat telah tersandar di dinding setelah ditolak ganas oleh Tasya. Nampaknya kali ini perlakuannya telah diluar batasan. Tasya cuba untuk meloloskan diri keluar dari bilik kurungannya. Cubaannya hampir berjaya. Dia berjaya keluar namun terhenti di depan pintu setelah melihat sesusuk tubuh yang amat dikenalinya.

" Casey! Casey! Is that you?? Caseyy!! "

to be continued....


SD : my new project. shud be release atleast on 2013. still in progress. banyak lagi bahan yang perlu dicari.  agak bizi jugak dis few months. hopefully my dream will come true.



Wednesday, 10 October 2012

Keep Calm & Carry On


Tenang, nyaman, release, bernyawa.
Itu yang aku dapat rasakan sekarang. Terima kasih kerana masih sudi mendengar. Semuanya hanya kerana dia. Cukup dengan sekadar suara aku tenang. Cukup dengan sekadar suara, aku bernafas kembali. Cukup dengan sekadar suara, aku kembali senyum. Telah banyak kali hati terdetik, aku tidak perlukan yang lain. Cukup hanya dia. Cukup hanya dengan ada dia seorang.
Teruskan, gapai impian, bahagia.


SD : selangkah ke hadapan, bukan tak boleh tengok balik side & back mirror kannnn...

Tuesday, 9 October 2012

Pause & Reflect

Kejam, kau memang pandai
Time2 sekarang kau nak datang bertempur
Kesian sikit kat kawan2 dan famili
Diorang langsung tak buat salah
Apatah lagi cik hati yang asek kena

Masa, sila bagi muka
Aku tergopoh gapah
Banyak benda nak setel
Yang tertunggak atas kepala
Mahupun yang berselirat bawah kaki

Bahagia, kau tunggu dulu
Aku pasti akan datang
Tapi bukan sekarang
Biar aku bergelut
Tak hero lah kalau aku cepat sampai

SD : banyak sangat pengaruh hindustan, aku hero yang selalu datang lambat....



Monday, 8 October 2012

The Power of EGO

Normal kejadian, once berlakunya breakup / putus cinta / being dump one thing should happen mesti 'meroyan', sakit jiwa, kehilangan arah, being alone tanpa mahukan apa2 gangguan, hilang selera makan (which is i like this one), BUNUH DIRI?? (sound scary, but im not take serious for person who claim will be in suicide when being dump) and so on and so on.

But for me, i learn one thing. Please put your EGO above your head. Up up and above. Betul, ME as usually already being in this situation for several time. Hurt?? Of coz, siapa tak sakit ditinggalkan, dikecewakan setelah sekian lama menjalinkan hubungan. Susah payah nak membina kebahagian, dari tahun ke tahun. Pengorbanan jangan dikira lagi, dah cukup perabis dah. Sampai abes kering dah, sampai dah xde tempat nak korek2 lagi . Tapi aku letakkan EGO tu ditempat yang tinggi, yang mana aku hidup sebab ego yang dah selamat aku letak tempat yang paling ideal. Aku berpegang pada benda yang satu tu, so dat aku xbuat benda2 merapu. Bunuh diri?? Owh, c'monlah. Itu cara lapuk nak tarik balik perhatian ex, or nak tarik perhatian partner baru, maybe....I said MAYBE.....

Please dont blame on ME when i said EGO is my priority. Setiap orang ada cara masing-masing. ME know, bila kita dalam keadaan sedih, berbaliklah pada tuhan yang satu. Yang wajib kita laksanakan. Teladani cara Islam. ME know dat. As I said, this is my way..my rulez.. Everyone has their own way. Advice? Sure i got a lot from my frenz. Islamic way, extreme way....Pokok pangkal berapa banyak pun nasihat yang kau dapat, in the end of the day, kau jugak yang kene decide which way dat you shud go through. So better at first place kau dah letak siap2 firewall kau sendiri. And here there are my EGO as my superpower shield.

But one thing kau kene tahu, EGO ni dia macam penyakit kanser gak. Menular dalam badan sikit demi sikit. Merayap ke segenap inci tubuh. Memamah sistem badan, menghancurkan setiap urat sendi. But seriously, you cannot realize it.  I felt it coz benda nie dah lama bermastautin dalam badan. You need to have strong 'antibody' to fight it. My antibody =  sweet memories.


SD : being single bukanlah satu kekurangan diri, bukan penyebab utk kita jadi lemah. actualy, dengan bersendirian baru kita boleh nampak ape sbnrnya potensi diri yang ada dalam diri. Just chill out, dunia punya penduduk yan berbillion. salah satunya pasti untuk kau.

Sunday, 7 October 2012

Sarcasm


Selaklah kain sendiri
Kenapa perlu menjenguk yang sebelah
Bukalah baju sendiri
Kenapa perlu yang sebelah dibogelkan
Kelihatannya serupa tapi pasti tak sama
Bila asal hitam, pasti hitam
Mana mungkin terlihat putih
Habis disogok sampai termuntah
Sampai nanti bersendiri dah tak betah
Hidup biar buta mata
Jangan sesekali buta hati
Ibarat semut di seberang laut kelihatan
Gajah di depan mata dibutakan
Gosok akal biar waras
Hati amarah simpan, biar keras

SD : manusia tu rambut sama hitam, tapi hati lain2. xpayah criter lah pasal rambut yg dah blonde bagai. dis one juz peribahasa. satu jari kau menuding ke arah orang lain, lagi 4jari lagi menunjuk ke diri sendiri. perlu cermin?? dunia sekarang mana2 pun kau boleh hadap depn cermin, tp plis tgk diri sndri. jgn hadap cermin tuk tgk 'kebogelan' org lain.

Re-Birth..


i sendiri tak paham dgn apa yg berselirat di kepala dan benak.
cuma i terperasan dan i rasa sikit penat dlm hati.
kenape kita suka lari?
maybe sbb kita diajar ‘siapa yg mengalah dia yg terpuji’.
maybe.
ats alasan berdiam diri itu bukan mengalah dan dikalahi.
i takkan mampu utk seru u utk jd lebih berani.
i takkan mahu utk suruh u belajar utk melawan demi akal sendiri.
i takkan mampu,
maka i takkan mahu.
nak mati. bila mati dapat apa?
haiiissshhh...
sabar, dan percaya ceritanya utk kita.
let go of your steering.
kasi chan tuhan drive.
kita tgk je....=)


SD : dia suatu misteri dalm hidupku...datang tnp salam, pergi dlm diam.. selamanya takkan kulupa, kerna dia punca kelahiranku semula.