Showing posts with label release. Show all posts
Showing posts with label release. Show all posts

Sunday, 21 October 2012

Be Better

Sweet Sunday.. Bangun awal tanpa ingat langsung what happened yesterday, ape yg dicarutkan, ape yg aku dok gelak dgn Liza (my rumate), makian ape yg aku guna time layan final Piala Malaysia dan ntah ape2 lagi. Rasa refresh sgt pagi niey, macam baru lepas format. Uppss, ayat format tu jgn gune merata, ade org suka nak double-meaning-kan word tu. Even harini hujan renyai2, tapi suasana best sgt. Macam ala2 salji gitew hujan yg turun. Mulalah rasa macam tengah layan Winter Sonata, tapi takdelah sampai aku nak berlari tengah2 hujan sekarang...konon2 nak baling bola salji!

Aku bangun pagi ni dengan perasaan happy menjadi AKU. I dunno why. Bangun2 jerk dah tsenyum2 (aku tgh cuba mengimbas kembali mimpi aku mlm tadi), siap rajin terus kemas katil n lipat baju yg dah kering dari semalam. Breakfast kopok ikan pedas dr Kelantan (adakah sbb Kelantan menang Piala Malaysia, terus nak layan brg2 Kelantan??) sambil mnum Green Tea. Ah, elok sgt leteww bekpes aku tu. Karutan sungguh. Emang dasar malas sgt nak pegi goreng cucur kannn.

Aku macam dapat satu kekuatan yang aku tak tau dari mane aura positif aku niey. Maybe dari bahan bacaan ringan, maybe dari famili, maybe dari org2 sekeliling. Ntahlah. Aku dah nekad. Nekad 'tuk teruskan projek baru, nekad 'tuk kekal mjadi AKU yang seadanya, nekad 'tuk tak gentar dgn sebarang dugaaan yg mdatang, nekad 'tuk SINGLE till further notice. Teehehehehe, nekad yang last tu memang takleh blah. Tapi rasanya itu yg tbaik utk aku. Aku rasa hati aku dah mati. Dah macam takde perasaan. Siap boleh geli mluat if i noticed smthg feeling comes around me. Some people said, "Single is boring, Double is trouble". Certain time ada kebenaran nya. Dan elaborate lah sikit word single tu. Bila sebut single, betul ke single? What i means; kalau betul kau single, betul2 ke kau single sampai takde langsung kawan2 sekeliling kau?? Yeah, hope ayat niey boleh difahami. Susah aku nak explain by word. Bile kau takde someone special, makes friend. Janganlah tyme ber'couple', habis semua kawan2 kau buang jauh. Kau anak-tiri-kan diorg2 tu. And after that, bile clash barulah sedar dah takde siapa2. Kan dah payah, mulalah rasa lonely, tiada tempat mgadu, kesedihan myelubungi diri pastu nak kacau pulak hubungan orang lain yg tengah nak elok! Ehh, takde..takde..Yang last tu aku mencarut jerk. Biasalah, ME as the Pencarut. ^_^

Lesson by lesson yang aku dah dapat sepanjang relation yang pernah terwujud dlm hidup aku. Tak pernah satu pun melunturkan semangat malah aku sentiasa jadi makin kuat, makin ego, makin keras. Dah kubilang, setiap kali air mata aku jatuh (depan orang), benda tu akan mbangkitkan rasa ego yg makin buruk. Tapi its okaylah. Dengan ego itu buat aku masih bdiri tegak lagi di sini. Belum pernah lagi rasa remuk yang maha dasyat. Too bad dalam banyak2 sifat, si ego tu jugak yang paling selesa bertapak dalam diri.

Hermm, nothing to write anymore. Dah banyak terluah, kelegaan capai 95%. Hope tomorrow always be better than yesterday.

SD : always refering to my rules.

Sunday, 14 October 2012

Relaxing


Ohoiiii.....bahagiaaaaaa
Nama pun hari Ahad kannnn.. Apelagi mau buat, hari tuk relax, goyang kaki, layan movies, berKPop (wow! I like!), apelagi aku buat erk. Owh, tak terlupa, mengemas bilik yang kecik niey. Baring2, golek2 atas katil, men game. Owh, bestnya dapat dok umah bersenang lenang camni. Im hommie type. Siapa yang tak percaya tue? Siap cakap aku adalah si Sagit yang suka merayau, berjalan2. Kalau gi travel aku suke lah. Gi tempat2 sejuk kan, kann, kannnn. Kalau setakat sekitar PJ, KL...bosan lah dowh. Panas lak tue...eiii, i dont like. Okay, nak continue aktiviti melepak.. Swimming??? Malam2 sikitlah baru sejuk and syiokkk.

Hi Mr Sunday! Im in luv wit u...Mmmuaaahhh


SD : kesakitan tulang belakang sepanjang minggu.....sempat lagi x nak apply insurance???

Wednesday, 10 October 2012

Keep Calm & Carry On


Tenang, nyaman, release, bernyawa.
Itu yang aku dapat rasakan sekarang. Terima kasih kerana masih sudi mendengar. Semuanya hanya kerana dia. Cukup dengan sekadar suara aku tenang. Cukup dengan sekadar suara, aku bernafas kembali. Cukup dengan sekadar suara, aku kembali senyum. Telah banyak kali hati terdetik, aku tidak perlukan yang lain. Cukup hanya dia. Cukup hanya dengan ada dia seorang.
Teruskan, gapai impian, bahagia.


SD : selangkah ke hadapan, bukan tak boleh tengok balik side & back mirror kannnn...