Showing posts with label wondering. Show all posts
Showing posts with label wondering. Show all posts

Sunday, 2 December 2012

Play Safe

Duduk dalam satu hubungan yang bukan-lah membahagiakan sangat tapi atas dasar diikat atau terikat. Hati masih kuat tapi kadang timbul meluat. Bilamana kaki dah melangkah setapak tapi sedang diri tak punya kepak. Nak pergi jauh, tak mahu itu namun masih juga tak punya kuasa sebesar mana mahu dilaku. Ini-lah yang boleh dikatakan play safe. Yang ditangan jangan lupa kunci, yang dikejar teruskan jangan berhenti. Sifat mereka yang tamak.

Kau kunci yang itu. Yang dahagakan sayang yang pernah kau jual satu ketika dahulu. Kau tundukkan yang itu hingga langsung mulut terkunci tiada bunyi. Kau laksana si kuku besi; arahan kau perlu diikuti, larangan kau perlu ditakuti. Mudah sungguh kau menyaingi diri umpama tuhan, menjadikan hak mutlak yang bukan hak engkau yang sepenuhnya.

Apa hal pula dengan yang itu? Diam menunduk kerana apa? Mahu play safe juga? Owh, masih sayang. Sayang sebab terbiasa, bukan. Teruskan. Hidup mungkin mencabar bila hidup dalam mendatar. Teruskan.

SD : mana rindu seribu tahun?

Sunday, 25 November 2012

Polygamy.

Poligami. Berkongsi. Sharing. Memiliki tapi tak sepenuhnya. Hermm, apa lagi yang boleh ditafsir dengan poligami? Baik-kah? Buruk-kah? Adakah berpoligami boleh membentuk sifat adil? Adakah wujud sifat adil pada yang membuat? Atau adil-kah pada yang di-buat? Dan kenapa aku terlalu sangat nak kupas isu poligami? Owh, sebab dalam situasi ini? Belum lagi. Tapi menuju ke arah itu. Selangkah lagi. Tinggal lagi aku yang perlu bertindak.

Aduhai, kenapa kau mengusulkan idea itu pada aku? Sedangkan dah lama aku memikirkannya. Cuma lagi sudah acapkali aku terangkan. Yang aku hanya ingin menunggu. Sebab aku percaya pada erti menunggu. Sebab aku terlalu yakin dengan masa depanku. Aku tahu. Aku yakin. Aku berani menanggung risiko. Risiko rindu seribu tahun.

Poligami tak salah. Malah aku punya pandangan yang positif terhadap poligami. Rasanya aku umpama mampu mengharung situasi dimadukan pada ketika ini. Desperate? No-lah. Sebab aku juga ingin disayangi. Tak perlu menjagai aku seperti dulu. Cukup cuma perlu ada kau pada ketika-ketika yang diperlukan. Bukankah bila dimadukan, tidak setiap ketika adalah milik kita? Mungkin itu yang membuatkan aku senang dengan situasi poligami. Sebab pada usia aku yang begini dan life aku yang terkini, aku pun tak punya banyak masa untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada orang tersayang (baca: jika aku bercinta lagi).

Poligami perlu adil. Si pemoligami, perlu adil pada kedua-dua pihak. Pihak pertama dan pihak kedua ( if ada yang ketiga, pihak ketiga. tamak sungguh. ) Dan jika kau betul-betul bersedia untuk menjadi si pemoligami, adakah betul jalannya aku yang perlu bertemu dengan pihak yang pertama? If itu yang kau harapkan, kau bersedia 'tuk berpoligami tapi hakikatnya kau belum cukup ilmu 'tuk berlaku adil. Dan aku takut akhirnya aku yang di cop sebagai pemusnah hubungan kamu-kamu. See? Kan aku dah mention. Aku taknak menjadi watak ketiga. Aigoo~~

Bersabarlah. Aku mampu harungi situasi poligami, tapi cuba kau usulkan pada pihak yang pertama. Adakah si dia mampu? Sanggupkah kau melukakan hati si dia. Kau terlalu sayangkan dia, rite? Thanks sebab sewaktu bersama, sikit pun isu poligami ini tak pernah wujud. Dan teima kasih dan maaf sebab erti setia itu hanya untuk aku.

SD : cinta tak semestinya memiliki.