Tuesday, 26 February 2013

CSI Desa Pandan

Awal pagi lagi dia mendapat panggilan dari ibu pejabat. Hanya dengan menggonyoh mata dan sekadar berkumuh mulut secara ala kadar, dia bingkas menyarung jaket labuh ala-ala Inspector Gadget dan meluru ke kereta. 

"Gedebak."

Dia terjatuh bergolek tatkala cuba melompat masuk ke dalam kereta. Seakan terlupa yang dia hanya memiliki sebuah kancil turbo, tadinya dia membuat cubaan melompat masuk seperti memandu BMW Z4.

"Ah, sikit hari lagi Z4 pasti akan menjalar parking depan pintu rumah aku. Bersabarlah wahai punggung yang sakit." getus dia geram-geram di dalam hati.

Enjin dihidupkan. Bunyi seperti keretapi Tanah Melayu kedengaran dan disusuli asap tebal seperti ada kebakaran yang berlaku. Namun tidak diendahkan lalu dipecut laju kancil turbonya itu walaupun tidaklah laju mana perginya.

Setibanya di ibu pejabat, kereta di parkir bersebelahan dengan tong sampah hatta memang tiada ruang disediakan untuknya sementelah terlalu ramai yang dengki akan kehebatan dan ketangkasan dia dalam menyiasat sesuatu kes. Kepakarannya sentiasa dihebahkan di corong-corong radio, mukanya sentiasa gah di kaca televisyen mengalahkan kehebatan iklan Kak Ton. Kalau didirikan dia dengan Kak Ton sebelah menyebelah, pastinya Kak Ton akan berlari pulang ke rumah sambil menangis.

Dia berdiri sementara di muka pintu opisnya. Sambil membetulkan jaket yang herot berot dek kerana terjatuh tadi, dia mendengar suasana yang agak bising di dalam pejabat. Pintu ditolak dan dia menjengulkan muka di pintu. Semua mata tertumpu kepadanya dan pergerakan mereka menjadi kaku.

"Ah, baru separuh muka saja, korang da terpaku kan. Kacak sunnguh aku." dia tersenyum-senyum memikirkan kekacakan rupanya.

Kaki melangkah masuk dan keadaan masih sunyi sepi. Masing-masing diam, menundukkan muka dan kembali duduk di tempat bertugas masing-masing. Namun kebanyakan mereka memandang dia dengan ekor mata sambil mulut terjuih-juih sengetnya mengatakan sesuatu. Ah, itu sudah satu kebiasaan pemandangannya terhadap orang yang sehebat dia.

"Karim, bos panggil kau masuk bilik dia!" jerkah seorang gadis yang sibuk membetulkan lilitan tudungnya yang dah serupa pocong sambil tangan sibuk mengetik papan kekunci. Update status facebook ler tu.

Punggung yang tak sempat dihempas ke lubuk persinggahannya, diangkat sambil berlari-lari anak ke hujung level menuju pintu yang agak jauh dari penglihatan.

Ketua Detektif. Tertera gah di pintu bilik. Sambil berdehem, tombol pintu dipulas dan dia masuk ke dalam bilik.

"Ya bos. Karim datang melapor diri." Tersengih-sengih dia padahal tahu yang dia sudah terlewat ke pejabat.

"Harini alasan apa pula yang kau nak bagi sebab lambat? Boleh aku masukkan dalam list kau sekarang ni."

"Hehehe. Saya ada beritahu tak yang semalam saya settlekan jiran sebelah yang bergaduh dan hampir bercerai. Nasib baik saya ada. Wife dia tak jadi untuk bercerai dan berpindah rumah asalkan saya juga tak berpindah dari situ dan sentiasa hadir ke rumahnya untuk memberi kata-kata semangat." Kepalanya terbayang akan kehebatan isteri jirannya itu malam tadi.

"Okay. Noted. Aku masukkan dalam list dan jangan nak buat piket pulak bila aku tak bagi bonus hujung tahun nanti. Okay, sekarang ni aku ada kes baru untuk kau. Kes budak-budak kecik jek ni. Fail ada atas meja kau dari semalam. Settelkan. Aku taknak dengar lagi ada orang berperang dalam blog lagi dah."

"Ai ai bos." Dia lantas keluar dan menuju kembali ke sarang singgahsananya.

Fail kuning di atas meja.
Kes sulit.
Fail di selak.

Lokasi : Tidak dapat dikenalpasti
Waktu : Tengah malam yang tak berapa nak buta
Mangsa : Gadis blur
Suspek : Sedang diburu
Motif : Mangsa cantik sikit dari suspek

"Ek eleh. Kes kecik macam ni pun ada ke. Dah takde keje agaknya budak-budak sekarang ni. Patutlah ekonomi negara makin merundum. Sebab budak-budak yang buang masa ni punya pasal lah. Setakat nak cari IP Address, serbu tapak CC mane ntah di login, sekejap jek setel. Aish, budak-budak sekarang ni. Tak mencabar langsung."

Fail dicapai. Maklumat pemangsa diteliti dan segala bahan bukti dikumpulkan.

"Ros, aku nak keluar. Kalau bos tanya cakap aku pegi tapak kejadian."

Belum sempat Ros menjawab, kelibat dia sudah tidak kelihatan di pejabat.

....bersambung....

SD : jejaga awak-awak. saya pasang detektif ni.

Monday, 25 February 2013

White Night

Again today, I fall in love and say farewell
To the remaining pieces of you inside of me
How about you?
I need you
Each time I try to erase you, everything completely breaks down
In this endless time, in all of this space
Your thickly colored breaths are filled up
Again today, I take the remaining pieces of promises, traces of memories
And I try to put them together all day
How about you?
I can’t get over you.
You just keep shining on and on through my time.
I need you
Each time I think of you, that time completely freezes up
It’s no use even though I try
Each time I breathe, it seems like your memories are speaking to me
All the remaining things, all the things I let you – they are all in my portion
I can’t turn things back like in the movies, like it was a lie
Come back to me.

SD : its not me.

Sunday, 24 February 2013

Dont Overshadow Me!

Awak, sebenarnya apa yang awak mahu? Jangan jadi seperti seseorang yang punya hati busuk. Menjadi bayang-bayang hitam yang sentiasa mengekor ke mana perginya saya. Cukuplah satu saja bayang -bayang saya. Tidak perlu ditambah dengan bayangan awak. Dan lagipun untuk apa? Apa perlunya awak sentiasa mengekori setiap perbuatan saya? Saya bukan kepunyaan awak. Dan saya tidak mungkin akan pergi ke pangkuan awak. Tidak sama sekali kecuali saya sudah gila atau mungkin terkena buatan orang.

Bersyukurlah saya tak pernah simpan dendam pada awak (mungkin). Bersyukurlah saya sudah berhenti mengata awak (sebenarnya hampir tidak pernah). Bersyukurlah saya masih mampu berkawan lagi seperti tiada apa yang berlaku. Masih tidak cukup lagikah layanan saya? Masih ada hutang lagikah yang tidak terlangsai? Adakah bahagia itu takkan pernah jadi milik saya? Itukah yang awak mahu?

Awak, tolong jangan jadi bayangan dalam hidup saya. Saya mohon. Tak perlu berpura-pura seolah itu adalah kebetulan. Saya tahu, jika ia melibatkan saya memang tidak akan pernah wujud erti kebetulan. Beredarlah. Kehadiran awak mungkin akan menimbulkan bibit-bibit benci yang mungkin tidak dapat saya kawal. Biarkan saya mencari bahagia dengan cara saya. Tidak perlu diperli, disindir. Tidak perlu nasihat dari awak kerana kita sendiri pun hancur. Awak, sekali lagi saya mohon. Menjauhlah. Saya tidak perlu restu dari awak untuk gapai bahagia.

SD : terkadang aku meluat. hentikanlah lakonan itu.

Thursday, 14 February 2013

Hopeless

Bodoh sangatkah akal?
Buta sangatkah hati?
Bila sandaran itu juga yang kau mahu
Bila sandaran itu juga yag kau gilakan.

Sampai bila mahu menunggu?
Entah bila hendak berundur
Keras mana pun diajar hati itu
Sampai kiamat pun kau takkan mampu milik.

SD :  andai membunuh perasaan itu semudah membunuh diri...hermmm

Wednesday, 13 February 2013

V-Day

Salam 1Malaysia. Salam berkasih sayang.
(kemain lagi kan, jijik)

Dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya sehari sebelum 14 Februari, akan banyaklah ustad dan ustajah yang tumbuh melata seperti cendawan selepas hujan. Okey, no comment about that. And I won't comment about that. Apa yang aku nak sentuh kat sini perihal V-Day atau Hari Berkasih Sayang.

Disebabkan banyak sangat aku dapat komen yang V-Day tidak hanya perlu disambut pada 14 Februari dan dalam tak sedar kita boleh menyambutnya pada setiap hari. Maknanya setiap hari adalah hari berkasih sayang. Meh sini, aku nak bagi perbetulkan sikit perspektif yang mengatakan tidak perlu menunggu 14 Februari untuk menunjukkan kasih dan sayang pada pasangan.

Zoom in pada pasangan yang agak lama bertahan. Yang agak lama masih berdua. Yang agak jauh juga perginya hubungan bersama. Rasa-rasa mereka yang dah lama berpacaran, diorang punya momentum sayang itu masih sama tak macam masa mula-mula nak declare dulu? Jujur cakaplah, sikit-sikit ada juga pudarnya. Bukan pada erti sayang itu, tapi pada perbuatan sayang itu. Mungkin nak ditafsirkan sayang masih ada namun perlakuan yang menunjukkan yang sayang itu masih ada, agak kurang. Agak sukar untuk dipamerkan sementelah masih lagi dalam perhubungan tidak goyah, masih lagi bersama dan akhirnya membawa pemahaman rasa sayang itu masih wujud lagi.

Jadinya bila sudah lama berpacaran (nak ke jinjang pelamin pula sayup-sayup mata memandang), perbuatan yang menunjukkan sayang itu sudah menjadi suatu limitasi. Mungkin ada sambutan hari ulangtahun penyatuan jiwa (kata omputihnya anniversary kejadah ape ntah ), sambutan hari lahir dan.... Rasanya itu sahaja kot. Sebenarnya meraikan sambutan yang cenggitu boleh menambahkan sayang dan boleh jugak  mempamerkan erti kata sayang yang makin hari mungkin makin jauh tersasar. Dan dari perenggan ini, aku sendiri menyokong BUKAN DENGAN SEBULAT SUARA jika ada yang mahu menyambut V-Day. (tolong jangan bash dulu. sabar).

V-Day antara hari istimewa yang boleh dicipta untuk menunjukkan sayang antara satu sama lain. Its like we randomly pickup one date. Dan 14 Februari sudah menjadi satu trend atau budaya (walhal hampir seluruh dari kita semua tahu apa sejarah asalnya). Pada hari tersebut, kita buat something special yang lain dari hari yang lain. Bukan kegiatan rutin yang sentiasa dijalani berdua. Buat sesuatu yang akan selalu dikenang dan menjadi antara lipatan hari-hari indah bersama. But, bukanlah sesuatu yang melampaui batas yang mana you know what i mean. Kalau hari-hari biasa kau  balik kerja dan pergi makan malam sesama, why not on that day make something different. Ask her/him go out for candle lite dinner. Cipta suasana romantik bersama. For guys maybe you all can prepare a bouquet of roses and for girls, korang siapkan kad jek sudeyh. Kikiki. (Tak payah nak hipster sangat dok pikir nak prepare bagi ape. Sometimes mainstream tu dah cukup sweet).

Tak perlu kita sebut ia sebagai sambutan, tapi lebih kepada menafsirkan sebagai hari menyemarakkan semula pengertian sayang dalam perhubungan. Sebab kadang kala dalam kesibukan rutin harian, kita sentiasa lupa yang kita ada seseorang yang kita sayang untuk diraikan setiap hari. Sebab itu kita memerlukan satu tarikh yang istimewa. Untuk diraikan dan untuk diingati. Dan V-Day boleh menjadi salah satu tarikh yang mudah diingati. (Most of guys susah nak ingat date, so V-Day adalah untuk memudahkan mereka.)

Penyudah kata, aku bukan menggalakkan untuk meraikan V-Day. But aku lebih dalam mengalakkan menyemai kasih yang kurang berbaja di samping menyemarak sayang yang semakin malap.

SD : yang nak hantar bunga ke, coklat ke, boleh inbox aku untuk mintak address.

Tuesday, 12 February 2013

Keep On Going

Lengkaplah sebuah kehidupan aku
Tika berbicara tentang setia
Berdiri di antara kata mulia
Yang akan rebah merentas ruang masa
Tegasku dalam raga
Janjiku dalam jiwa
Setiaku dalam nyawa
Itu maruah rindu yang kutabur.

SD : andai masa itu tiba, salam permisi. hanya rindu itu kutinggalkan sebagai sumpahan seakhir hayat.

Friday, 8 February 2013

Annoying

Terima panggilan lewat petang dari dia
Pukul tujuh tunggu dibawah siap sedia
Tahukah aku ini baru pulang dari kerja
Tak sempat beristirehat diarah begitu sahaja.

Pelawaan ditolak dengan alasan kepenatan
Dituduh sombong,  dicop pula memilih kawan
Tak rasakah yang aku anggap kau sebagai teman
Lebih tinggi dari kawan namun tak lebih dari peneman.

Tak berpuas hati kau mula dengan paksaan
Pelbagai kata dikeluar lebih kepada penghinaan
Aku berdiam bukan sebab itu kebenaran
Cukup-cukuplah banyak benda lain yang perlu dilayan.

Kau datang bila ada masa terluang
Dikatakan masa kau itu jangan dibuang-buang
Apakah aku ini banyak pula masa dan ruang?
Berpeleseran dengan engkau lagi banyak perkara yang terbang.

Maaf kata, engkau sudah lupa diri
Mungkin kau fikir aku sentiasa menyendiri
Dan sebab itu kau hadir sesuka hati
Atau kau lupa kita bukan apa-apa lagi.

Aku bukan cuba hendak tunjuk lagak
Tapi engkau sila paham setiap kehendak
Bukan semua boleh dipenuhi bila dimintak
Dan aku mula sedar, engkau masih berperangai budak.

SD : aku bukan macam dulu dan aku bukan kepunyaan engkau. terpulang untuk membenci, cara mudah untuk engkau cover diri.







Thursday, 7 February 2013

Rumours

Khabar angin ni baik ke tak sebenarnya? Cerita-cerita yang didengar dari mulut ke mulut ni, boleh dipercaya ke tak sebenarnya? Kalau bercerita pasal benda yang semua pun orang dah tahu, itu dah dikira mengumpat ke? Kalau bertanya sesuatu benda yang tak confirm just untuk mengiyakan sesuatu cerita tu, salah ke? Okay, tanya perihal orang yang tak berkaitan, lepas tu pergi cerita balik pada orang lain yang juga tak berkaitan, and then KABOOM. Keluar cerita lain pulak. Itu kita panggil pembawakan mulut anjing. Hermmm.

Bagi aku, kalau ada orang nak bercerita pun pasal orang lain ke aku, please make sure kisah itu betul. Yang tiada tokok tambah walau 1% pun dari cerita asal. Even kalau orang nak bercerita pasal aku kat belakang pun, aku tak kisah. Tapi pastikan cerita yang betul, tidak ditokok dan cerita itu sah dari mulut aku sendiri. Bukan dari pandangan senget engkorang. Kadang-kadang dalam keseronokan kita nak bercerita pasal orang lain, kita tambahkan perasa dengan pandangan kita. Padahal itu cuma pandangan sahaja, maksudnya hanya pendapat. Tapi si pendengar bercerita pulak pada orang lain dan masukkan pendapat / pandangan kita itu dalam cerita. Dah jadi satu cerita lain pulak. Makin panjang. Makin serabut. Makin jadi anjing ceritanya.

Bercerita belakang tentang seseorang itu tak semuanya dikira mengumpat. Kau cakap si polan dah berubah jadi baik setelah selalu mendengar ceramah dari UAI (dah ada 2 orang yang tiada di tempat kejadian; si polan dan UAI), itu nak dikira sebagai mengumpat ke? Rasanya tak kan? Kau nampak conversation dua, tiga orang kawan dalam timeline, kau dah start keluarkan kepakaran magik kau untuk assume setiap conversation diorang. Padahal kau tak tahu cerita hujung pangkal. Men redah tengah-tengah jek. Then kau beritahu pula pada kawan-kawan yang lain. Si polan tu dengan si polan tu , macam ni, macam tu. Hermmm.Yang ini aku tak panggil mengumpat. Inilah pembawakan mulut anjing.

Rasanya semua orang dah tahu, makin banyak kita buka mulut tentang kisah orang lain, makin banyak pula kisah kita akan terbuka pada orang lain. Susah nak percaya pada konsep ni, tapi itu tak mustahil. Ini bukan konsep karma; kau bercerita buruk hal orang, then suatu hari nanti orang akan bercerita buruk pasal kau. Ini bukan karma. Once kau buka mulut bercerita pasal orang lain, actually kat situ lagi kau dengan sendirinya telah berjaya membuka pekung sendiri pada orang. Dan jangan marah bila cerita tak betul pasal engkau tersebar, ada kemungkinan kau juga menyebar cerita yang tak betul. Mungkin dalam ketaksengajaan. Biasalah, tengah bercerita, bergosip. Mana nak ingat dunia kan. Lagi-lagi kalau ada yang tukang tambah perasa. Makin sedap kan.

Masing-masing dah besar. Risiko mendengar balik cerita-cerita buruk pasal diri sendiri ni, terpulang pada berapa banyak cerita-cerita buruk yang pernah kau tebarkan. Cerita buruk ni jangan sampai jadi fitnah. Setakat kau nak bercerita cakap benci kat si polan, si polan. Aku tak kisah sangat. Ni kalau dah sampai ada benda tak betul yang dibangkitkan, jangan sampai dipertemukan. Jangan sampai, ok.

SD : Taknak bercerita pasal aku ke? Tak payahlah ulang cerita yang sama. Dah boring. Ceritalah pasal buku aku pulak. Takkan tak tahu kot aku dah aktif menulis sekarang ni. Tipulah kalau tak tahu.

Wednesday, 6 February 2013

You & I

Andai kata jodoh belum sampai
Jangan jodoh orang lain sibuk nak digapai

Andai kata cemburu melihat kebahagiaan teman
Cipta bahagia sendiri walau masih tiada pasangan

Andai kata terbit benci, memandang langsung meluat
Cuba pandang semula silap apa yang telah dia buat

Andai kata bicara buruk sentiasa tempias ke telinga
Biarkan keburukan itu, kebenaran sentiasa ada

Andai kata dia menjadi milikku suatu hari nanti
Semoga suatu hari nanti itu, masih jauh lagi.

SD : awak, saya rindu awak.

Tuesday, 5 February 2013

I, You, They, We

Awak, boleh tak tukar kerjaya lain?
Selain kerja mengintai di timeline.

Awak, betulkah dah habis menyampah?
Benci di mulut tu, adakah main acah-acah?

Awak, jangan cuba menipu hati
Bila tak tahu hal dia, awak rasa nak mati.

Awak, berhentilah toleh-toleh begini
Jangan dirisau, pasti akan ketemu nanti.

Awak, bumi kita ni bentuk bulat
Esok lusa terjumpa, jangan dok terkulat-kulat.

Awak, awak, awak
Saya bukan nak buat lawak
Sekadar selingan secara rawak
Sentiasa jujurlah dengan hati awak.

SD : sebab pernah rasa sayangkan, sebab tu jadi macam ni kan. hehh.



Friday, 1 February 2013

Untuk Separa Tuhan


Cakap banyak pun tak perlu rasanya. Dari poster dah cukup semua info. Ayuh, apa tunggu lagi.

SD : salah seorang penulis. syukran.

Thursday, 31 January 2013

OST #UST

Manusia separa Tuhan
Merejam hukum pembalasan
Tanpa sedar melampau batasan
Tanpa sedar bukan tugasan
Dibuang segala sempadan
Nafsu dirajai akal diketepikan
Demi melupai nyawa hanya pinjaman.

#Untuk Separa Tuhan.

Naif-naif setiap manusia, jangan dilupa topeng di muka.
Penat-penat asyik diluka, jangan dilupa api neraka.
Kau dan aku sama manusia, apakah beza kuasa kita?


Ke kiri pun dia ke kanan pun dia
Berundur terjumpa dia ke hadapan pun tetap dia
Akal kepelikan di mana-mana pun dia
Sudah matikah yang lain bila hidupnya si dia? 

Aku samakan kau dengan si dajjal
Yang mana pun kau pergi mesti nak pedajal!
 

 

Tuesday, 29 January 2013

Burden

Aku tak mampu untuk seret hati ini lagi lebih jauh. Berkelana entah ke mana, menyeksa jiwa dan raga. Mahu dibiar, mahu ditinggal, mahu dilempar di tepi itu sahaja. Terlalu berat untuk dibawa bersama. Terlalu beban untuk diangkut ke sana dan ke sini. Melewat setiap detik perjalanan ku, menyusah setiap perkara ingin dilaku. Bolehkah aku simpan hati ini untuk dijagai kamu? Tidak perlu dibikin apa. Hanya simpan di dalam peti jagaan. Bolehkah kamu menjadi penjaga kepada peti itu. Tidak perlu dirapi, hanya biar di dalam peti. Aku mahu merentas dunia tanpa beban hati itu. Sekembalinya aku nanti, akan ku kutip semula peninggalanku itu .

SD : beban hati.

Monday, 28 January 2013

Soul

Jiwa
Halimunan bernyawa
Penghuni si dara
Yang berlegar tiada hala
Sementelah dirobek tanpa rela
Bikin mati segala rasa
Yang kini bergelandangan tiada kata
Jiwa mati sia-sia.

SD : derita jiwa mati, sangat derita.

Friday, 25 January 2013

Non-Halal

Perasaan sayang pada yang haram. Memandang secara curi pada yang haram. Menyentuh permukaan yang separa haram. Perhubungan yang haram dalam haram.

Perkara yang haram sentiasa dilihat lazat. Sentiasa dipandang nikmat. Tahu itu haram. Tahu akan padahnya. Tahu pada 'penyakit' yang bakal mengundang. Tapi bolehkah dihalang? Mampukah dihadang? Jawapannya boleh dan mampu, pada yang boleh dan mampu. Kepada yang melihat sesuatu yang haram itu syurga, kenikmatan dan kelazatan itu langsung tidak mahu dilepas. Dikulum dan dijilat sehingga basah. Dihenyak sehingga puas.

Penghujung waktu, sesuatu yang haram itu dijunjung, disanjung dan dibenarkan dalam luar sedar. Awalannya yang haram itu dilabel sebagai separa halal. Namun sedikit demi sedikit dalam ketamadunan yang silih berganti membuatkan yang haram itu bertukar halal yang paling nikmat. Paling sedap.

Bolehkah yang haram itu dibanteras? Tepuk dada, tanya hati, mampukah akal menakluk nafsu yang membuas? Dalam menentu pada yang halal seumpama mencari suis lampu dalam keadaan gelita. Mungkin bertemu namun setelah berkali terlanggarkan objek yang berkeliling.

SD : yang haram menimbum hingga menutup langsung pada yang halal.



Monday, 21 January 2013

Neutralised

Cuba perasankan keadaaan juri dalam pertandingan masak-memasak. Selepas merasa sesuatu makanan, mesti juri-juri akan kumur mulut atau minum sedikit air mineral / air masak. Sebab nak neutralkan semula rasa yang melekat di lidah.

Dan aku mengambil konsep yang sama. Untuk meneutralkan pemikiran aku, selepas mendengar bahan-bahan gosip atau cerita-cerita tidak menarik atau luahan-luahan rasa; aku akan 'bekukan' diri untuk sementara dari menerima cakap-cakap yang seterusnya. So that, aku boleh join parti bebas. Eh?

SD : jadi neutral, bukan lalang yang miang!

Madness

Rasa rendah diri boleh tak? Tahu tak rendah diri tu rupa macam mana? Owh, tak belajar moral dan tak tahu macam mana rendah diri tu. So, dalam Pendidikan Islam pun takde ajar ke? Ke kau ni jenis yang tak suka masuk kelas. Kaki ponteng? Bangang!

Rasa rendah diri bukan nak suruh kau rasa 'kecil' sangat dalam kalangan manusia yang lain. Rasa rendah diri nak suruh kau sedar, yang manusia ni bukan-lah sempurna sangat. Okey-lah. Aku bagi muka sikit kat kau. Kau memang manusia yang sempurna, tak pernah berbuat salah. Maksum sangat-sangat. Kira manusia paling baik dalam muka bumi ni cuma kau sorang jerk-lah. Puas hati?

Aku mohon satu benda boleh tak? Satu jek permohonan untuk direalisasikan sebelum mati aku nanti tidak terbuka mata dan akhirnya aku menjelma semula menjadi sundel bolong. Minta supaya kau dan diri kau itu dihadapkan di depan cermin yang besar. Kalau boleh yang muat satu badan kau. Kalau boleh-lah. Dan lepas dah terlihat akan pantulan diri sendiri depan cermin tu, cuba kau cakap, "Aku pernah buat salah. Aku mengaku aku juga bersalah. Dan aku ini hanya insan biasa, yang tak pernah lari dari berbuat salah." Okey, cukup. Itu sahaja. Lafazkan dengan seikhlas hati, penuh penyesalan dan bersungguh-sungguh. Kalau boleh, ucapkan sambil tangisan bercucuran penuh dengan rasa insaf. Takkan dengan diri sendiri pun nak menipu, ye dok.

Apakah motifnya aku nak menyusahkan hidup kau, paksa-paksa dok hadap cermin? -Memang sengaja menyeksa dan nak memaksa supaya percaya yang kau juga bersalah. Untuk sekali, jangan didengar kata-kata diluar. Dengar pada hati sendiri. Percaya yang kau juga bersalah. Percaya-lah yang kau juga bersalah. Percaya-lah. [kau mahu diulang berjuta kali ke?? LOL]. Rasa rendah diri pada diri, rasa yang kau itu bukan manusia sempurna. Jadi manusia biasa, yang bukan siapa-siapa.

Tiada sesiapa yang mahu menganiaya kau itu sebab kau itu bukan Presiden US. Kau tidak sepopular mendiang Princess Diana, yang diekor paparazi ke merata tempat sehingga menyebabkan mala petaka ke atas dirinya. Engkau. Engkau itu hanya manusia biasa yang lahir di Malaysia, yang nama pun rasanya tak pernah terlorek di Malaysia Books of Record dan rasanya PM kita pun tak kenal kau. Okey tamat.


SD : selamat jalan kegilaan yang membosankan.




Friends and Over

Letih dan lelah. Nak hadap satu-satu drama dok bentang depan mata. Diam bukan sebab mengiyakan apa yang diperkata. Diam bukan sebab terfikir betapa bodohnya sebab percaya yang dahulu. Diam sebab meluat dan jijik dengan setiap kata itu. Berhenti, boleh tak? Jangan sampai mulut ini yang berbicara, bikin kocak kau punya perasaan. Aku malu. Aku tahu erti malu. Dan seakan erti malu tu tiada langsung dalam diri engkau. Engkau yang berbuat salah tapi aku pulak yang rasa malu. Malu sebab engkau itu kawan. Malu aku ini, aku diam-diamkan. Malu ini aku simpan, sorok dalam-dalam. Hingga aku pula yang tak betah ke luar dunia, takut malu ini tersebar.

Aku masih punya hati manusia, masih punya hati yang belas, masih punya sifat kasihan. Jika diikutkan raksasa yang sering mengaruk dalam badan, dah lama engkau itu dihentam teruk. Di'laser2', ditonggang terbalik dengan setiap kata-kata. Mahu saja disuap setiap perkataan itu semula ke mulut jahanam engkau itu. Baru-lah boleh dikeluarkan pernyataan, "Nah, makan balik 'tahi-tahi' engkau ini!" Dan pastinya dah lama engkau itu sendiri yang akhirnya malu untuk bertemu dengan aku. Dan mungkin juga dah lama akhirnya kita ini tiada apa-apa. Yang aku tahu pengakhirannya mungkin akan timbul pula cerita yang lain pula di belakang hari. Sungguh stereotaip sekali percaturan kehidupan engkau itu. Membosankan. Bila mahu mati?

SD : aku cuma ada satu soalan. dan aku simpan bila masanya tiba. jaga-jaga.

Thursday, 17 January 2013

Is that a secret?

Minggu ni kesihatan agaklah merudung keadannya. Makanya, banyak benda yang terpaksa tertangguh atas alasan kerja di waktu-waktu akhir itu kononnya lagi mendatangkan idea yang bernas. Bernas-lah sangat kan. Dalam badan tak sihat, otak tak dapat nak berfikir secara normal tapi banyak benda yang terlintas. Nak dijadikan cerita, perkara yang terlintas pulak banyak yang menyakitkan hati. So celah mana-lah demam nak surut kalau hati membara jek. Haish. Geram tahu.

Duduk dalam satu situasi yang kau perlu tutup mulut tapi dalam masa yang sama ada mulut lain yang terbuka, geram kan. Cerita yang perlu ditutup, jangan dihebohkan itu kita panggil rahsia, kan? Rahsia itu terbongkar kalau ada orang tahu, kan? Dan terbongkar rahsia itu sebab ada orang cerita, kan? Hah! Tak ke pening ayat aku tu. Mohon kemaafan jek-lah di sebalik kesulitan sebab aku memang tengah tak sihat sekarang.

Jadinya, bagilah sedikit pencerahan apa definisi rahsia ni sebenarnya. Atau masing-masing teruja sebenarnya, pada awalannya perkara tertutup itu mahu dirahsiakan. Tapi sebab faktor-faktor yang mengujakan, saja jek nak bagi hint sikit-sikit ye dok. Teruja-lah katakan. Tapi ini bukan kali pertama rasanya. Masih teruja lagi ke? Pelik-pelik betul korang ni.

Kalau rahsia buatlah macam rahsia. Betul-betul jadikan satu-satu perkara itu sebagai rahsia. Bukan susah pun. Rahsia bukan satu benda yang boleh dikongsi dengan lebih dari 3orang (yang paling afdhal). Sebabnya, bila dah lebih dari 3orang yang tahu, maknanya darabkan sajalah 3orang itu dengan 3 lagi sekali, dan lagi sekali dan lagi sekali dan lagi sekali. Tengok, ramai dah tahu kan. So celah mana yang kita nak panggil rahsia?

Okay, benda pun dah terlepas dan masih ada lagi yang boleh disorok sembunyikan. Aku pun teruja juga, gila tak teruja. Tapi bila dah definisi sebagai rahsia, tolong-lah realisasikan.

SD : *senyum-senyum*

Tuesday, 15 January 2013

PSP Shah Alam #5

HAI, SAYA SAYANG AWAK.

Hai awak, yang pergi waktu kelam
Yang melangkah perlahan diam-diam
Dalam leka saat mata terpejam
Membawa seribu satu perasaan terpendam.

Hai awak, saya masih di sini
Cuba memahami setiap situasi
Pemergian mengejut tanpa salam permisi
Adakah perlu kehilangan itu saya tangisi?

Hai awak, yang merantau entah ke mana
Adakah ke syurgawi atau ke lubang neraka?
Perlukah bibir ini menzikirkan pelbagai doa?
Berharap semoga awak memeluk bahagia.

Hai awak, biarlah ditunggu seribu tahun
Mungkin dicaci dihina tiada kudrat untuk move on
Pasti tidak mati hidup penuh dengan makian
Saya kekal disini menanti kepulangan.

SD : Puisi Satu Petang Shah Alam #5 
       19 Januari Taman Tasik Rekreasi Seksyen 7 
       Tema: Hai, saya sayang awak. 
       Moh ler datang ramai-ramai.