Wednesday, 23 April 2014

Nekad

Setiap hari dia menghadap dinding. Mungkin tertera sebarang jawapan di situ. Atau mungkin dinding menjadi cermin untuk mengimbas semua yang telah berlaku. Atau mungkin dinding itu menjadi pelepas segala sakit yang ditanggung di dalam dada. Atau mungkin juga sebab dia tiada tempat lain lagi yang boleh di hadap. Hanya dinding.

Diam. Itu yang dia mampu. Diam, diam dan diam. Duduk terperuk di suatu sudut. Bukan tiada kekuatan untuk bergerak dan mencari jawapan. Bukan terlalu penakut untuk bangkit dan menghambat segala jawapan. Bukan. Bukan itu semua. Dia diam. Walau diam bukan boleh memberi seribu satu jawapan, walau diam bukan boleh membangkitkan ketenangan. Walau diam sebenarnya lebih banyak menyakitkan hati, diam lebih banyak menjeruk rasa, diam lebih banyak membunuh. Iye, membunuh dalam diam. 

Jika seribu tahun itu adalah jawapannya. dia sanggup. Jika seribu tahun itu hukuman yang dikenakan ke atasnya, dia sanggup. Jika seribu tahun itu menjadi taruhan dalam segala jawapan, dia sanggup. Namakan saja apa saja bayarannya, dia sanggup. Sebab dia sentiasa yakin dan tahu, apa yang dia mahukan. Takkan pernah berubah, takkan pernah ada yang mampu mengubah.

Tuesday, 22 April 2014

Parut Cinta

Jauh sudah kita berjalan. Kadang berpimpin tangan, kadang tangan kita dibiar bebas. Menikmati setiap yang terlintas. Kita menapak dari setiap jalan yang terbentang. Kadang ada cerun, kadang jenuh mendaki bukit. Ada masa kita bergolek dalam menuruni gaung. Tapi kita masih berjalan bersama. Luka-luka yang tercipta, berdarah. Kita rawat bersama. Parut yang tertinggal menjadi bukti kita berdua bukan insan sempurna yang kadang pasti akan tersakiti antara satu sama lain. Tapi masih lagi kita bersama berdua. Parut itu bukti yang kau pernah wujud dalam aku dan aku pernah wujud dalam dirimu. Makin dalam parut yang tertinggal, membuktikan makin dalam cinta yang pernah ada. Dan aku tahu parut itu takkan pernah hilang.

Kadang aku bingung apa yang dikatakan dengan menangis air mata darah sekalipun perkara yang terjadi telah pun terjadi. Apakah itu air mata darah? Apakah yang aku lalui waktu ini boleh dikatakan menangis air mata darah? Memang takde darah yang keluar. Tapi sakitnya seperti ada yang menikam aku bertubi sehingga hampir mati. Menangis itu buat aku mati. Air mata itu yang terjun setiap masa buat aku mati. Air mata yang bergenang tanpa kira waktu buat aku mati. Mulut menjadi berat untuk berbicara kerana setiap bukaan mulut akan menghasilkan air mata yang berduyun mahu berhambus juga buat aku mati. Dalam tak sedar kewujudan air mata itu sendiri telah bikin aku mati. Dan mungkin itu tafsiran aku tentang air mata darah.

Maaf. Tangan yang dipegang dilepas sekejap hanya untuk memberi kebebasan sementara. Kerna aku takut terlalu memegang dengan kuat pasti akan retak. Tangan itu tidak sengaja dilepaskan kerana kadang kita juga letih untuk memegang antara satu sama lain. Kadang-kadang rasa kebas, lalu kita ambil masa untuk membetulkan urat-urat tangan, membengkokkan setiap sendi sampai bunyi berdetak. Tapi maaf. Maaf sejuta kali. Mungkin tak cukup. Aku pohon dengan kemaafan dari sepanjang hayatku. Yang aku tahu maaf yang aku lafazkan ini adalah hukuman untuk diriku sepanjang aku masih hidup. Mungkin juga nanti matiku akan dibawa sekali dengan maaf yang tak berkesudahan ini. Maaf.

Tolong aku bila kau dah mula bangkit dengan kebahagiaanmu. Tolong aku untuk berjalan. Tolong aku untuk bergerak. Tapi bukan sekarang masanya. Ini adalah masa untuk kau bertenang. Dan masa untuk aku bergenang. Satu hari, dua hari, tiga hari. Mungkin seminggu. Mungkin sebulan. Mungkin setahun. Kau tahu kemampuan aku. Kau tahu yang aku akan sentiasa menunggu. Walau seribu tahun lagi. Sebab rinduku ini adalah rindu seribu tahun. Yang hanya tercipta untuk dirimu.

Monday, 24 February 2014

The End

Ada suatu ketika, si Bodoh bukanlah sesiapa. Hanya satu cebisan kecil yang merayap di atas muka bumi. Yang kehadirannya tidak kelihatan; hampir halimunan. Hidupnya hanya nun jauh di pinggir dunia. Tidak perlu diambil kisah. Sebab hidupnya dan matinya pun tak membawa apa-apa makna.

Namun datang satu kejadian, si Bodoh dibawa keluar dari dunianya yang kecil. Ditunjukkan akan kehebatan bahagian dunia yang lain. Dipaparkan akan setiap ragam yang berlakon di atas pentas dunia. Diperkenalkan akan setiap pelusuk jiwa dan raga akan erti hidup di dunia. Iye, si Bodoh cuba untuk menjiwai setiap keadaan yang berbeza itu.

Yang asal begitu pasti akan begitu. Yang kejadiannya begini pasti akan begini. Bila dah ditakdirkan begitu ketentuannya, akhirnya akan terjadi walau sekejap atau lama mana pun. Tak perlu digiat usaha, bila sudah dikatakan 'kun fayakun'.

Si Bodoh kembali bodoh seperti dulu. Mungkin kali ini lagi bertambah bodoh dari dulu. Dan dalam bodoh itu akhirnya baru dia sedar, yang mana sepanjang pengunjungannya ke dunia yang besar itu memang tiada hati yang ikhlas untuk membawanya keluar. Kini tiada beza dia yang dulu, malah makin teruk.

"Maafkan atas kebodohan yang kau ciptakan."

Friday, 21 February 2014

Distance

Banyak orang susah untuk commit pada hubungan jarak jauh. Susah katanya. Payah sangat. Tak boleh tahan. Rasa tak menentu. Takut akan kehilangan. Kemungkinan akan mula hilang rasa percaya. Mula memikirkan perkara-perkara yang buruk. Hurmmmm..... Semuanya negetif. Kenapa? Sebab dari awal dah kata tak mahu ada jarak. Jarak memisah cinta katanya. Jarak memisah rasa. Jarak membunuh jiwa. Itu katanya.

Bila sesuatu perkara bermula dengan negetif, adakah kemungkinan untuk bertukar positif itu mudah?

Bila dah biasa bersama dan tiba-tiba terpaksa berpisah jarak buat kali pertamanya, memang sukar. Tapi itu terpulang. Samada kau mahu ia menjadi sukar dan semakin sukar atau kau mahu tukar menjadi semuanya baik-baik sahaja. Itu terpulang.

Awak,
Awalannya semua tampak elok. Tampak baik. Sebab banyak-banyak benda hanya satu yang saya masih pegang. Jaga diri, jaga hati. Behave. Itu jek perkara yang perlu dipegang. Tak perlu hiraukan yang lain. Semuanya akan baik-baik.

Awak,
Banyak benda tak mudah. Tapi kita mudahkan. Jarak yang jauh tak mahu ada padah. Awak jaga diri sendiri dan macam gitu juga saya di sini.

Awak,
Sekarang ni saya tengah dengar lagu Jason Miraz - I Won't Give Up. Jason Miraz jahat. Dia buat saya menangis. Saya bukan menangis sebab liriknya tapi saya menangis sebab ini lagu yang awak hantar pada saya buat kali pertama. Saya ingat lagi dan masa tu saya kat opis. Saya menangis masa dengar lagu yang awak bagi ni. 

Awak,
Jarak dan masa berlaku kejam sekarang. Ditambah lagi dengan keadaan sekeliling. Tapi saya masih utuh kat sini. Sama macam dulu. Sama macam dulu-dulu. Saya masih kat sini. Menunggu awak, untuk kembali.

"Saya mungkin dah berubah. Tak macam dulu. Kalau dulu saya sayang awak. Tapi kini saya sayang awak, rindu awak sangat, ingin awak sangat dan cinta yang tak berkesudahan."

Thursday, 20 February 2014

I know what you did, babeh.

Sebenarnya kalau ada orang datang mengadu dekat kau, kau hanya perlu jadi telinga untuk dia. Tak perlu jadi mulut dan tangan untuk membetulkan keadaan. Betul ni aku cakap. Cuba kau tengok, kalau dah berbuih mulut kau bagi nasihat, bagi amaran, bersengkang mata mendengar dan berbuih lagi sekali. Bil telefon melambung sebab bergayut hampir 2-3 jam macam orang bercinta. Kau tengok apa jadi akhirnya. Are things going better? Or even worst? Dan apa jadi kat kau? Jadi bebal kan. 

Kalaulah benda semua jadi baik seperti sediakala, umpama semua masalah kire setel lah. Takde lagi hiruk pikuk, takde lagi macam perang dingin, kau duduk tunggu situ kejap. Itu baru dalam proses orang cakap genjatan senjata. Belum habis lagi. Sebab lepasni kau akan dengar lagi sekali benda yang sama, berulang perkara yang sama, orang yang sama, perbuatan yang sama. Haaaa, kalini memang berbuihlah kau.

Paling tak best bila kau sepatutnya duduk jadi telinga tapi kau pulak yang terlibat sama. Ahh, faking betei. Bila timbul hal macam ni, kau jaga-jaga jerklah. Bila-bila masa jek kawan pun boleh jadi lawan. So, adios. 

"Sebenarnya takde istilah kita perlu memilih kawan. Yang ada sebenarnya kita sendiri. Layakkah kita untuk diangkat menjadi kawan?"

Tuesday, 18 February 2014

Being Lied To.

Tau tak benda paling sakit sekali bukan kena penggal kepala. Bukan kena langgar dengan lori. Bukan kena sebat dengan batang pembaris oleh cikgu disiplin. Benda paling sakit sekali bila kau kena tipu. Tapi bukan kena tipu dengan budak-budak MLM. Ini kau kena tipu dengan orang yang kau percaya. Sangat. Hurmm.

Kalau orang letak kepercayaan. Kalau orang bersungguh bertaruh kepercayaan. Kenapa perlu menipu pulangannya? Memang itu ke sebenarnya habuan yang perlu diberi kepada orang yang percaya separuh mati? Sebab dia percaya separuh mati, yang mana memang nampak macam nak mati pun. So kau dengan senang-senang menipu dia supaya lagi mudah untuk dia mati. Macam tu? 

Tiada alasan baik dalam menipu. Macam mana menipu pun, benda takkan jadi untuk kebaikan. Ahh, mungkin ada. Kebaikan untuk diri sendiri sahaja. Bukan untuk diri orang yang ditipu. Tak gitu penipu?

"Orang kata sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Masalahnya ini bukan tupai, ini anjing."

Friday, 10 January 2014

Kata-Kata

Dia kata malam masih muda
Tapi aku bilang kita dah tak muda

Dia kata hati penuh sayang
Tapi aku tanya berapa banyak sayang?

Dia kata hanya tinggal kasihan
Aku diam; yang mana lebih kasihan?

Dia kata sukar nak buat pilihan
Aku terfikir, "Owh, aku cuma pilihan."

Dia kata sentiasa wujud rindu
Aku tahu aku lagi punya seribu rindu

Dia kata....
Aku suruh berhenti, jangan berkata
Mungkin cukup sudah banyak yang diperkata
Sampai apa yang keluar bukan lagi kata-kata
Adakah dia yang terlebih berkata
Atau aku yang terlalu kurang mengeluar kata
Setiap kata membina kata yang lain
Sehingga yang tinggal hanya kata-kata
Yang mana tahu entah punya maksud di sebalik kata atau tidak.